Ruang Iklan Untuk Disewa

Memahami Fungsi Pemutus Lita (ELCB)

Assalamualaikum korang!

Hari ni aku nak share sesuatu dengan korang.
Siapa yang pernah tengok bil TNB?
Korang pernah tak kisah apa isi kandungan di belakangnya?
Hahaha.. bunyi macam suspenkan?
Haaa dengar sini aku nak cerita sikit apa isi kandungannya.
Aku tau, ramai kalau dapat bil TNB akan kesah pasal amount yang tertera di bahagian jumlah.
Antara rungutan yang keluar, "Waaaa!!! Apesal bil api tinggi bulan ni?!"
Dan lagi satu rungutan, "Waaaa!!! Apesal bil api aku tak turun-turun sejak dulu?!"

Okeh, di sini aku bukan nak share bagaimana tips-tips nak ngurangkan bil api ya.
Kalau nak kurang kan bil api, pepandai komelah nak jimat cam ne gaya.
Di sini aku nak share, apa isi kandungan yang ada di belakang resit bil tersebut, yang mana kita semua tak pernah ambil kisah pun sebelum ni.
Ok, apakah isi kandungan yang ada?

1. Peringatan!

- Bekalan elektrik terputus jika penunjuk ELCB terpelantik dari 1 ke 0
*jangan tanya terpelantik tu apa sebab aku pun tak tau*

2. Punca-punca ELCB terpelantik

- Kilat
- Peralatan elektrik rosak
- Pendawaian rumah rosak

3. Berhati-hati

- Pastikan tangan kering
- Pakai kasut / selipar getah

4. Cara-cara mengendalikan ELCB

- Matikan suis utama apabila ELCB terpelantik ke arah 0
- Matikan semua suis di dalam rumah/kedai dan cabutkan semua plag.
- Pusingkan penunjuk dari 0 ke 1 untuk menghidupkan ELCB
- Hidupkan suis utama
- Hidupkan suis satu persatu. Sekiranya ELCB terpelantik bermakna pendawaian itu rosak. Hubungi kontraktor berdaftar untuk pembaikan
- Sekiranya ELCB tidak terpelantik, pasangkan plag peralatan elektrik dan hidupkan satu persatu. Jika ELCB terpelantik pada masa ini, ia menandakan peralatan itu rosak.

Haaa itu je aku nak share.
Kalau korang nak tau lebih lanjut, korang tengok www.tnb.com.my
sekian.


13 comments

September 23, 2014 at 12:16 PM

saya selalu kerja di site office, selalu data entry je ELCB...tau gitu2 jer...apa2pon thanks for sharing...tambah ilmu nih...^_^

September 23, 2014 at 12:43 PM

bertambah ilmu hari ni..tq kak KM..

September 23, 2014 at 1:15 PM

Thank sharing Kak KM :) Kalau benda tu terpelanting..Cik Mimie mmg tak sentuh..takut..pggil org len buat..heee

September 23, 2014 at 3:12 PM

nice sharing kak KM :)

September 23, 2014 at 4:00 PM

tq for sharing
mmg tak pernah amek tau pon
cume tau bil tiap2 bulan je naik
ada orang ke tak ada orang pom same
thanx KM

Anonymous
September 23, 2014 at 5:14 PM

terpelantik....jarang dengar perkataan yang "rare" nie. terpelanting kot maksudnya..hehe

September 23, 2014 at 5:42 PM

Ohh, itu ke fungsinyaaa? Hahha. Selalu gak jadi mcm tu :3

September 23, 2014 at 5:55 PM

KM pun sama.. baru tau hihi.. sebab sebelum ni pun pakwan yang bayo so tak pernah amik tau pun... hihi

September 23, 2014 at 10:17 PM

Singgah dari segmen : http://www.cekgunorazimah.com/2014/09/giveaway-2014-mialianacom.html ;)

September 23, 2014 at 10:48 PM

Saya bab2 letrik ni mmg suspen.. takut kena karen.. :D

September 24, 2014 at 5:55 AM

bgus perkongsian akak KM ni! :D

September 26, 2014 at 9:28 PM

x pernah check terpelantik ke x! tp pesal guna terpelantik eh pelik je bunyi nya

September 26, 2014 at 10:05 PM

Aah la..Cam peliks..

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia