Ruang Iklan Untuk Disewa

WARNA AURA MENGIKUT HARI


Berdasarkan The Low Of Repeatation of Cronology ( “Hukum Kronologi berulang” yang merupakan cabang ilmu keseimbangan), hari yang datang secara berulangulang setiap tujuh bilangan membawa bersama sesuatu vibration (Visual light) yang mendominasi hari tersebut. Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration visual light yang dikesan mendominasi setiap hari.


ISNIN ( Warna Putih)

􀁹 Istirehat / Pertahanan)
􀁹 Warna putih adalah warna perangsang kelenjar pineal dan kelenjar Pituitary.
􀁹 Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan
hening.Mereka yang tidak mendapat tidur yang betul akan menjadi lemah dan
tidak bersedia untuk menghadapi hari isnin.
􀁹 Isnin hari yang paling sesuai untuk menyelesaikan segala masalah yang
tertunggak kerana penyelesaian pada hari isnin adalah lebih kreatif dan efisyen.


SELASA (Warna Pink)

􀁹 Warna Pink ialah warna kasih sayang dan penghayatan menyamai dengan
vibration bahagian Thalamus. Mereka yang mengalami migrain akan merasa
lega setiap hari selasa. Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan
panghayatan.
􀁹 Dengan berpakaian pink, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil
bertambah kuat.


Rabu (Warna Biru)

􀁹􀁹 Warna biru adalah warna perangsang kelenjar Tyroid.
􀁹 Pada hari rabu didapati paras hormon thyroxine yang dirembeskan berada pada
tahap optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan
dengan berkesan melalui kata-kata.
􀁹 Hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, bermesyuarat
dan sebagainya.
􀁹 Penyakit seperti beguk, tongsel dan penyakit kerongkong akan mudah pulih
sekiranya dirawat pada hari rabu.


Khamis (Warna Kuning / Oren)

􀁹 Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman, warna kesuburan,
hormon dan sistem reproduksi. Kemuncak warna kuning ialah sepanjang hari.
􀁹 Bagi mereka yang berdiet pada hari khamis , didapati lemak dan protein dapat
dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.
􀁹 Hari khamis adalah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.


Jumaat (Warna Hijau)

􀁹 Hijau ialah tahap vibration yang j p y g menyamai tenaga yang merangsang fungsi jantung dan
paru-paru.
􀁹 Pada hari jumaat aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang
paling maksimum.
􀁹 Hari jumaat adalah hari yang paling sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan,
bersenam dan beriadah di taman-taman bunga.
􀁹 Hari jumaat adalah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit
jantung dan paru-paru kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang
tertinggi.


Sabtu (Warna Merah)

􀁹 Merah adalah warna yang menyamai vibration bahagian usus, otot, darah, tulang dan saraf.
Organ yang berwarna merah banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.
􀁹 Hari sabtu hari yang paling sesuai untuk bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudaramara
disamping menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.
􀁹 Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan organ merah, hari sabtu
biasanya akan memberi kesan pembongkaran dimana pesakit akan merasa kesakitan dalam
proses penyembuhan.


Ahad (Warna Hitam)

􀁹 Hari Ahad adalah hari yang sesuai untuk beristirehat
􀁹 Sebaik-baiknya bercutilah pada hari ahad bersama keluarga
tercinta.
􀁹 Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakan zarah yang stabil, Pakaian berwarna hitam dapat mengelakkan diri dari terdedah kepada gelombang asing yang memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan asing.

Daripada :
Seksyen Pengurusan Psikologi

*Saya suka warna purple tapi tak ada huhu...

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia