Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM

TEGURAN : Nak Nasihat Tapi Macam Menuduh Pulak

Assalamualaikum.

Haha... tajuk di atas tak ada kena mengena dengan dunia blogger tau.
Ni berlaku dalam dunia sebenar di luar sana.
Kejadian ni berlaku pada seorang sahabat kak KM.
Dia bercerita sebab dia terkilan.

Al kisahnya begini, ada sorang hamba Allah ni, dia warded.
Warded sebab demam denggi kalau tak silap.
Lama juga dia warded sebab platlet darah asyik drop je memanjang.
Nak dijadikan cerita, mula-mula ingatkan denggi biasa, sekali dengar berita platlet darahnya makin drop dari 53 ke 25.
Sikit je lagi kena tukar darah tau.
Memang kesian kalau tengok keadaan hamba Allah ni di hospital.
Hanya doa supaya dia cepat sembuh seperti sedia kala.

Satu hari datang seorang kenalan rapat hamba Allah. 
Kenalan tu seorang perempuan dan cuba bertanyakan khabar hamba Allah ni dari PA dia yang kebetulan ada di hospital masa tu.
Tiba-tiba terkeluar satu ayat begini dari mulut kenalan perempuan tu.

Si polan : *Awak ni PA dia ya?"
PA : *Ya saya*
Si polan : *Sedih tengok keadaan dia."
PA : *Itulah, harap dia cepat sembuh.*
Si polan : *Awak ni ok ke dengan dia?"
PA : *Kenapa tanya macam tu?*
Si polan : *Tak adalah, akak tau dia selalu menyusahkan semua orang. Manalah tau awak ada terkecik hati dengan dia dan mendoakan yang tak baik.*
PA : *Err... saya tak...*
Si polan : *Awak maafkanlah dia ya. Janganlah doakan benda yang tak baik. Kesian dia...*
PA : Terus senyap bila di tuduh begitu.

Di sini yang kak KM tak faham, apa motif si polan tu nak tuduh si PA?
Dia tau ke macam mana hubungan hamba Allah tu dan pekerjanya di pejabat?
Mana dia tau si PA tu ada kecik hati ke tidak dengan bos dia tu?
Sangat direct tuduhan dia yang tak berasas tu.
Niat nak tegur tu dah ok tapi tak kena gaya langsung caranya.
Rasa nak bagi satu pelempang pun ada sebab main tuduh orang macam tu.
Tak pasal-pasal orang pandang serong pada si PA tu.
Lain kali kalau nak nasihat biar secara general bukan terus point seseorang.
Tak pasal-pasal mengguris hati si PA tu dengan tuduhan dia yang tidak berasas.

p/s : Nak tegur tu boleh tapi jangan menuduh boleh tak? Niat dah bagus tapi bila cara tu mengguriskan perasaan orang, kan ke tak bagus dah jadinya?

Segmen Bloglist October irrayyan.com

WORDLESS : Jangan Jadikan Masalah Kecil Tu Remeh


Seriously, kena selesaikan juga masalah kecil tu kalau kita rasa ia remeh.
Takut kalau masalah tu jadi besar, lagi susah nak handle.
Ibarat macam satu penyakitlah.
Seseorang pergi check up, doc kata baru stage 2.
Kena buat pembedahan tapi di tangguh-tangguh, bila check up lagi sekali doc kata dah stager 4.
Nampak tak akibatnya bila kita biarkan sesuatu masalah tu?
Ok itu je nak cakap.
Bye2.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia