Hi & Assalamualaikum
Hari ni nak share beberapa wish list yang duk bermain di dalam kepala saya dalam tahun 2013 ni. Terlalu banyak dan memang banyak. Andai ada fulus yang lebih, dah lama saya sambar semua sekali tapi apakan daya kenalah pilih yang priority. Mari kita tengok apa wish list yang tersangkut kat hati ni ;)
Pertama : Langsir baru 2013 (RAYA)
Dah lama duk idamkan langsir baru seperti ini. Biasanya kami akan pilih material dekat TEWAH Tesco Shah Alam. Siap upah jahit sekali sebab sangat murah okay! Jahitannya pun kemas dan sangat puas hati. Kawan2 ada tanya, kenapa tak tempah dekat Nilai 3? To be honest saya tak suka sebab terlalu banyak pilihan sampaikan tak tau kedai mana yang lebih better jahitannya.
Pernah my parent beli kat salah sebuah kedai langsir di Nilai 3, apa yang berlaku pekerjanya tak pandai ukur ikut ukuran sliding door yg my parent berikan. Jadinya langsir itu sangat panjang dan meleret ke lantai ya. Frust sangat beli kain mahal tapi tak pandai jahit. Kesimpulan belajar dari kesilapan, sy dan mr hubby pergi ke tempat yang bertauliah seperti TEWAH ke, NAGOYA ke, dah tentu kita tahu kualiti dan kemahiran mereka menjahit.
Tak guna juga kalau iklan jahit langsir satu jam siap tapi kualiti jahitan tak bagus. Betul tak? Siapa setuju comment LIKE! hehe...
contoh langsir idaman
Wishlist yang keduanya Garment Steamer Iron.
v
v
v
Kedua : Garment Steamer Iron
Wish list kedua ni memang dah lama juga saya idamkan untuk memudahkan daku buat kerja-kerja menggosok pakaian. ahaks! Paling mahal saya jumpa harga RM1k dan paling murah saya jumpa RM150 dan of coz lah kita nak lebih murahkan dari yang mahalkan? Jenuh pulak kang nak kumpul duit sampai RM1k untuk dapat satu steamer iron keh! keh! keh! So... inilah dia Steamer yg ku maksudkan...
Ketiga : Power bank 30000mAh capacity
Yang ini memang satu keperluan sekiranya saya travel jauh. Kadang-kadang dekat atas laut pun sangat perlu benda alah ni untuk my Tab 10.1 dan Samsung Y yg byk berjasa tu. Ngehe... Sambil berjalan, sambil charge dalam bag. Hopefully hujung bulan ni boleh dapat. Seperti biasa akan cari yg OFFER!!!
Keempat : WD 2.5 Inch USB 3.0 1TV External HDD
Yang ini satu keperluan di mana bila 500gb Ext HDD yg sedia ada tu telah dipenuhi dengan drama korea yg sgt banyak. So space semakin berkurangan segala kerja tak boleh disumbatkan lagi. Oleh kerana itu terpaksalah sy membeli satu lagi ext HDD untuk backup.
Kelima : Kain Shantung Sulam Reben buat jubah
Sedang mencari tukang jahit yang boleh buat Shantung Sulam Reben tu bertukar menjadi jubah seperti ini. Cantikkan? Memang cantik!!! Huhu... Teringin nak beli siap tapi sayangnya tiada saiz. So terpaksa mencari tukang jahit yang boleh menjahit jubah seperti ini. Baju untuk hari raya tuuuuu... ;)
Gambar di ambil dari website www.mmlycollection.com
Keenam : Build in kabinet untuk bilik my daughter
Dah lama idamkan build in kabinet mcm ni utk bilik anak. Cantikkan? Cantikkan? Cuma bila masa nak buat tu belum tau lagi. Kena roger dari mr hubby baru on. Lagi pun Zulaikha baru 3 tahun. Banyak masa boleh rangkakan bilikknya.
credit tu senihias.com
Ketujuh : Samsung Galaxy S advance
Akhir sekali... Ini terpaksa masuk dalam wishlist jugak sbb baru je berlaku semalam tapi ini patut di dahulukan jugak sbb penting! Actually saya bukan giler gadget, so budget saya sebenarnya RM500 je, tapi dah alang2 nak beli baru saya up lagi budget jadi bawah RM1k. So saya fikir Galaxy S harga bawah RM1k buat masa ni. Pernah jumpa harganya RM799. What everlah. Kalau ada lagi murah lagi daku suka hahaha... ;p
Sekian sahaja share saya pada hari ini. Kalau ada wishlist yg tiba-tiba masuk otak akan ku update. Sebenarnya ini sebagai reminder, kalau tidak lupa barang apa yang patut beli. hehe..
5 comments
yang ketiga tuh apa benda? fungsi dan kelebihan? al-maklum, saya nih noob.. :/
sy dh publish entry powerbank dan itulah kegunaannya... hope membantu
trimass.. dah baca pun.. hehe :D
Kat mana beli steam iron murah tu? TQ!
you can get it from LAZADA... kat situ tgh offer...