Ruang Iklan Untuk Disewa

RON95 naik lagi?


RON95 naik lagi?


Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.
Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.
"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama. 
Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.
Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.
Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.
Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.
Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.
PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.- Bernama, 26 September, 2013.

p/s : siapa yg kaya pakailah hybrid... huhu...

4 comments

September 27, 2013 at 12:45 PM

huhuhuhu! tak tau nak cakap apa dah?

September 27, 2013 at 4:11 PM

speechless..

September 27, 2013 at 10:06 PM

Tak tau nak cakap apa sebab saya kurang merasa impaknya. Bila makanan dah naik mungkin saya ada idea nak cakap something. Hihi.

September 28, 2013 at 1:41 AM

Katanya, hari ini naik lagi. Betul ke khabar berita tu?

Nisa'

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia