Pernah Jadi Pelupa Tak? Aku Share Doa Ni.

Korang pernah tak macam tiba-tiba je rasa lost barang.
Bila barang tu tak perlu, korang tak kisah tapi bila satu masa tu korang perlukan balik barang tu, barulah nak menggagau cari kat merata haha...
Aku selalu macam tu dulu tau.
Parah betul, masa tu tengah cari external hard disk, entah kat mana pulak aku letak.
Dahlah tengah urgent masa tu.
Sampai rasa dah nak give up dan redha jelah barang tu hilang.
Yang bestnya bila sampai masa nak mengemas, barulah ko jumpa balik barang tu yang dah lama jadi tukun.

"Laaaaaaaa... ko kat sini rupanya? Bila dicari, tak jumpa. Bila tak cari, jumpa pulok. Siapalah yang simpan ko kat sini ni?!"

Dan-dan mula nak salahkan orang lain, padahal salah sendiri letak merata-rata hahaha.
Ni nak cerita pasal diri aku sendiri, ngeeeee.
Kritikal jugaklah ingatan aku sampai external hard disk pun dah lupa letak kat mana.
Paling akhir aku ingat, aku simpan dalam bilik anak aku.
Memang itulah ingatan terakhir aku sampai satu tahap aku nak redha dah kalau hilang walaupun sebenarnya banyak khazanah-khazanah yang tersimpan dalam tu.
Kenapa tak cari sungguh-sungguh?
Ya Allah... aku dah cuba cari sungguh-sungguh.
Nak sungguh macam mana lagi pun tak taulah.
Sampai satu tahap tu aku bersin dekat 10 kali sebab habuk.
Rasa nak tercabut bulu hindunk mak ni tau haaaaaa...
Yang kelakar tu, silap sendiri tapi Pak Wan pulak disalahkan.
Mabuk ketum betul Mahirah nikan? Tahap ingatan kritikal sungguh. Kesian laki mak kena tuduh huhu.
Tiba-tiba aku teringat buku syifaq ustaz Dato' Dr Harun Din.

"Hah! Dalam buku ustaz tu mesti ada doa hilang barang!"

Aku pun bergegas menyelongkar buku doa selawat syifaq tu.
Nasib baik jumpa ko buku tu. 
Kalau hilang jugak memang kena pergi spitallah check ingatan hahaha.
Aku bukak sehelai demi sehelai sampailah jumpa satu doa ni.
Doa apa?
Doa Hilang Barang Untuk Diri Sendiri.


Aku amalkan doa ni dari pagi kat pejabat tapi aku mintak tolong Pak Wan yang carikan kat rumah.
Kebetulan masa tu Pak Wan kerja malam, so waktu siang dia adalah kat rumah dan boleh tolong carikan.
Tak lama lepas zikir doa ni, dalam jam 9 pagi tu dah jumpa.
Allahuakhbar!
Memang ajaib sungguh doa ni. Dengan izin Allah dah jumpa.
Pak Wan call dari rumah dan bagitau dia dah jumpa external hard disk kesayangan aku tu.
Yang bestnya korang takkan expect external hard disk tu duduk kat mana.
Hahahaha... aku gelak dulu ya.

Tau kat mana Pak Wan jumpa external hard disk tu?
Hehe... dia jumpa kat atas bundle sabun basuh baju haaaaa...
Korang rasa-rasa siapa yang letak kat situ?
Sebab kali terakhir yang aku ingat, external tu duduk kat dalam bilik anak aku.
Agaknya external hard disk tu berjalan sendiri kot pergi ke situ.. hihihi misteri sungguh.
Yang penting external tu dah jumpa dan aku pun simpan di tempat yang lebih selamat dan aku senang ingat.
Kat laci meja tulis akulahkan. Senang nak capai bila nak guna.

Di satu hari yang indah, kebetulan aku lalu kat depan bilik aku.
Tiba-tiba aku nampak Zulaikha sedang menyelongkar laci meja aku tu sambil nyanyi lagu 'let it go'.
Satu demi satu barang dia keluarkan dari laci meja aku dan masuk dalam bag kecik dia including external aku tu.
Aku pun cekak pinggang duk perhatikan dia dari belakang.
Bila dah selesai semuanya, aku terus sergah dia.

"Oooooo... ini rupanya kerja awak ya Zulaikha? Selongkar barang mama, sorok dalam bag awak. Lepas tu bila tanya, awak jawab tak tau!"

Tersengih-sengih Zulaikha depan aku, takut kena marahlah tu.
Lepas tu korang tau apa jawapan dia?

"Mana ada kita sorok barang mama, kita pinjam je nak main shopping-shopping."

Haaa lepas tu tak reti nak simpan balikkan.
Adoi, stress mak ni mencari tau. Ingatkan ingatan mak ni yang ada masalah.
Rupanya memang ada orang alihkan tapi tak mengaku.
Akhirnya misteri tu terungkai jugak bila aku tanya dan akhirnya dia mengaku.

Sekian.



14 comments

July 23, 2014 at 9:30 AM

selalu jadi mcm niee... heww =.=.. btw, thanks for the sharing dear :)

July 23, 2014 at 9:52 AM

paling tak tahan siap salahkan barang tu sebab 'berjalan'.hehe.macam la barang tu ada kaki.
thanks for sharing sis..bagus doa ni.

July 23, 2014 at 9:55 AM

Selalu jadi...seriously..hee..thanks..boleh amalkan doa ni.. :)

July 23, 2014 at 10:50 AM

haha. saya selalu kalau barang hilang, mesti spek mata. buka sebab nak mandi, bila dah pakai baju semua, lupa letak mana. dah lah rabun T__T

July 23, 2014 at 10:59 AM

no problem.. =)

July 23, 2014 at 11:00 AM

hahaha... buntu mak ni... silalah amalkan doa ni..

July 23, 2014 at 11:00 AM

ya.. tawakkal pada Allah.. =)

July 23, 2014 at 11:01 AM

itu sudah kritikal... sekejap je letak, sudah lupe? huhu...

July 23, 2014 at 12:56 PM

thanks sharing kak..
kite nih salu lupa.. nt bole la amalkan doa ni =)

July 23, 2014 at 1:40 PM

Ira pon cepat lupa. Baru anak dua urat banyak dah putus. Huhuu

July 23, 2014 at 2:18 PM

silalah amalkan memang mujarab... hehe..

July 23, 2014 at 2:19 PM

biasalah tu ira.. org pompuan cam kita ni.. huhu..

July 23, 2014 at 10:16 PM

Alhamdulillah. Jumpa juga akhirnya.
Saya save doa ni.

July 23, 2014 at 10:23 PM

save... untk akan datang...

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia