Seronok Timbang Berat Agaknya


Assalamualaikum,

Hari ni nak cerita sikit tentang penimbang berat yg ada kat super maket atau mall. Tadi sy pergi majlis open house sampai ke shah alam perginya. Memang jalan sakan. Makan sikit2 simpan perut utk beberapa rumah. Nak jadi cerita sempat lagi kami singgah ke plazza alam sentral sebab nak beli cover galaxy tab 10.1 yg dah teruk rupanya. Tengok pun sedih. Pastu merayaplah ke mana2 kat situ tengok harga baju, kasut yg tgh sale raya skang. Rambang mata daku ni.

Sedang kami jalan2 tu tetiba ternampak ada satu couple ni berjalan pimpin tangan sambil si lelaki duk timbang badan dia kat mesin timbang bercakap tu. Tak silap ada beberapa floor memang standby mesin peminbang tu. Kali pertama nampak tu kami ignore je. Tetiba masa kami gi floor 2 kot, nampak lagi mamat ni duk menimbang lagi badan dia sambil diperhatikan oleh awek dia. huhu... daku pun cakap ngan suami.

"Ni bukan couple yg gi timbng kat atas tadi tu ke? Berapa kali dia nak timbang?"
Tau suami ku jawab apa?
"Tak pernah jumpa penimbang kot... bagilah chance..."
Aku gelak je dengor.

Habis semua penimbang kat situ dia try...

6 comments

August 24, 2013 at 9:56 PM

haha xpena jumpe penimbang hehe
mungkin dia x puas ati kot tu sbb timbg bnyk kali :)

August 24, 2013 at 10:24 PM

hahaha...segan berat badan naik tu dik...
tap percaya pada timbang punya pasal..hahaha

August 25, 2013 at 12:48 PM

Sya penah timbang berat 74 kg pstu seriau cr penimbang laen sebab xpecaye. kdg2 ade penimbang mengong sket. hehe

August 25, 2013 at 1:31 PM

mungkin ya jugak kot.. tu agaknya semua penimbang kat sana dia try hihihi..

August 25, 2013 at 1:31 PM

hehehe...

August 25, 2013 at 1:32 PM

tak leh caye penimbang kat luar tu... nak2 yg boleh bercakap tu, habis semua org dengar... hihi...

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia