Cabaran 30 Hari Entry : Day 5 : 3 Perkara yg KM Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih

Assalamualaikum korang!

Yeay! Dah masuk day 5 ni.
Makin excited dan mencabar soalan-soalan kome bagi ya.
Okeh, 3 perkara yang KM nak katakan pada bekas kekasih?
Erm... sebelum tu KM nak ingat balik, KM ada bekas kekasih ke tak ek?
KM rasa macam tak ada sebab dulu-dulu KM cuma suka berkawan je.
Abah tak bagi couple-couple ni.

Jadi, ini hanyalah kawan-kawan yang hampir jadi bakal kekasih.
1. Mr.W
2. Mr.E
3. Mr.S
4. Mr.M



Hahaha! Nampak macam ramai tapi sebenarnya tak boleh go jauh pun dengan dia orang ni. Sebab tu kita orang ditakdirkan untuk berkawan je.


Pesanan Pertama
Belajarlah menjadi penyabar sebab dengan sedikit kesabaran itu Allah akan bagi kome ganjaran. Mak abah teman baru nak uji sikit je ke perasaan kome semua tapi kome tak sanggup terima cabaran tu. Dan akhirnya teman jatuh ke tangan pakwan. Hanya pakwan yang sanggup terima syarat-syarat dari keluarga teman.
p/s: Sebelum kahwin, mak abah pesan kalau nak jumpa sebulan sekali je. Tak boleh bawak anak dara dia orang keluar jauh-jauh. Kalau nak jumpa, hanya dalam kawasan Shah Alam je. Kalau melepasi Shah Alam, kome semua direject buat menantu. Ngeee...


Pesanan Kedua
Alhamdulillah sekarang teman dah jumpa mr.right teman. Yeay! 
Kome hado?
My mr.right


Pesanan Ketiga
Terimalah hakikat yang kita ni tak berjodoh sebenarnya. Sebab tu kita ditakdirkan untuk berkawan. Allah dah tetapkan siapa jodoh kita sejak azali. Teman percaya kome pun dah bahagia dengan pasangan kome kan? semoga kome berbahagia dunia akhirat.


Okeh, itu je pesanan untuk kawan yang tak kesampaian jadi kekasih pun hehe..
Ko berani nak couple-couple ni? Abah KM memang control everything.
Susah nak jumpa dan susah nak contact.
Masa tu kalau berani, jumpa abah KM terus.
Hahaha! Dan hanya pakwan je yang berani hadap abah KM.
Dan dia berjaya jadi menantu kesayangan okeh.


Fuh! Selesai sudah day 5 punya task.
Lepas ni tunggu day 6 punya task pulak ya.
Agak-agak apa yang KM nak makan esok ek? Hari sabtu pulak tu.
Alamak, bukan KM balik kampung ke hahaha.
K bye!

#‎kelabbloggerbenashaari‬

‪#‎cabaran30hari‬
‪#‎harike4

HARI 1 : Gambar Terbaru KM & 5 Fakta Tentang KM
HARI 2 : Cara Memenangi Hati KM
HARI 3 : Apa Yang Menguatkan KM
HARI 4 : Buku Kegemaran KM

14 comments

September 5, 2014 at 9:33 AM

wahhhh...ramainya ex..huhuhu...xpe dah jumpa mr right kaannn...

September 5, 2014 at 9:33 AM

Ramainya pakwe..anyway Allah beri yang terbaik untuk KM

September 5, 2014 at 10:13 AM

hahaha... nak kata ex pun tak sbb kwn2 je... :-)

September 5, 2014 at 10:20 AM

ini namanya pakwe xmjadi kan kak?hahahah

suka pesanan yang no. 3 :)

September 5, 2014 at 10:36 AM

kemain ramai skendel hahaha

September 5, 2014 at 11:18 AM

wahh ramai.. tp pakwan jugak yg menjadi pilihan.. hihi.. terbaik kak KM.. :)

September 5, 2014 at 11:54 AM

macam nak jooooin aje tapi macam tak rajin aje nak post tiap tiap hari hahahhaa. tapi terbaik la pesanan pesanan tu semua.

samalah mak ayah kite kak. cuma sekarang bila tak ada orang nak mula sibok dok pi suruh CT cari. heeeh !! tak kuasa aku. ada jodoh adalah. kalo CT dah kurus nanti baru nak
pi kasi pesanan kat ex boyfren. hamek kau !! hang sekarang yang gemok now iols slim melim..


ps : CT tak selim melim lagi. angan angan saja.

September 5, 2014 at 11:55 AM

ramai peminat kak Km ni..hehe

September 5, 2014 at 12:00 PM

Tersengih sorang baca pesanan2 KM utk Mr. W.E.S.M :)

September 5, 2014 at 4:16 PM

jemput join untuk semua blogger baru atau lama :D

http://myimpiannaad.blogspot.com/2014/09/segmen-kenal-ke-kita.html

September 5, 2014 at 8:44 PM

list of "hampir jadi bakal kekasih". baru 'bakal' kekasih ye. belum betul2 kekasih. great entry =)

September 8, 2014 at 11:01 PM

Same lah saya pun ramai ex.
Hehe..

September 10, 2014 at 6:13 PM

ramai gak kan tp dh bkn jodoh

September 11, 2014 at 9:38 AM

fusyooo.. ramai gak ex akak KM. tercabar saya. hahahaha...

alhamdulillah, dah bertemu dengan yang selayaknya kan kak. itu baru nama dia cinta sejati. ^^, dia sanggup terima sebab dia memang dah sayang. cayalah! nnti saya nak suruh ayah saya buat macam tu gak. muahahahaha

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia