Minggu Ni Zulaikha Demam

Assalamualaikum...

Minggu ni Zulaikha demam.
Sekarang alhamdulillah... mudah pulak pujuk dia makan ubat guna sudu.
Walaupun makan masa 15 minit nak pujuk dia suap ubat tu tapi at least berjaya juga.
Dia kerap demam malamlah sekarang.
Risaunya hati KM ni.

Di kala kami planning nak balik kampung, Zulaikha pulak tak sihat.
Serba salah pulak rasa, nak balik ke tak nak balik.
Nak balik sebab nak bersihkan lagi rumah kampung yang baru siap tu.
Nak pindahkan barang apa yang patut dari rumah endau ke rumah penyabung.
Mudah-mudahan cepatlah Zulaikha sembuh.
Risaunya hati ni bila kenang si anak tak sihat.
Sekarang ni musimkan? Sepupu sepapat dia semua demam.

Tadi mintak tolong pakwan bawak dia ke klinik kali kedua untuk check kahak dia.
KM tengok dada macam berombak je, takut jadi astma semula.
Dah lama dia tak kena tau.
Tapi dapat info dari pakwan tadi, doctor cakap dada dia tak bunyi apa.
So, tak payah amik neb.
Just makan ubat macam biasa je.
Alhamdulillah, lega dengar.

Hopefully, duduk kampung Zulaikha dapat udara yang sihatlah.
Keliling semua hutan belantarakan.
Jadi udara pun segar bugar dari duduk kat bandar ni.
Oklah, itu je nak cerita tengah hari ni.
Doakan anak KM cepat sembuh ya.


12 comments

September 5, 2014 at 12:51 PM

semoga zulaikha cepat sembuh..Za klik xperia 2x untuk kak KM..

September 5, 2014 at 12:56 PM

salam. semoga Zulaikha cepat sembuh..

September 5, 2014 at 1:11 PM

In Shaa Allah..get well soon Zulaikha..

September 5, 2014 at 1:46 PM

Hai, jemput join GA di bawah.. Hadiah dia seriously best2 semuanya. Rugi kalau tak join..

http://cahayaketinggiankehalusan.blogspot.com/2014/08/september-giveaway-party-hosted-by-iola.html

September 5, 2014 at 2:35 PM

Terima kasih semua..

September 5, 2014 at 6:50 PM

Kena jaga lebih ni KM..bahaya juga demam ni

September 5, 2014 at 9:11 PM

semoga zulaika cepat sembuh..

September 5, 2014 at 10:03 PM

syafahallah. semoga zulaikha cpt sembuh
hihi. nama sama dgn iqa

September 5, 2014 at 11:05 PM

semoga zulaikha cepat sembuh

September 8, 2014 at 11:01 PM

3 adam ni pun asik demam je.
Nasib baik tak sawan tarik.

September 10, 2014 at 6:14 PM

get well soon zulaikha

September 11, 2014 at 9:47 AM

alahai, siannya Zulaikha. semoga cepat sembuh ye...

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia