Box Almari Untuk Zulaikha


Assalamualaikum korang!

Haaa KM memang tengah berangan nak beli almari box ni untuk Zulaikha.
Cantik tak? Cantik tak?
Di mata KM memang nampak almari ni cantik.
Nampak simple tapi moden.
Mudah sikit nak simpan baju dan khazanah dia yang banyak tu.
Korang pernah tengok tak?
Almari ni macam-macam saiz ada.
Kalau korang nak tengok, korang boleh google.
Rasanya dah bersepah online seller duk jual box almari ni.

Kerja KM dok meriki harga kat setiap online seller.
Ada yang jual 20x5 ni RM340
Ada yang jual 20x5 ni RM290
Kalau kat LAZADA jual 20x5 ni RM400 kot.
Cuma KM je entah bila nak membelinya.
Kang bila dah beli, entah bila si pakwan nak memasangnya?
Haha! Tengoklah bila KM dah beli nanti KM share kat entry ya.

Ok, daaa...

10 comments

September 6, 2014 at 9:30 AM

menaik sangat ni! haha. kalau saya, memang saya suka. dah la banyak baju *perempuan*. dah tu, tak tahu nak letak mana. ada 3 bradik perempuan, faham2 je la bila berkongsi almari. hahaha

September 6, 2014 at 9:30 AM

*menarik

September 6, 2014 at 9:43 AM

Menarik almari box nih.. itulah kan, bila dah beli, nak pasang plak..

September 6, 2014 at 10:09 AM

wah memang terbaik :) (h)

September 6, 2014 at 12:02 PM

singgah sini..

September 7, 2014 at 9:58 PM

Waahh..nampak kemas kalau dah lipat elok2 letak dalam ni.
Tapi, tak boleh hang ke Mahirah?

September 7, 2014 at 9:59 PM

Sorry dah lama tak BW.
Busy sikit melayan sedara datang rumah.
Nanti esok, or lusa saya terjah tau.

September 8, 2014 at 11:56 AM

kita main kutu sebulan rm60 minggu depan turn ana..hiohiihi 20 box rm300 siap pos..kutu rm60x5orang

September 8, 2014 at 12:00 PM

awak.. mcm ne nak join kutu? ok jugakkan main kutu utk beli box ni.. macam nak join, tp boleh lagi ke?

September 10, 2014 at 6:17 PM

nak beli jugak box almari utk ank ank

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia