Ruang Iklan Untuk Disewa

Hampa : Beli Barang Kat Lazada Tapi Dapat Yg Pecah



Assalamualaikum korang.

Sebelum nak cerita pasal Lazada ni, KM nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi join Segmen Blogwalking Ogos by KM. Alhamdulillah... KM pun tak jangka sambutan di hari pertama segmen pun boleh tahan, hihi. Apa macam? Follower bertambah tak? Pageview meningkat tak? Kalau belum, kena rajin lagi BW supaya dia orang balas kunjungan korang k. Enjoy blogwalking!

Okay, aku mulakan cerita pasal Lazada.

Sebenarnya sabtu lepas aku ada beli slicer. Korang tau tak slicer tu apa? Alah, yang tempat pemotong kentang, pemotong buah, pemotong bawang betuk dadu tu. Alamak, aku nak explain detail pun payah ni. Nama panjang dia *Nicer Dicer Plus Chopper Slicer* Haaa... panjang giler namanya, tu yang aku panggil slicer je. Nak tengok gambar, ada aku tunjuk kat bawah. Ok, aku beli hari sabtu, hari isnin dah sampai. Tak nafikan penghantaran memang tip top tapi sebelum hantar tu dia tak check dulu condition barang tu. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebabnya, benda tu pecah bukan sebab terhempas tau, tapi susunan dalam kotak tu tak betul. Makna kata di sini posmen tak salah tapi seller tu yang salah.
Kat sini aku ada sikit kecewalah. Punyalah excited nak guna, balik rumah tengok-tengok bekas slicer pecah! Ya ampun, peberet aku tu. Kecik hati tau tengok. Aku ni dahlah jenis malas nak arrange claim warenty bagai. Remeh! Leceh nak  pos pulang balik dan tukar yang baru or what so everlah. Sepanjang aku beli online, belum pernah lagi dapat condition barang pecah. Even aku pun pernah beli handphone online dan alhamdulillah, sampai dalam keadaan baik. Bukan setakat beli handphone je, shake and take blander pun aku beli online dan alhamdulillah tiba dalam keadaan yang sihat walafiat.


Sekali beli yang ni, boleh pecah pulak kat dalam tu? Ada kabus putih pun boleh pecah? Itu yang aku pelik sangat. Kotak kalau seal kemas aku boleh ler terima alasan sebab kotak seal tak mo rosakkan. Ni masalahnya, kotak tak de seal. Makna kata, seller boleh check dulu before pos. Alaaaaaaahaaaiii... benda basic macam ni pon nak kena ajo lah dia orang ni. Nasib baiklah dapat customer macam aku ni, tak fussy. Kalau dapat yang fussy, dah lama kena maki.





Okaylah itu je luahan perasaan untuk kali ni.
Kalau cerita panjang lebar pun tak guna, benda dah sampai pon.

Lega hati akak ni tau bila dah luah kat korang semua.
Tapi akak belum serik lagi beli online hihihi =)


Okay bye! 

12 comments

August 5, 2014 at 8:20 AM

Hmm..memang terkilan lah kan..kalau Wanie pun sama..

August 5, 2014 at 9:10 AM

kan? geram je... huhu

August 5, 2014 at 11:23 AM

akak calim lah balik kak...

August 5, 2014 at 3:35 PM

akak tukarlah dgn yg baru..

August 5, 2014 at 3:49 PM

tulah.. nak claim tu yg kemalasan... pak wan tau ni bising dia huhu...

August 5, 2014 at 3:50 PM

proses nak tukar tu leceh.. kena pos balik ke dia.. wlu pun free huhu..

August 5, 2014 at 5:19 PM

siapa tak bising kak. dah la kita dah bayar. mestilah kita nak yang berkualiti juga.

nak tak nak, leceh tak leceh, kena jugalah. kalau setakat rm1 je harga barangnya, takpe juga.

*panjang benar rupanya nama benda tu. :O

August 5, 2014 at 7:19 PM

huhu... nantilah akak tanya balik kat lazada... (p)

August 5, 2014 at 10:02 PM

claim balik lah kak.. rugi uoooo.. kalau sehenget dua takpelah.. demi keadilan.. hehe

August 7, 2014 at 2:08 PM

hmmm....apa boleh buat dah pecah kan? redha jer

August 7, 2014 at 2:40 PM

Betul..kol lazada mintak ganti.
Snap gambar hantaq kat email depa.

August 7, 2014 at 7:00 PM

kalo sy pulangkan balik

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia