Ruang Iklan Untuk Disewa

Kasut Jelly Warna Silver



Hai entahlah apa yang menariknya dekat kasut ni sampai aku terpengaruh membelinya.
Dah lama aku usha kat online shop tapi semuanya harga RM30 ke atas.
Bagi aku RM30 tu dah ok harganya tapi nak purchase tu dari sehari ke sehari, tak sempat nak buat haha.
Satu hari aku ajak suami pergi tesco.
Bukan nak beli apa pun, cum nak usha ramai orang ke tak.
Ternyata ramai gila dan tak mungkin aku nak membeli belah dalam keadaan ramai orang tu.
Tiba-tiba! Aku ternampak kasut jelly yang comel ni.
Terus aku terpikat, siap ada love2 kat bijik mata aku ni.
Haaaaa ni korang tau harganya berapa? Cuma RM13.90 di tesco sahaja.
Selesa giler pakainya. Yang penting kasut ni tak makan tuan ya.
Sebab apa ku cakap tak makan tuan?
Sebab sebelum ni kalau beli kasut mesti belakang kaki melecet.
Sakit wooo...
Ni bila aku beli yang kasut jelly ni, alhamdulillah... softnya kasut ni..
Dah seminggu guna, memang tak melecet langsung kaki.
Cantik tak? Haha... sebenarnya ada lagi aku beli tapi jenis wedges.
Nantikan kehadirannya hujung bulan ya.


Sekian, okay bye!


4 comments

July 12, 2014 at 11:34 AM

cantik.. :)

July 12, 2014 at 9:47 PM

acececehhh blink blink getuww.. hikhik

July 12, 2014 at 11:41 PM

itu yg tak tahan terus beli tu... haha

July 12, 2014 at 11:42 PM

hahaha.. kelas ko mak jemah pakai kasut blink2 kan?

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia