Zulaikha Demam Hari Ni

Aduhai, kesian tengok budak kecik ni. Semalam balik je dari sekolah terus dengar dia batuk-batuk. Bila masa pulaklah dia kena? Nak jadikan cerita masa aku ambil dia di sekolah semalam, adalah terdengar beberapa kawan dia batuk. Masa tu aku tak dengar lagi Zulaikha batuk. Bila dah duduk dalam kereta, barulah dia batuk serta bunyi kahak. Memang sah ler dia berjangkit dengan kawan-kawan dia kat sekolah. Dan, aku tau sekarang ni musim. Aku dah standby dah. Hopefully, tak semputlah macam sebelum ni. Yang aku perasan, before this setiap kali kena mesti waktu suami aku kerja petang atau malam. Memang aku sorang-soranglah gigih bawa dia pergi klinik yang jauh tu untuk ambil nab. Sebab tu aku risau kalau dia batuk. Aku yakin sebenarnya dia bukanlah kena asthma yang teruk. Dia cuma kena bila batuk yang tak dapat keluarkan kahak.

Alhamdulillah, sejak kawan aku suggestkan habbatusauda untuk Zulaikha, kesihatan dia Allah sentiasa jaga. Aku bagi supplement ni pada dia pun sebab makanan sunnah. Yalah, anak bertuah aku ni susah sangat nak makan ubat. Sampai satu tahap aku jadi giveup, tak tau nak bagi macam mana lagi. Punyalah bersilat nak sumbatkan ubat ke mulut dia. Yang dia ni pulak meraung macam kena pukul. Bila aku jadi kesian, dengan aku-aku sekali menangis dengan dia. Bila aku dah menangis, tau pulak dia diam sebab pelik tengok mak dia ni nangis. 

Dengan izin Allah, s.w.t, sedikit sebanyak dengan makan habbatusauda ni dapatlah mengeluarkan kahak dia. Petang tadi pulak dia dah mula demam. Aku kena pantau demam dia supaya tidak terlalu panas. Aku risau hidung dia akan berdarah secara tiba-tiba kalau terlalu panas. Dugaan bulan puasakan. Aku redha dan banyak berdoa. Aku mohon pada Allah s.w.t supaya Zulaikha cepat sembuh. Bila tengok dia bermain macam selalu tu aku dah lega hati sangat-sangat. Dan syukur alhamdulillah, batuk dia kali ni tak seteruk dulu yang sampai semput kena ambil neb. Bagi orang lain, anak demam tu perkara biasa tapi bagi aku tidak. Demam sekarang bukan macam demam dulu-dulu. Demam sekarang ni ada yang berpunca dari wabak. Korang fahamkan wabak apa yang aku maksudkan? Dan kita berdoalah supaya keluarga kita dilindungi Allah sentiasa.

8 comments

July 11, 2014 at 10:37 PM

kalau macam tu, kena asyik nangis je la emaknya. susah juga. hehehe. saya dulu pun susaaaah sangat makan ubat. emak paksa macam mana, saya cakap tak boleh telan.

last-last emak suruh makan depan doktor, sekelip mata ubat tu boleh masuk. adeh. -.-

habbatusauda memang bagus. kat sekolah pun cikgu ada sarankan makan. badan sihat, otak pun sihat. ^^,

(saya ni tak habis-habis komen. sorrylah asyik muka ni je komen.sobs)

July 11, 2014 at 11:47 PM

hahaha... tak apa... kedatangan sentiasa di alu2kan... akak pun suka mengomen...

July 12, 2014 at 1:11 AM

Semoga Zulaikha cepat sembuh. Selain tu boleh sapu minyak cajuput pada dada untuk mudah keluarkan kahak.

July 12, 2014 at 8:01 AM

comel je maknya nangis same.... :D bagus akak ni....

July 12, 2014 at 10:30 AM

insyaAllah... terima kasih dgn cadangan tu =)

July 12, 2014 at 10:31 AM

Sampai satu tahap kita buntu, memang kita akan menangis huhu...

July 12, 2014 at 9:46 PM

alahaiii,, semoga adik zulaikha cepat sembuh. memang musimnya sekarang. panas sejuk panas sejuk.

July 12, 2014 at 11:38 PM

Itulah.. memang musim pun... Cousin dia semua demam...

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia