Hari Raya Aidilfitri 2014 ~ Part 1

Taman Mawar BBST,
Sehari Sebelum Raya

Alhamdulilah... 

Raya pertama semuanya disempurnakan dengan lancar. Dari mana aku nak mulakan cerita ek? Hehe... oklah, aku start cerita dari lepas buat persiapan check list balik kampung tu ya. Korang tau tak? Masa aku buat ckeck list persiapan balik kampung tu, pak wan bukannya ada pun kat rumah. Dia kena panggil adik-beradik dia balik kampung awal. Maklumlah, nak kena beli barang dapur untuk masak hari raya. Memang macam tu setiap kali raya. Meriah ko, adik beradik dia. Seronok.


Nak dijadikan cerita, petang tu pak wan call, suruh aku ngan Zulaikha siap sedia. Aku dengan Zulaikha tak de hal sebab barang kita orang dah ready. Cuma barang pak wan je yang belum siap lagi, haha.. Dalam jam 6 petang tu dia sampai rumah nak ambil kita orang. Siap mandi, kemas baju dia then kita orang pun angkut barang dalam kereta. Ambil masa 45 minit jugak nak tunggu pak wan siap, haha.. macam pompuankan? Then baru kita orang bertolak ke kampung. Kejar masa nak buka puasa sebenarnya.



Kampung Labohan Dagang,
Malam Raya

Ni tengah pasang pelita kat kampung

Seronok baq hang. Malam raya tu paling meriahlah. Kita orang berbuka lauk daging palembang, sup tulang, udang masak lemak tempoyak dgn ayam masak sambal. Menu paling menyelerakan perut aku hihi. Sampai 3 kali aku tambah korang tau haaa. Hadap penghujung ramadhan. Zulaikha pun sama, bukan main selera dia makan. Yang kelakar tu aku baru habis solat. Tiba-tiba aku dengar orang bersorak macam tengah tengok bola. Lepas habis tu aku pergi ke belakang, nak tengoklah apa yang dia orang sorakkan. Rupanya masing-masing tgh excited dengar pengumuman raya, haha... sekeh kepala baru tau. Ingatkan apalah, terkejut akak dengar. Baca doa pun tak kusyuk dah.

Sementara menunggu nak main mercun...
Haaa... korang tengok kak long kawasan, dibagi mkn kek dilap kat lantai.
Anak sapalah comot ni.

Lepas dengar pengumuman raya malam tu, mercun mula meletup-letup dengar kat ruang udara Labohan Dagang tu. Tapi bukan kita oranglah yang main kan. Bagi aku mercun yang bertalu-talu letop kat awan tu ibarat macam bako duit, huhu mahei kata ko. Yang main tu semua tokei-tokei mercun jew huhu. Kita orang cuma mampu beli mercun pop-pop, bunga api dan adalah dua lagi mercun tembak yang entah apa ke namanya tu, aku pun tak tau, haha!

Korang tengoklah mak budak tu kak long kawasan punya mak haha.
Si Zulaikha tu berani bila ayah dia pun join sekali.

Aku snap-snap dulu sebelum join.
Lepas tu aku yg gamak sangat main bunga api hahaha...
Peduli apakan?

Ucu dia orang awal-awal dah siap pasang pelita. Dibantu jugak oleh pak wan yang excited. Mak long dia orang pulak bawak balik bunga api untuk anak-anak buah. Yang pak wan pulak bawak balik mercun pop-pop untuk budak-budak. Mercun yang mencakar langit tu pulak basic untuk bapak budak. Ala, jadilah mercun biasa-biasa tu dari tak ada langsung.  Janji meriah sudah hehe.

Meriah betul malam tu sambil saksikan mercun mencakar langit.

Seronoknya aku tengok budak-budak happy. Masalahnya di sini si Zulaikha pulak buat hal ajak aku balik sebab takut dengar mercun yang dengar dari arah empat penjuru kampong kita orang. Sepupu dia semua releks aje tapi dia siap buat drama sebabak pulak ajak aku balik rumah. Aduhai anakku... sudahnya aku ngan mak long dia join main bunga api sekali, then barulah dia nak main. Tak pasal-pasal mak budak pun join sekakikan. Haha...


Malam tu kita orang tido awal. Pak wan pun dah letih sangat. Dia kena simpan tenaga untuk jadi driver kami ke Taiping, Perak lepas solat raya esok. Haaaaa... apa yang yang dah jadi di pagi raya? Kalau nak tau, tunggu aku update cerita dalam Hari Raya Aidilfitri 2014 ~ Part 2 ya. Hihi! Ok bye!

p/s : Mencabar betul duduk kat area Taiping ni. Data line susah betul nak dapat. Kang ada jugak yang duduk atas bumbung kang. Haha... sorry ya korang, tak dpt balas komen. Nanti bila dah boleh, akak balas semua sekali.


14 comments

July 30, 2014 at 1:13 PM

saya pun susah nak dapat line dekat Banting tu. adeh. ni baru dapat online.

amboi, syoknya kaklong kawasan makan kek sampai comot mukanya. hehe. seronok tengok orang main mercun. rumah saya tak ada pula pasang pelita. agaknya mengganggu jalan kot orang nak lalu.

July 30, 2014 at 1:58 PM

haha.. comelnye kak long kawasan tu makan kek.. nampak lapar sangat dah tu.. :P

July 30, 2014 at 2:19 PM

amboi meriahnya raya..teringat masa kecik2 dulu..
sekarang dah tua tua masa tak cukup nak enjoy cmtu. hehe

July 30, 2014 at 6:01 PM

haaa. tu la pasal... kak long kawasan baru nak belajar makan sendiri... amy banting belah mana?

July 30, 2014 at 6:02 PM

ye... teringin mkn sendiri mmg mcm tu dia... haha

July 30, 2014 at 6:03 PM

kan? masa kecik2 tak puas main... join anak2 pulak.. haha..

July 31, 2014 at 4:58 PM

Telok Datok. hee

July 31, 2014 at 8:08 PM

ooo teluk datok... dekat sgt... haha... :p

August 1, 2014 at 12:03 AM

meriahnyaa masing2 syok bermain bunga api

August 1, 2014 at 9:28 AM

itula pasal.. hehe ;)

August 1, 2014 at 11:01 AM

meriahnye lahai..
p/s yang,memg awk byk komen entry sy yg lain..sy de prasan tp xappear sbb sy buat awaiting moderation..so,sy akan publish bila dh jejak blog dan drop komen kat blog awak..slgi x jejak slgi tuh la duk peram komen komen tuh..huhuhu...

August 1, 2014 at 11:08 AM

ooo gitu kisahnya... ingatkan blog KM yg ada masalah tadi hihi... :-)

August 2, 2014 at 5:51 PM

Raya tahun ni kurang meriah:(
Bunga api pun papa x belikan kat anak2.

August 2, 2014 at 6:36 PM

ala... kesiannya... tak pe... janji dapat beraya... :)

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia