Cabaran 30 Hari Entry : Day 15 : Surat Kepada Seseorang

Assalamualaikum.

KM dah terlewat untuk cabaran 30 hari.
Tapi kali ni KM buat maraton sekali gus banyak2lahkan.
Sebenarnya jenuh jugak KM nak pikir pada siapa surat yang KM nak tujukan.
Pikir punya pikir, KM pun buat keputusan untuk tujukan surat ni kepada korang semua pembaca-pembaca setia KM.
Aci tak? Acilah kan. Janji bagi surat.

Ehem! Ehem!
Kepada sahabat blogger yang disayangi dan dikasihi. 
KM sangat-sangat hargai dengan kehadiran korang yang memeriahkan blog KM ni.
Dengan adanya korang semua, blog KM ni tak pernah sunyi.
KM seronok tau baca komen-komen korang yang sempoi, sporting dan menyejukkan emosi. 
Kadang-kadang KM rasa cara kita berinteraksi ni seolah macam kita ni dah kenal lama.
Cuma belum berpeluang nak bersua muka je.
KM harap persahabatan kita di dunia maya ni akan terus kekal selamanya.
Kalau KM terdiam atau tersunyi seketika tu datang2lah jenguk ya.
Kot-kotlah kesepian tu buat KM tertidur ke apa kan.
Akhir sekali, KM doakan impian kita tercapai satu hari nanti.
Dan maaf kalau selama kita berbicara ni ada mengguris hati.
Itu je isi suratnya.


Ok, itu je surat nak KM sampaikan.
Korang bacalah dengan feelingnya ya hihi.
K.bye.
  

11 comments

September 17, 2014 at 5:19 PM

sedih pulak bace surat nie..hukhuk... thanx kat kak KM jugak sudi dtg blog anis.. :)

September 17, 2014 at 6:52 PM

Sob sob.
Semoga segala impian KM tercapai ye :)
Amin.

September 17, 2014 at 10:08 PM

Irra mai jenguk KM..rindu kat KM

September 17, 2014 at 10:48 PM

feeling bebenor akak..

September 18, 2014 at 9:33 AM

terharunya ada orang bagi surat kat i olls..huhuhu.

September 18, 2014 at 10:38 AM

aci..aci sbb akak JM pun dah lama x terima surat :-)

September 18, 2014 at 3:44 PM

Macih kak buat surat untuk kita. terharunyaaa

hihi

September 18, 2014 at 5:01 PM

amin amin.. semoga persahabatan yang terjalin kekal eventho kita tak pernah bersua muka..

September 18, 2014 at 10:26 PM

baca penuh feeling sampai sebak tau kak KM... sobsss... semoga kekal persahabatan alam maya ni, dunia akhirat...

September 19, 2014 at 4:21 PM

muah muah muah! iloveyouuu kak.. ekekeke

September 25, 2014 at 2:10 PM

Insyaallah satu hari nanti kita berjumpa.
Saya pun rasa mesra dengan bloggers yang rajin bagi komen kat blog.
Mmg mcm dh lame kenal.

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia