Ruang Iklan Untuk Disewa

Sekarang Trend Loop Band Pulak



Assalamualaikum korang!

Pernah tengok ni? Colorfulkan? Terutama yang warna hijau haha.
*Warna hijau saja aku nikan?*
Sekarang sibuk orang duk anyam dan jual benda ni.
Even anak-anak kawan kak KM pun rajin jual ni kat sekolah masing-masing.
Yang tukang anyam, mak depa la kan haha.
Mula2 kan, kak KM teringin jugak nak beli benda alah ni tapi bila fikir balik, awat aku nak membazir beli benda ni?
At the end terabai dan dibiarkan begitu saja.
Haaaa itulah sikap aku sebenarnya, separuh jalan buat kerja, haha.

Korang jangan tak tau, kak KM ni dulu tangan berseni tau.
Semuanya "Do It Yourself" *phuih*.
Krik...krik...krik...
Awat? Tak caya ka?
Kak KM tau korang tak caya tapi silalah percaya ya sebab kak KM ada bukti hahaha.

Fuh! Fuh! Berhabuk tengok benang ni.
Korang nampak benang yang terbengkalai kat atas ni?
Kak KM baru je jumpa dalam almari hari tu.
Tau berapa lama dah usia benang kait yang tak siap ni?
Lama kome oi, dekat 11 tahun dah KM simpan tapi tak siap-siap sampai sekarang haha.
Pemalas ya amat!

Dulu, masa zaman berkawan dengan pakwan, kak KM rajin buat benda ni.
Usahalah mengait benda alah ni, konon nak bagi kat pakwan buat kenangan.
Sekarang bila dah dapat aku, kome tanyalah balik ke mana benda tu, dia akan cakap "entah tak tau".
Korang rasa kak KM patut buat apa ngan dia?
Haaaa... ni yang aku rasa nak piat-piat je telinga dia.
*Amboi, berani ko nak piat? Dalam blog bolehlah cakap, cer cakap depan2, berani ke? haha...*

Haaa gitulah ceritanya kehebatan kak KM buat kraftangan.
Korang nak tempah? Oh, boleh sangat tapi tunggu 11 tahun lagilah baru siap.
Haha, k bye!



13 comments

September 17, 2014 at 3:44 PM

haha sy pun tgk kurang seni..minat sekejap je pastu lupakan niat tu begitu sahaja..!

September 17, 2014 at 4:39 PM

hehehe..macam2 yaaa....

September 17, 2014 at 9:48 PM

sha sangat suka buat benda ni tau kak KM... termasuk crochet... tapi crochet tak mahir sangat... hahaha cantikkkkkk.....

September 17, 2014 at 10:11 PM

Hehe. Kena semangat waja buat benda gini. Hikhik jenuh tunggu KM siapkan tempahan

September 17, 2014 at 10:53 PM

Za tangan tak berseni..huhu

September 18, 2014 at 9:34 AM

hahaha..tak larat nak tunggu 11 tahun lagi. :)

September 18, 2014 at 10:40 AM

11 tahun?..haha..boleh masuk muzeum

September 18, 2014 at 3:45 PM

Yeap. sangat pemes loop band ni dikalangan bebudak. dulu zaman saya, zaman kait2. boleh jual.

September 18, 2014 at 4:28 PM

Sama juga dirumah sedang sibuk dengan loom band ni..smpai ummi depa pun join sekali

Anonymous
September 18, 2014 at 5:04 PM

boleh masuk muzium khazanah tu Akak KM. tapi seingat CT lah kan.. mende mende mengait ni memang femes dulu kan kan kan.. lagi lagi yang melilit kat batang eskrim tu. buat nama then jadikan keychain hihi

September 18, 2014 at 9:52 PM

Benang ni kan, memang dah jadi peneman semasa di bangku sekolah dulu. Tak pernah sekali pun tinggalkan benda ni dlu.

September 19, 2014 at 12:47 PM

ha skg dok sibuk lah sume buat bnd ni.. tapi ade kajian kate yang bnd ni bahaye yg bleh menyebabkan cancer... takott pulak

September 25, 2014 at 1:48 PM

Waahh.. Terorlah KM.
Saya xreti buat benda camni.

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia