Assalamualaikum korang!
Haaa... tengok tajuk macam gempak jekan?
Padahal biasa je pon.
Yang sebenarnya aku dah kurang masuk facebook.
Entahlah, hari-hari tengok orang update status yang kurang memberansangkan mood aku.
*Eleh, macam poyo je ko ni mahirah oi!*
Eh, betul! Tak tipu.
Pada asalnya aku ada 5000 friendlist.
Yang mana sekarang aku dah tapis sikit-sikit dan terus unfriend.
Mana yang tak berkenaan tu memang aku remove je dari hidup aku hehehe.
Mana yang kerap tagging aku pun akan aku remove sebab mengganggu wall aku.
Dan sekarang aku ada lebih kurang 4747 orang friendlist.
Ni pun masih lagi nak di tapis sebab ada beberapa manusia yang sangat annoy bila tiap-tiap hari dia orang update status meroyan.
Kadang2 tu orang yang sama meroyan kat wall macam orang mental.
Aku pun tak tau apa yang orang macam ni cari sebenarnya.
Kepuasan? Ketenangan? Kelegaan?
Rasa-rasa lepas maki orang dan kutuk orang kat FB tu melegakan ke?
Adoi... bukan tambah mengaibkan diri sendiri ke?
Pelik aku tengok perangai orang macam ni.
Kadang2 rasa sedih sebab orang begini langsung tak ada rasa nak muhasabah diri.
Pernah sekali aku terbaca orang yang sama up status FB marah kat suaminya sebab issue malas nak teman pergi dia pergi klinik.
Aduhai... mesti ke buat macam tu?
Bukan ke akan mengaibkan suami sendiri dan jugak diri dia sendiri?
Kalau ya pun nak marah suami, tak payahlah sampai update status kat FB.
Tolonglah sedar wahai orang yang sebegini.
Tak enak orang baca hal masalah rumah tangga di FB.
Malangnya bila ada yang menegur, dia cakap orang tu maksum.
Makna kata orang sebegini tak boleh terima teguran langsung bila ada yang memberi nasihat.
Konon dia sorang je yang betul, orang lain salah.
Sebaliknya orang yang ikhlas memberi nasihat tu pulak dimakinya dalam FB.
Haha... aku memang syak dia ada mental problem kalau dengan semua orang dia nak cari pasal.
Dan akhirnya, aku tapis lagi dan lagi dan lagi manusia jenis begini.
Aku perlukan aura positif setiap hari.
Jadi aku tak perlu baca status yang mencederakan emosi aku.
*Poyo tak bunyi cakap aku ni? Hik hik hik...*
Sesekali aku nak poyo ngan korang apa salahnyakan? Ngehehe...
Betul tak apa yang aku cakap ni?
Aku tau, itu hak masing-masing untuk meluahkan rasa tak puas hati kat FB, tapi ia haruslah ditapis dengan kata-kata yang sedap dibaca orang lain.
Ingat tau, setiap penulisan kita ni sikit sebanyak ada jugak yang terkesan kat hati pembaca.
Jadi kena jaga tatacara penulisan kita.
Okeh, itu je nak merapu malam ni.
Daaaa...
16 comments
betul2..tak suka jenis yg guna perkataan yg tak elok bila buat status fb.. tambah2 perempuan..
Hahaa. Betul2. Bosaan lah tgok orang gaduh2 ni.. Macam x de adab je. T.T sedih nengok nyee.
KM...you are so right...Nad memang tapis pun...usually tak unfriend. Tapi HIDE dari newsfeed.
Rimas hari-hari tengok orang meroyan...
Tak suka mood negative transfer ke diri kita!
betul tu.. sebab tu skrg ni x approve org sesuska hati..kita pulak yang sakit hati tngok mereka meroyan*cegah sebelum terlambat* :P
Saya ni kak kalau annoyed dengan kawan2 yg selalu update status, saya UNFOLLOW jee. Nyemak dalam newsfeed. Asyik2 meroyan. Urghh
Saya pun sama, KM. Malas dah nak masuk fb sebab jenuh nak baca benda2 camtu :)
akak pun dh lama tak update status kat FB...baca je status yg dorang update tapi mcm tak best je..tapi frindlist tak leh cecah ribu riban cam KM tu...SETUJU sgt buat filter semula tu
haha..betul la KM.saya pun kadang-kadang rasa nak tutup akaun FB. tapi nanti susah pulak nak keep in touch orang kahwin ke apa ke...
hahha.. sep tangan sikit..kite same kak KM.. xsuke minah atau mamat poyo kat fb..anis bukak fb pon tgk berita je lepas tu off..hihi
FB saya gunakan utk silaturrahim kerjaya & keluarga. Semua friendlist klu tak pernah jumpa, mesti saya tahu atau dari antara rakan yg saya kenal puncanya semua.. klu yg bontang2 add tu mmg tak diterimalah. Semua benda ada kebaikan & keburukan... atas kita nak handle mcm mana. Alhamdulillah, setakat ni tiada lagi yg merapu2 kat wall saya. Mudah2an berkekalanlah...
KM setuju sebab tu KM ada dua akaun. Satu untuk family satu untuk biz dan kenalan luar..
Asslmkm kak.. Betul tu.. Sy pn klau orng cmtu unfrend terus. Letih nak baca status orng cmtu.. Sy pn dh jrng on fb..
Saya pun dah jarang sangat berFB sebab banyak bad influence.
Dulu saya pun camtu, kalau tension akan update kat wall. Ada orang tegur. Tapi, yang pelik tu..mengata orang paku serpih. Ehhh...dia tegur saya tapi dia sendiri mengutuk kat FB. Termasuklah mengutuk saya. Direct saya tanye, " Korang tgh kutuk sapa ni? Saya ke?" Lepas tu dia boleh marah saya pulak.
* Actually masa tu kebetulan saya tergerak hati nak buka FB & mb Allah nak tunjuk, first post yang saya baca adalah yang dorang kutuk saya. Lepas tu saya pm dorang. Die siap cakap b*b* kat saya padahal saya sikit pun x cakap kasar. Tu yang saya tension sampai saya EL.
Bila jadi perkara macam ni lah KM elak masuk FB sbb KM tak nak terjebak sama huhu
saya pun tak suka buka Facebook. kalau dulu ada beribu kawan dalam fb, tapi sekarang ada 100 lebih je. banyak kawan dalam fb pun bukannya bertegur sapa.
dah tu, macam kes akak jugalah. meroyan pasal apa benda ntah. dengan tunjuk gambar sendiri mnx like and pujian. hmmm... -.-
nak deactivate xley, group kerja semua wat kat situ. adeh.
btul tuh...fb lme sy dh deactived..buat fb bru aman dunia..haha