Ruang Iklan Untuk Disewa

1st Day Hari Raya 2013

Assalamualaikum,

Seminggu bersarang. Hari ni baru nak update entry. Kat kampung line slow. Tak dapat nak update apa-apa. Sakit jiwa je klu surf menunggu lama. Huhu...

Beraya kat rumah mertua mmg sayu sebab teringatkan arwah mak mertua yang dah pergi. Setiap kali raya, kalau bermaafan mesti berjurai2 air mata. Huhu... Masa nilah kita nak rasa erti kemaafan sebenar. Kalau dibandingkan hari2 biasa kita minta maaf mesti kata maaf tu tak masuk ke jiwa. Itulah makna hari raya sebenar.

Hari raya kami kalau tak meriah ngan hidangan memang tak sah. Hari raya pertama je dah ramai kaum kerabat sampai beraya kat rumah.

Ni semua abang ipar ngan kak ipar yg masak. Hehe...



Lebih kurang kul 3pm hari raya pertama tu kita orang terus cabut ke Johor pulak. Memang dah planing nak balik di pagi raya tu. Everytime raya macam tu lah rutin kami. Masa tu dah terfikir kul berapalah sampai agaknya. Jem tok sah cakaplah. Sampai jempol ada kemalangan ngeri berlaku. Serius mati kutu sebab jem teruk gila. Jalan tutup. Ramai kata suh patah balik. Masalahnya kami tak tau jalan mana lagi nak pintas gi ke muadzam. Lastly dah nak magrib, follow je orang2 yg tersadai kat tepi jalan yg nak patah balik ikut jalan lain. Kalau tunggu situ confirm kul 2 pagi baru sampai kot.

Dalam kemalangan tu ada 2 bomba dan 5 ambulance kot tak silap. Mujurlah ada satu family ni nak gi keratong. Laluan sama ngan kami. So, follow jelah dia orang sampai keratong kami berpecah. Sampai ke kampung dekat kol 11pm. Terus pengsan tidor. Kebas punggung aku! Haha! Rehat untuk next day punya aktiviti.

8 comments

August 13, 2013 at 11:45 AM

eh keratong dah dekat dah dengan kita. :)

August 13, 2013 at 11:01 PM

salam aidilfitri yeaa ;D

August 13, 2013 at 11:14 PM

sy jauh lagi... dah ke endau mesrsing.. keratong tu laluan je... hehe..

August 13, 2013 at 11:14 PM

Salam lebaran

August 15, 2013 at 3:45 PM

selamat hari raya mahira :) mcm2 citer time nak balik beraya ni kan..huhuhu..

August 15, 2013 at 3:49 PM

selamat hari raya... mmg mcm2 cerita... hihi

August 17, 2013 at 7:02 PM

kalau macam mmg lalu tmpat saya la. Rompin.. hehe kalau nk ke endau mersing mmg sah2 lalu rompin. :)

August 17, 2013 at 7:28 PM

lor... kampung awk kat rompin ke? aleh, dekat sgtla... sy pernah tayar pancit kat situ sbb langgar lopak beso huhu...

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia