Assalamualaikum korang!
Pernah dengar fenomena Ice Bucket Challenge?
Haha... yang sebenarnya aku pun baru tahu ni.
Siapa yang belum tau tentang fenomena Ice Bucket Challenge ni boleh baca kat sini ya.
Nanti aku share, fenomena di dah menular ke tempat kerja aku di mana MD aku sendiri telah di cabar.
Apa itu ALS?
ALS tu nama panjangnya Amyotrophic Lateral Sclerosis.
ALS Ice Bucket Challenge adalah kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuh kemudian mencalonkan tiga orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama.
Jika mereka yang dicalonkan tak dapat buat, mereka kena sumbangkan USD100 ke Yayasan ALS. Tujuannya bagi mengutip derma untuk membiayai pusat penyelidikan dan mencari penawar untuk penyakit tersebut.
Haaaa... tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang ni bukannya suka-suka tau.
Tujuannya untuk dapatkan kesan yang dirasai tu sama dengan apa yang dirasai oleh penghidap penyakit ALS.
ALS atau disebut juga sebagai Lou Ghrig, adalah sejenis penyakit yang ganggu urat saraf otak dan saraf tunjang.Gangguan saraf ni kemudiannya akan menjadikan pesakit tu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.
Cabaran mandi ais ni menjadi viral di Amerika Syarikat apabila sahabat karib kepada bekas kapten Besbol Boston College, Pete Frates telah disahkan menghidap ALS dan sahabatnya mencabar rakan sepasukan yang lain untuk menyertai cabaran tu.
Haaa.. lepas tulah baru cabaran tu kemudian jadi viral kat media sosial dengan penyertaan ramai selebriti Hollywood seperti Justin Bieber, Lady Gaga, Dve Grohl dan ramai lagilah.
Di Malaysia pulak bukan je dari kalangan selebriti malah tokoh politik macam Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan pun turut serta cabaran ni.
Dan kalau korang nak tau, Managing Director MAHB (MD tempat kerja aku) pulak telah di cabar oleh YB Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan untuk sahut cabaran Ice Bucket Challenge ni semalam untuk charity ALS.
Haha... Seriously, MD baru kami memang sporting dan inilah hasil gambar yang aku dapat masa sessi Ice Bucket Challenge semalam.
Nak tau, yang mana satu MD kami? Tu yang kena siram dengan staff baju kemeja hijau tu.
Kemudian MD kami nominate YB Shabery Chik, YB Dato Sharil MCMC & YB Dato Zubir MDV untuk sahut Ice Bucket Challenge ni.
p/s : Buat Ice Bucket Challenge ni bukan sekadar buat suka-suka je tau. Sebelum nak buat ni korang kena faham dulu apa itu ALS dan tujuan cabaran ni. Kalau buat sekadar suka-suka tanpa tujuan memang tak ada maknalah hasilnya.
Ok itu je nak story.
Daaa
13 comments
Waahh...tak pernah tahu pon psl mandi ais ni...mekasih kerana sharing..;)
Fenomena ini dah pun menular ke sekolah.. buat masa ini tak kena nominate :-d ^^v =p~
singgah sini baca tentang Ice bucket challenge..
jangan kata ice bucket, nak mandi time KL hujan petang-petang ni pun saya tak tahan sejuk..haha
nice sharing KM. Sebelum ni tahu ALS ni samar samar je fasal info nya... nice!!!
Nice sharing.. baru tahu ttg penyakit ni. Mmg msykt kita pun perlu kesedaran & pengetahuan ttg penyakit mcm ni juga.
Festime dgr, ya ampun yg tgk ni pun dh terasa sejuk nyeeee
Betul tu, Sal.
hahaha. Mereka sangat lah sportinggg!
:) :) :) :) :) :)
Hahah. Best mandi ais ni. Dulu pernah mandi selama seminggu. Sejukk teramat. T.T
Baru tahu ttg mandi ais ni..haihh..tengok je dah rasa sejuk kat kepala..hehe..
ooo bru tau..info bru nih...