Assalamualaikum korang!
Segmen dari Ben Ashaari ni aku panggil segmen mari berkenalan.
Haha.. aku suka bab2 berkenalan ni.
Boleh meramaikan kenalan dari dunia mayakan.
Lagi pun dah lama Ben Ashaari ni tak buat segmenkan?
So, mari kita ramai-ramai sertai sebab tarikh tutup hari ni jam 8pm.
Okeh, mari kita mulakan.
Latar belakang KM
Aku seorang blogger berstatus isteri yang bekerja. Memiliki seorang anak yang berusia 4 tahun. Aku anak sulung dari 2 orang adik beradik. Aku seorang yang tegas tapi lembut hati. Kini aku bermastautin di Bandar Baru Salak Tinggi Sepang.
Kelebihan blog dan kenapa korang mesti singgah ke blog KM
Pada mulanya blog Bila Aku Berkarya ni dibuka bertujuan untuk sharing e-novel tapi lama-lama dah jadi blog cerita kehidupan KM pulak haha. Yalah, kalau duk sharing e-novel je memanjang, orang pon bosan nak bacakan? So aku pun selitkanlah serba sedikit cerita kehidupan kami sekeluarga untuk memeriahkan lagi blog ni. Bukan setakat kehidupan malah share resepi, buat segmen atau GA dan sebagainya. Jadi tak adalah korang rasa bosan bila singgah blog ni. Hari-hari ada up entry baru untuk dibaca. Tak kiralah walau ada wordless sekali pun janji ia bermanfaat untuk korang baca.
Impian sebagai blogger
Impian aku sebagai blogger ni bukanlah sampai nak jadi retis bagai tapi cukuplah sekadar blog ni disukai ramai pembaca. Makna kata pembaca tak jemu-jemu datang untuk luangkan masa membaca entry yang aku sediakan. Tapi kalau sampai dapat perhatian dari media bagai, itu adalah satu booster untuk blog ni menempa nama di mata pembaca. Dah tentulah nakkan kejayaan seperti blogger-blogger yang dah cipta nama melalui blog mereka seperti bro ben ashaari, fatin liana dan ramai lagilah.
So itu je aku nak cerita.
Kang panjang lebar lebam pulak mata korang baca haha.
Dua tiga menjak ni aku perasan dah banyak kali aku cerita pasal diri aku ni.
Ni kalau korang tak hafal jugak, tak taulah nak cakap apakan.
Hehe.. K bye.
15 comments
Saya pulak..
Nape saya jadi blogger?
Ermmm..
Tq KM sebab selama ni support blog irra.
Ahaaa baru akak dpt kenak KM sikit2, adik beradik 3 org je klau tanya akak mesti KM terkejut sbb akak 9 beradik dan anak pertama dalam keluarga dan adik bongsu berumur 12 thn. Terkejut x
hai kak KM! hehe
alaaa kite baru tukar theme skitt dahh akak tak kenal kite ek.. kehkeh
hai hai hai... salam kenal, kekadang isi blog ni perlu kepelbagaian.. mama setuju dengan KM.. :)
singgah menabung
Ala dekat je pon, BBST dgn Banting, selalu gak ke sana umh SIL...salam berkenalan blog kita.
salam. selamat bersegmen kak KM :)
Alamak saya belum hafal tentang KM lagi. Tolong jangan buat segmen dan tanya soalan mengenai KM ya :P
Singgah sini...salam perkenalan.
all.the best
agaknya kalau KM dah glamer macam fatin liyana singgah drop komen ke blog arzmoha.com tak?
@arzmoha... inshaaAllah masih tinggalkan komen... kalau kesibukan harian tak melanda KM haha...
ini pun memang dah meriah sangat sangat kak, especially baca telatah adik zulaikha.. hehe
Hai, Ros singgah sini dari segmen yang sama.
http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html
Hai, Ros singgah sini dari segmen yang sama.
http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html