Bulan ni sangatlah bz tapi saya cuba juga menyiapkan bab2 untuk indahnya puzzle c.i.n.t.a. This week pulak makcik nak dtg tido seminggu kat rumah. Seronok sgt sbb dah lama tak borak dgn dia dan rasa masakan dia yang the boom tu tapi bila dah sedara datang, tentulah kita lebih focus pada dia orangkan. Kalau nak berkarya confirm tengah malam itu pun kalau tak mengantuklah. Biasanya pekena kopi sekali sampai sahurlah mengarang novel.
Kalau dah duduk seminggu dekat rumah kita, mesti ada rancangan yang nak dibuat. Makcik dah start ajak buat kuih. Dah le teman ni tak pandai buat kuih sebab memang tak pernah sentuh pun oven ke bagai cumanya bila tengok resepi, lahai... senang gamaknya... Ingatkan susah beno... Nak tau resepi apa yang saya dan adik duk idamkan?...
Creadit to http://www.kongsiresepi.com/read/1591/0/
Cornflakes Madu
Bahan A
- 125 gm butter
- 1/2 cwn brown sugar
- 1 cawan madu
- 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
- 1 cwn kismis
- 1 cwn badam cincang panggang/gajus
- Mangkuk kertas kecil
- Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil
- Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
- Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
- Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
- Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
- Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
creadit to http://chentaqieshzahir.blogspot.com/
Popia Horlicks
1 pack besar popia
1/2 cwn horlicks
1/2 cwn gula halus - kisar
1 cwn nestum - kisar halus
Lidi satay utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat
[b]Cara:
1. Gulung popia gunakan lidi satay
2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.
3. Buat hingga habis peket popia.
4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Sira/tabur dgn horlicks, gula & nestum kisar.
9. Gaul hingga rata.
Tips
1. Untuk menyalut popia dengan Horlicks, selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel. Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi.
2. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mencampurkan dengan bahan-bahan campuran. Jika tidak campuran akan cair dan berlengas.
3. Supaya kuih ini boleh bertahan lama, simpan ia di dalam bekas kedap udara. Jika digoreng dengan cili, pastikan cili digoreng sampai benar-benar kering supaya tidak kelihatan basah.
Itulah dia resepi kuih yang saya nak kongsikan... senang tak? sangat senang kan? hehe kalau rasa senang cubalah buat ya... Saya yang tak pernah buat kuih pun jadi seronok buat kuih... =)
SELAMAT MENCUBA YA!