Ruang Iklan Untuk Disewa

Suamiku Anak Jiran Sebelah [8]

BAB 8

MIRA nanti you buat costing traveling staff. Buat dalam bentuk graf bagi setiap bulan. Semak sekali harga tiket flight dan buat summary. I nak you siapkan dalam minggu ni jugak.”
“Okay bos.”
Amira tertunduk akur sambil memeluk tiga file budget di tangan. Tapak kasut yang licin membuatkan kakinya terkocoh-kocoh melangkah. Dalam hati sebenarnya takut kena sembur dengan majikannya. Besar langkahnya mengekori rentak Amir berjalan.
“Oh, lagi satu I nak cakap…” Tiba-tiba Amir berhenti tanpa isyarat.
Gedebuk!! Adoi!! Tak pasal mereka berlaga dan menyebabkan Amira tercium lengan kemeja Amir.Terlucut segala file yang dikendongnya. Cuak juga muka Amir masa itu lantas segera menolak Amira semula.
Sorry! Sorry! Saya tak sengaja.”
Tangan Amira laju mengibas lengan kemeja Amir. Aduh! Kenapa dengan aku hari ni? Baru hari pertama kerja kot, takkan dah gelabah? Pergh! Malunya tak usah cakaplah, rasa nak sorok je muka ni dekat balik pasu. Nasib baik tercium lengan baju, kalau tercium dada baju dia??? Mau aku terus balik rumah kot! File-file yang terlucut dari tangan tadi dicapainya kembali.
Saat Amira mahu berdiri, matanya galak memandang tanda merah pada lengan baju Amir. Dia menelan liur silih berganti memandang mukalelaki itu.Cuak sekejap. Alamak! Lipstic?! Mengenangkan diri dimalukan dalam bilik mesyuarat tadi, jadi Amira buat-buat tak nampak je.
“Lain kali mata tu pandang depanlah! Ini pandang bawah, mana tak berlaga dengan orang!”
Berkerut dahi Amir marahkan kecuaian Amira. Runsingkepalanya memikirkan pekerja yang kelam kabut dan kuat berangan ni.
“Kejap lagi you tolong buatkan labeling file. Actually, banyak file yang you kena susun semula. I sorang nak buat memang tak cukup tangan.”
“Err… saya kena…”
“Ada masalah ke?” Amir menjegil mata. “Cik Mira, tak kiralah you pangkat executive ke, pangkat senior executive ke, jangan anggap kerja filing tu hanya untuk orang kerani je. You pun kena buat filing sendiri. I yang pangkat manager ni pun ada filing sendiri.”
Berdesing telinga Amira mendengarnya. Hamboi! Sindir kasar nampak? Agak-agaklah pun nak kutuk aku. Belum habis cakap kau dah menyampuk. Karang ada jugak orang balik naik teksi petang ni.
“Encik Zuhairi, saya tak habis cakap lagi tapi encik dah menyampuk. Saya tak cakap pun kerja filing tu hanya untuk orang kerani. Cuba dengar dulu saya cakap sampai habis, barulah mesej tu sampai.” Ucap Amira penuh lembut. Padahal dalam hati rasa nak telan je majikannya hidup-hidup.
“Hah! Cepat habiskan ayat!” Amir menelan liur, termalu sendiri bila gadis itu cuba berlembut dengannya.

“Saya nak cakap yang filing ni saya kena study ke?”
Amir kerut dahi. “Of courselah you kena study!”
Terkebil-kebil mata Amira bila disembur begitu.
“Err.. lagi satu, boleh ke encik Zuhairi tulis dulu name file ni dengan pensil. Saya mana tau ini file apa.”
Amir bercekak pinggang bila pekerjanya memandai beri arahan.
“Bukan setiap file I dah labelkan pakai pensil ke?! Atau you yang tak sentuh langsung file-file yang I suruh you study tu?” Balasnya bengang tidak mahu mengalah.
Erk! Aku maksudkan file budget yang aku pegang ni. Bukan file-file yang dia bagi awal pagi tadi. Amira tergamam di situ.
“Err, saya maksudkan file budget ni.”
Terus Amira tunjukkan file budget di tangannya sambil menutup muka. Bimbang kena tempik lagi sekali dengan lelaki itu. Sudahlah kisah dalam mesyuarat tadi belum settle lagi.
Amir mengeluh letih. “Cik Mira, I tahulah nak label dulu sebelum file tu I beri pada you.”
Aduhai, kenapalah HR kurniakan aku anak jiran sebelah rumah ni. Ku sangkakan otaknya geliga, rupanya telaga buta. Parahlah hidup aku hari-hari bekerja dengan minah ni. Keluh Amir dalam hati.
Okay-okay, sorry encik Amir.”
“Eh, satu lagi I nak tegur. You ni tak boleh fix pada satu panggilan ke? Kejap encik Amir, kejap encik Zuhairi, kejap panggil bos! Yang mana satu you nak panggil?”
Hai, bos aku ni semua bendanya tak kena dekat aku, apa hal? Menopause ke apa dia ni?! Bab panggilan pun nak tegur jugak ke?! Mentang-mentang aku buat dungu dengan dia, ambil kesempatan pulak nak tempelakkan aku. Sula baru tau! Sabar Mira, sabar. Kau nak kerja lamakan? Layankan aje kerenah bos jahanam ni. Bisik hati Amira menahan geram.
“Habis tu saya nak panggil apa?”
“Dalam office ni dia orang panggil I apa?” Soal Amir serius.
“Encik Zuhairi…”
So???”
“Baiklah encik Zuhairi… lepas ni saya akan panggil encik Zuhairi dengan panggilan encik Zuhairi ya.”
Allahuakhbar! Itu pun nak jadi issue? Cerewet sangatlah anak makcik sebelah ni. Balik rumah kita settle ya encik Zuhairi. Siap kau! Senyuman palsu Amira terukir kelat.


CIK MIRA, you tak balik lagi ke?”
Amira mengangkat wajah lalu tersenyum pada Sofia yang sudah tercegat di hadapan workstationnya. Sempat juga dijeling ke pintu bilik Amir yang sentiasa bertutup di belakang Sofia.
“Belum lagi. Banyak kerjalah. Bos suruh siapkan cepat.” Rungut Amira.
“Dia nak bila?”
By this week juga kena siapkan.”
“Elleh!” Sofia mencebik. “Kalau nak by this week, esok pun boleh sambung. Macamlah tak ada hari esok. Ehm!” Sambungnya menjeling. “Wait, bos mana yang nak by this week ni?” Soal Sofia tiba-tiba terfikir.
“Dua-dua sekali.” Balas Amira senyum kelat.
“Huh! Kalau kata PZH yang push, you memang kena siapkan jugak. Kalau A kata dia, maka A jugalah kata you.”
Amira ternganga. “PZH???”
Dah macam Pizza Hut pulak aku dengar. Bisik hatinya.
“Puan Zalina Hamid le.” Sofia senyum.
Amira mencebik. Fikirnya memang tiada harapan untuk dia balik awal hari ini. Nak ingkar, dia takut. Hari ini adalah hari pertama dia bekerja. Mustahil dia akan menambah kesalahan yang sedia ada.
Sofia tenung Amira lama. Dia geleng kepala. Kasihan dia melihat pekerja baru yang digasak sungguh-sungguh untuk buat kerja. Sedangkan dia masih baru. Masih perlukan perhatian ketua.
Kesian budak ni, baru hari pertama kerja, dah macam orang gila. Bisik hati Sofia.
“Tapi tak apalah. Sambung esok je kerja tu. Tadi I saja main-main je. He! He!”Sofia tersengih.
“Encik Zuhairi tak keluar lagi, macam mana?”
Nampak sangat Amira bimbang selagi tiada arahan dari majikannya.
“Cik Mira, you ni secretary dia atau executive dia? Nak balik pun kena tunggu dia balik dulu ke? Cabut jelah! Dah pukul enam petang pun. You balik naik apa ni? Ada orang datang jemput ke atau naik bas?” Soal Sofia mencuit bahu gadis itu.
“Saya balik naik…”
Oh! Amira melopong. Bercakap pasal transport balik, baru Amira teringat yang dia terpaksa naik bas kerana ayahnya tak dapat jemput petang ni.
“OMG!” Amira membuntang mata. “Saya terlupa yang hari ni ayah saya tak dapat jemput di office.”
“Hah! Lebih baik you cepat. Sekarang ni dah jam enam petang sayang oi. Karang terlepas bas pulak. Dahlah area sini susah dapat teksi. Lebih-lebih lagi kalau dah malam.”
Amira senyum kelat. Mampus! Dahlah abang aku kerja KL. Dah tentu sampai rumah malam. Takkan aku nak tunggu dia sampai malam? Bisik hati Amira sekilas melirik kearah bilik Amir. Rasa-rasa kalau aku terus balik, si jahanam ni mengamuk tak esok pagi? Bisik hati Amira sambil melirik mata ke arah bilik Amir.
“You takut dengan encik Zuhairi ke? Alah, abaikan je encik Zuhairi kesayangan I tu. Kalau you ikut sangat cakap dia, memang you yang stress. So, you buat ‘kering’ je. Jangan layan sangat. Nanti pressure, you yang susah. Bos you tu memang suka pressure orang. I dulu pun pernah kena jugak dengan dia…”
Terangguk-angguk kepala Amira mendengar coloteh Sofia yang tak henti. Sedang asyik Sofia mengutuk Amir, tiba-tiba pintu bilik lelaki itu terbuka. Galak mata Amira memandang lelaki yang baru keluar dari bilik itu sedang menuju ke arahnya. Sementara Sofia masih seronok mengutuk sambil diperhatikan Amir dari belakang.
“…you tahu cik Mira, pernah sekali encik Zuhairi tu suruh I buat surat sambil dia tunggu dekat sebelah. Langsung I tak boleh nak buat kerja. Pantang betul I, kalau orang tengok I buat kerja tau. Sudahnya I halau dia masuk bilik!” Tambah Sofia bangga menamatkan ceritanya.
Amira senyum kelat sambil mengangguk. Ge!Ge!Ge! Patik tak subahat apa-apa. Patik cuma dengar je. Bisik hati Amira iyakan sahaja kata-kata Sofia tadi. Tak berani nak kata apa kerana pasti Amir telah dengar semuanya. Lelaki itu berpeluk tubuh, bermasam muka. Pasti dia bengang tahap dewa.
“Kak Sofia, dia…”
“Dia apa? Dah datang?” Celah Sofia berpaling. “Takkan dia dah daaaaaa…dia dah mai sini rupanya!” Spontan berundur lalutersandar di partition. “Awat hang tak habaq kat aku cik Mira oi.” Segar matanya melihat Amir sudah terpacak di belakang.
“Ya, I dah mai sini. Nak habaq apa sekarang?” Soal Amir meniru loghat utara. “Dah habis kutuk orang?”
“Ngeee..he..he..” Sofia mengangguk resah. “Da… dah lama ke you duk ada kat sini?”
“Lama jugaklah I terpacak kat belakang ni!” Jawab Amir bengang.
“Jadi you dengarlah apa yang I cakap tadi?”
Sofia nampak resah. Kedua belah tangannya saling bermain. Amira pula mematung diri takut dengan kebengisan wajah Amir.
“You rasa-rasa I dengar ke tak ya, kalau dah lama I terpacak dekat belakang ni?! Ehmm?!”
Amir menjegil mata kemudian beralih pandanganpada Amira pula.
I am sorry encik Zuhairi…” Mohon Sofia tersengih menayang gigi.
“You tak ada kerja ke?! Dah nak balik pun sempat lagi mengumpat orang!”
Sindir Amir memandang Sofia macam nak telan. Membuatkan gadis itu serba tidak kena dibuatnya.
“Ta… ta… takkkk! I bukan mengumpat you encik Zuhairi. Tadi tu cuma borak-borak kosong je. Bukan mengumpat yang buruk-buruk pun. You are my handsome man, takkan I nak buruk-burukkan you. Ampunkan I ya encik Zuhairi. Hu..hu..”
Rayu Sofia minta dimaafkan. Tangannya mulai gatal mencapai tangan Amir. Membulat segar mata Amira melihat aksi mereka. Kemudian selamba menoleh ke arah lain. Konon buat-buat tidak nampak.
Amir mula rasa tidak selesa bila Amira memandangnya semacam. Buatnya gadis itu report pada emaknya, mau jadi gossip satu taman nanti.
“Apa pegang-pegang ni?! Haram!”
Kata Amir menyentap lengannya dari pautan Sofia. Muncung gadis itu mula panjang sedepa sambil mengekori Amir dengan ekoran mata. Amir sudah bersidai di hadapan workstation Amira dengan muka berlagaknya.
“Eh, Mira! Macam mana dengan kerja yang I bagi tadi?” Soal Amir serius.
Terkebil-kebil mata gadis itu silih berganti memandang wajah Amir dan Sofia. Namun matanya lebih focus pada isyarat yang diberi oleh Sofia di belakang Amir.
“Err… tengah buat encik Zuhairi.”
“Tak siap lagi?” Kerutan dahi Amir makin jelas.
“Belum.”
“Apa yang you buat dari tadi?! Jadi mat jenin?!! Berangan tak sudah-sudah! Dari pagi sampai ke petang you buat masalah! Memalukan! Eh Mira, kalau you nak kerja lama kat sini, ikut arahan I! Selagi tak siap, jangan balik!”
Melopong Sofia mendengarnya. Dia terpinga-pinga serba salah. Kerana dia, Amira menjadi mangsa kemarahan Amir. Di toleh ke kiri dan ke kanan pejabat. Mujur tiada sesiapa yang mendengarnya.
Kebetulan Taufiq keluar dari bilik puan Zalina masa itu lalu terdengar lantangan suara Amir. Langkahnya terhenti serta-merta. Dia tercari-cari di mana perbualan mereka.
“Tapi encik Zuhairi…”
“Eh, you faham ke tak?!” Soal Amir berlagak.
“Encik..encik..encik.. Janganlah macam ni. Lepaskanlah dia balik. Kesian dekat cik Mira ni. Baru mula kerja hari ini. Dahlah tak ada transport nak balik. Hanya bas tu jelah option terakhir dia. Nak harap teksi memang tak lalu dekat sini.”
Amir bercekak pinggang seraya menjeling ke arah Sofia.
“Itu masalah I ke? Ehm?! Pandai-pandailah dia nak hidup! Kalau you risau sangat, you hantarlah dia balik!”
Pergh! Kerek nak mampus anak makcik sebelah ni. Nak aje aku bagi pelempang sebijik ke muka dia yang handsome tu. Bisik hati Amira bengang.
Mulut Sofia melopong sekali lagi. Terkebil-kebil matanya memandang lelaki itu. Kemudian beralih pandang pada Amira yang sudah mengeluh dan terduduk. Komputer dihidupkan semula untuk sambung buat kerja. Memang dia geram tapi bersabar adalah jalan terbaik untuk mengekalkan diri di dalam syarikat itu.
“Esok pagi I nak tengok kerja you!”
Perbuatan Amira diperhatikan oleh Amir. Puas hatinya bila gadis itu akur dengan telunjuknya. Sofia dijeling tajam kemudian berlalu meninggalkan mereka berdua dan kembali masuk ke dalam bilik pejabatnya.
“Elleh, baru jadi manager dah berlagak!” Sofia mengejek Amir sambil menjelir lidah ke arah bilik lelaki itu. “Cik Mira, I minta maaf sangat. Sebab I, you terpaksa stay back.” Kesalnya.
“Eh, tak ada apalah. Kejap lagi siap saya baliklah.”
Nampak keruh wajah Amira bila dipaksa siapkan kerja. Sofia pula rasa kasihan melihatnya. Nak diteman masalahnya dia juga tumpang kereta orang. Ini pun sudah terlewat, gara-gara Amir. Sofia melihat jam. Hampir enam setengah petang.
“Habis you balik naik apa nanti?”
“Tengoklah keadaan. Saya minta tolong abang datang ambil dekat office ke. Kalau tak, saya tidur sinilah kot.” Ucap Amira sempat lagi berseloroh.
“You nak tidur sini?! Hei, tak payahlah. Balik tidur dekat rumah lagi baik cik Mira.” Pesan Sofia. “Ehem! Nak tanya ni, abang yang nak datang jemput tu abang special ke, abang kandung sendiri?” Soalnya senyum berkali-kali mengangkat kening.
Amira melopong. Ya Rabbi minah ni sempat lagi nak korek rahsia peribadi aku dalam keadaan bengang ni?
“Ehem! Dia tu abang kandung saya, bukan abang special, kak Sofia.”
“Ya ke abang kandung tu?” Tersenyum-senyum Sofia mengusik.
Naik meluat juga Amira mendengar soalannya. Aku ni tengah tension. Karang ada juga yang kena cium file aku ni nanti.
“Ya kak Sofia. Kami satu mak satu bapak lagi. Duduk sebumbung. Tak payah le serkap jarang, saya memang belum ada yang special nak digosipkan.”
Amira sengih kelat. Sofia mencebik seraya menjeling bila Amira sindir gurau begitu.
“Ada ke situ pulak! I tanya je, bukan nak gossip pun. Okaylah cik Mira! I balik dulu. You kalau terdengar apa-apa yang pelik, cepat-cepat balik ya. Nanti kena kacau pulak. Daaaaa…” Nasihat Sofia senyum nakal sambil melambai gedik dan terus berlalu.
Amira melopong sambil mata melilau di sekeliling tempat duduknya. Kosong!
Glurp! Dengar apa benda yang pelik?! Kak Sofia ni sengaja nak takutkan aku ke? Bisik hatinya resah.
Naik meremang bulu roma tengkuk Amira. Sudahlah dia duduk sorang-sorang. Mujurlah Amir masih ada di dalam bilik pejabatnya. Bolehlah buat peneman walaupun hatinya masih bahang dengan mulut celupar Amir. Pintu bilik lelaki itu ditenung tajam. Terkenang kembali kata-katanya tadi.
Anak makcik sebelah ni harap muka je handsome tapi kedekutnya nauzubillah! Nama aje jiran sebelah tapi bagi tumpang pun payah. Masa nilah nak rapatkan ukhwah sesama jiran. Kena saling tolong-menolong. Pergh! Memang terbaiklah nawaitu aku. Bila ada kepentingan, baru nak buat baik. Ngeh! Ngeh! Ngeh! Amira sengih nakal.

Dalam masa yang sama Taufiq hanya senyum sendiri bila mendengar perbualan mereka bertiga tadi. Dari jauh dapat dilihat wajah sungul Amira. Tangan diseluk ke dalam saku dengan penuh bergaya. Kemudian berlalu meninggalkan pejabat itu.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia