Laman Web Maybank2u Masih Selamat
Jika anda membuka Facebook dan membaca Whatsapp di telefon anda, pasti terlihat mesej berbunyi:
“Salam..pastikan tiada yang buat transaction ataupun online banking sehingga isnin pagi ye…terima kasih.pastikan anda tahu baki akaun anda semua. Ada attack besar besaran mlm ni terutama maybank. Dari kawan TM Cite yg dbritakan olh kengkwan utk dkongsi Last week google kne hack oleh siapa xdktahui Jd pkhidmatan online spt traksaksi akaun o etc dnchatkan utk dkurangkan klu bly elak,elakkan dlu smentara.. Hacker dari pakistan yg hack google last week Ini maklumat yg diterima… copy paste dr whatapps IPK”
Hari ini dalam kenyataannya, Malayan Banking Bhd atau Maybank menafikan laman web perbankan, Maybank2u,com.my menjadi sasaran penggodam seperti yang disebarkan dalam laman sosial semalam.
Menurut kenyataan Maybank, ia memaklumkan laman Maybank2u masih selamat untuk dilayari dan digunakan pelanggan.
Meskipun begitu, pengguna perlu berhati-hati dengan setiap urusan perbankan dalam talian memandangkan penggodam mempunyai seribu satu cara untuk menceroboh sistem tersebut.
Antara langkah lain yang boleh diambil bagi memastikan perbankan dalam talian yang selamat termasuk:
- Tidak mendedahkan kata laluan.
- Kerap menukar kata laluan.
- Elakkan daripada menyimpan log daftar masuk dan kata laluan dalam komputer.
- Anda perlu pastikan laman web yang dilayari adalah laman web yang sah.
- Ketika melayari sesebuah laman web, semak URL dan pastikan URL bermula dengan https dan pastikan imej kunci tertutup terdapat dekat bar status pelayan web.
- Pastikan anda kerap menyemak butir-butir atau rekod transaksi dan penyata yang dihantar oleh bank.
- Tolong jangan tinggalkan komputer kalau kita masih mengakses perbankan internet.
- Sentiasa log keluar sebaik saja selesai dengan urusan transaksi dan padamkan peti memori serta rekod transaksi selepas log keluar dari laman web.
- Lindungi komputer dengan sistem keselamatan anti virus dengan memasang `firewall’ yang dikemaskini.
- Jangan membiarkan pelayar lain terbuka ketika membuat transaksi online.
- Pastikan anda tidak mengatifkan ciri-ciri `perkongsian’ dalam sistem pengendalian kita.
4 comments
dahsyat sungguh...salam blogger.
tb gune cimbclick je..paswed maybnk2u hehehe lupe daa
untuk selamatkan... hehe better guna cimbclicks... maybank ni dah selalu sgt kena attack...
salam blogger..