Kip Mall Kota Warisan

Assalamualaikum, 

Korang pernah datang Kip Mall Kota Warisan? Baru je setahun beroperasi. Masih banyak lagi kedai yang kosong terutama level 1. Apa yang menarik dalam Kip Mall ni ada Econsave. Jadi lepas ni mudahlah kami warga Sepang nak shopping barang dapur. Tak perlu pergi jauhlah ke Tesco dan Giant Nilai. 

Selain Econsave, banyak lagi kedai yang menarik. King Bakery dah beroperasi, Chicken Rice Shop, Watsons, kedai pakaian, kedai hyper shoe, kedai mamak, boat noodle, My One Shop pun ada juga. Macam-macam lagilah yang KM tak tersenarai.

KM suka pergi Kip Mall ni sebab food court dia macam-macam ada dan harga pun berpatutan.


Hari tu pergi makan, KM order ABC special ni harga RM6 semangkuk. Rasa dia memang sedap ya amat. 👌👍


Pak Wan order nasi kerabu. Nampak biru bak ang nasi dia 😉


KM pulak makan Teppanyaki.

Anak-anak? Huhu... ni waktu lunch, KM cuma dating dengan Pak Wan je. So far makanan kat food court ni KM dah rasa semuanya. Masakan dia orang memang best belaka. InshaAllah bagi tekak KM masakan dia orang tak mengecewakan.

Jadi pada yang terlajak datang kota warisan tu boleh la singgah sebentar di Kip Mall ya.

Itu saja nak cerita, daaa...

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia