Aku Pergi Kerja Kasut Lain Sebelah


Hahaha! Ini paling aku tak boleh lupa. Kalau aku ingat balik, mesti aku nak gelak. Aku tulis blog ni sambil pandang gambar kasut aku ni pun, aku mesti senyum sendiri. Aduhai... macam manalah aku boleh tak sedar pergi kerja kasut sebelah lain.

Begini ceritanya, di satu hari yang indah, jatuh pada Monday blues ya. Aku kelam kabut menyiapkan Zulaikha untuk ke sekolah. Udah ler dia agak liat sikit nak dikejutkan. Biasalah, nama pun budak-budak. Masa kita kecik-kecik dulu pun macam tu jugak. Hahaha! Mengaku sendiri. Dah siap mandikan, pakaikan baju then kita orang pun ready nak keluar rumah. Masa tengah bukak pintu tu, tiba-tiba POP! Lampu tangga terpadam! Zulaikha dah cuak. Aku pulak mengelabah tak nampak. Sudalah masa tu dah nak dekat kul 7 pagi. Pada hari tu, pukul 7 pagi awan masih gelap lagi. 

Nak dijadikan cerita. Aku hulur kaki, raba-raba kaki kat lantai. "Mana pulak kasut aku ni?" Macam manalah aku nak nampak kasut dua patern berbeza tukan? Haha... Dah kata nak cepat sangatkan, aku pun main sarung jelah. Main agak-agak jelah kasut yang tersarung kat kaki aku tu. Kalau pandang bawah pun bukannya nampak. Huhu...

Dah sarung kasut, giliran kunci gate pun aku kena buntangkan biji mata sikit nak cari anak kunci yang sesuai dengan mangga, hahaha. Parah betul hidup aku hari tu wei. Bila dah terbuka aku terus keluar dengan confidentnya aku berjalan lepas aku kunci semula grill rumah. Aku pimpin tangan Zulaikha. Memang tak pandang langsunglah kat kaki aku ni haha..

Bila dah sampai office, aku memang suka tukar pakai selipar. Macam mana aku boleh sedar kasut ni lain sebelah? Haha! Nak jadi cerita kasut yang kaki belah kanan tu mudah je nak sarung, manakala kasut sebelah kiri, susah sikit nak sarung. So, aku jadi pelik dan terus tunduk bawah meja. Masa tulah aku tersedar dan terbeliak biji mata aku bila nampak kasut tu sebelah kanan lain, sebelah kiri lain. Bantai aku tergelak sengsorang kat workstation tu macam orang tak betul hahaha. Kawan aku pelik, then tanya. Tak boleh nak cakap. Aku tunjuk je dua-dua kaki aku tu kat dia orang. Lastly semua ketawakan aku.

Jadilah topic of the day. Kasut lain sebelah datang office. Hahaha... 



16 comments

July 6, 2014 at 8:50 AM

salam singgah. nasib baik kasut tu hampir sama jugak fesyen nya. kena pandang 2kali baru perasan :D

July 6, 2014 at 10:33 AM

itulah umi haha... kalau tak malu jugak nak pakai...

July 6, 2014 at 11:47 AM

seb baek perasan sendiri..klu org lain tegur lagi malu..kikiki :D

July 6, 2014 at 11:50 AM

haa tu la pasal... hahaha..

July 6, 2014 at 12:00 PM

Warna pun nak sama dah.

July 6, 2014 at 12:00 PM

Jemput drop url blog kat Mister Linky's saya:)

July 6, 2014 at 2:01 PM

Terbaik kasut lain sebelah. :D

July 6, 2014 at 2:45 PM

hahahaha...ini betul lawak...adehhh

July 6, 2014 at 5:13 PM

ya nasib baik warnanya sama haha...

July 6, 2014 at 5:49 PM

baiklah... ;)

July 6, 2014 at 5:50 PM

huhu tu la pasal.. monday blur bukan blues..

July 6, 2014 at 5:50 PM

kan? huhu...

July 6, 2014 at 11:35 PM

nasib baik warne kasut nye due2 nak dekat same ye...kalau tak lagi parah... :D

July 7, 2014 at 7:34 AM

itula pasal haha...

July 7, 2014 at 9:59 AM

kohkohkoh.. takpe kak ida rasa kalau pakai sampai balik pun orang tak perasaan kott sbb warna kasut sama jeeee

July 7, 2014 at 11:16 AM

yer.. org tak perasan sbb warna sama. Haha...

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia