Assalamualaikum korang!
Haaa aku excited ni.
Excited sebab kelmarin USB Mini fan yang aku beli tu dah sampai.
Dah lama ko, aku tunggu kehadirannya.
Rupanya minggu ni baru nak sampai, huh!
*Kejadahnya si mahirah ni beli kipas USB pulak? Apa kat rumah tak ada kipas ke apa dia ni?*
Hahaha!
Memanglah kat rumah aku tu ada kipas.
Masalahnya bilik aku ni kalau belah petang, sikit punya cantik matahari focus ke rumah kami.
Paneh kot bila pancaran matahari petang masuk ke bilik.
Ko pasanglah kipas ke, ekon ke, memang tak dapat cover nyer kebahangan matahari tu haha.
Habis segala vitamin a b c d e f g sampai z pada latptop aku (^^,).
Berpeluh tau makcik bedah ni duduk hadap laptop tu.
*Eleh, ni baru panas kat dunia mahirah oi, kat neraka besok lagi panas.*
*Eleh, ni baru panas kat dunia mahirah oi, kat neraka besok lagi panas.*
Krik Krik Krik
Baiklah!
Taaadaaa!! Inilah USB fan tu.
Aku dah try pasang kat sebelah laptop tau.
Nampak simple tapi angin dia kuat wooo.
Letak kertas pun boleh terbang jugaklah dua tiga helai.
Kalau korang nak tau, sebelum ni aku pernah beli dua jenis USB fan tau.
Satu bladeless yang bunyi dia bapak bising giler.
Bladeless fan tu aku beli untuk letakkan kat office sebab ekon office kita orang ni kadang2 sumbat.
Nak tengok gambonya?
Haaa nilah dia.
Udah ler, korang tak payahlah nak terpengaruh dengan kecantikan rupa paras dia.
Luaran memang cantik tapi dalaman hampeh.
Angin tu memanglah rasa, tapi bising tu yang tak boleh diterima.
Tak tenang aku nak buat kerja wei.
*Bunyi gedek-gedek-gedek-gedek kat telinga.*
Rasa nak campak masuk tong sampah je.
Haaa... tapi sekarang memang dah sadakallah le.
Okeh, untuk puaskan hati, aku beli pulak tower fan USB.
Aku ingat tower fan ni dapatlah menyelamat masalah kepanasan aku kat office.
Sekali dia ni pun dua kali lima jugak bisingnya!
Dush! Dush! Dush!
Lagi sekali aku rasa menyesal beli.
Awatlah blade dia memekak nauzubillah?
Nak tengok rupanya?
Haaa ni lah dia.
Cantik tu memanglah cantik tapi indah kabo dari rupa.
Udahnye aku beli je yang jenis besi habis cerita.
Dan bila aku compare ketiganya, USB mini fan besi lagi bagus dari 2 kipas kat atas ni.
Bladenya tak hasilkan bunyi bising.
Yang penting blade dia besar dan hasil angin memuaskan.
Sekian, itu je nak bebel.
~Daaa~
22 comments
kat opis ada 1.. duk tala kat muka.. hehhehehe
Sama macam rumah saya.
Tengahari ke petang matahari focus kat master bedroom.
Memang berbahang.
Samalah rumah saya..
Berbahang master bedroom tu.
Wah, boleh la Kak KM makan angin lebih skrg ni:) hikhik :p
SALAM. huhu sy punya da rosak ..
betul-betul..kipas bunyi bising memang menyakitkan telinga kan.
macam menarik ja kipas ni..hehe
fuyoo lepas nie sejukk je la muka kak KM...hihihi....
haha... sejuk je muka kalo gitu. :)
betul.. bahang sgt... huhu
kembung perut dik klo mkn angin :-)
laa rosak ke?
betul.. tak tenteram nak buat kerja :-d
beli jgn tak beli.. murah ja.. tak mahal pon.. :)
iya hihi :-)
Irra sidai baju kat tingkap..amik kau cahaya nak masuk pon tak boleh...cepat sikit baju kering...wakakakaaa. irrayyan.com
awww... comel. mudah dibawa. kena dapatkan satu ni. hihi. boleh keringkan bulu mata gak bila calit mascara tebal tebal... ehehehe
Comelnya usb fan tu.. :)
Biar x der rupa janji dpt fungsi dgn baik dan x menyakitkan hati kan KM :-)
Bladeless fan tu hukum lanting je, KM. Sikit punya cantik,...dah tak de bilah tu boleh bising pulak!
laaa.. ye ke kak? tak bagusla macam tu. apa daaa..lagi fikir kuantiti dari kualiti.
last2 yang pesen lama juga yang bagus.
rupanya yg cntik x menjamin kualiti kan