Lenovo vs Samsung

Assalamualaikum,

Secara jujurnya saya dah mula jatuh cinta dengan Lenovo. Dari segi spec dia, body dia, jenama dia, semua saya dah mula suka. Malah bagi saya Lenovo lebih baik dari Samsung ya. Itu kenyataan dan ia pendapat peribadi berdasarkan pengalaman menggunakan kedua-dua jenama.

1. Harga. Smartphone Lenovo menawarkan perbagai model dari harga sangat rendah bagi sebuah device android. Model paling maju pun masih lagi dikategorikan berpatutan jika dibandingkan dengan performance jenama lain.

2. Screen. Saiz screen model-modelnya sangat bersesuaian dengan penggunaan untuk mobile data. Boleh usrf internet, facebook dll. Tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil.

3. Batery. Dengan fungsi penjimatan batery sedia ada dan kapasiti bateri yang besar semua modelnya mampu bertahan dengan penggunaan 3G yang maksimum.

4. Performance. Jarang dengar lenovo stuck atau hang jika dibandingkan dengan jenama terkenal yang lain. Walaupun menggunakan pelbagai aplikasi serentak.

Kesimpulannya ia adalah produk yang mempunyai performance yang tinggi tetapi harga yang berpatutuan.

Kepada korang yang dah jatuh cinta pada smartphone Lenovo ni dan korang decide nak beli tapi korang tak tau series2 apa yang best untuk korang guna, kat sini saya boleh share apa kelebihan-kelebihan yang ada pada model-model smartphone Lenovo ni. =)

K series:
Premium, Ultra-Slim Smartphones
State-of-the-art smartphones featuring the latest processor, display and camera technology

S series:
Elite Entertainment Smartphones
Sleek smartphones designed for video, music and gaming with powerful processors, high resolution displays, and studio-class audio

P Series:
Professional smartphones with Epic Battery Life
Extra long battery life, IPS displays and powerful processing will keep you connected on the road and in the office.

A series:
Action series smartphones for the young doers
Entry level smartphones with extensive feature sets offering a great experience at a low price.

Dalam erti kata lain,

K - Hi-tech, CPU power, kualiti power gila
S - Style, hiburan termasuk kamera
P - Performance, tahan lama, batery power
A - Action, gamers confirm ramai gila pilih yang ni

Dan, korang nak tau atara di atas saya pilih yang mana? Hehe... saya beli series A. Serius cakap mmg best! Superp! Bayangkan saya guna FB, game, google, insta, tweet, tukar2 window dgn jayanya tak pernah hang langsung. Baterry tahan lama. Dah rasa macam Iphone pun ada. Haha!

Berbanding saya guna samsung note dulu, kadang2 tgh syok berFB boleh close window serta merta. Saya guna google, tengah baca hang tiba-tiba. Wah, boleh stress woo bila kenangkan function samsung dulu. Sampai batery pun boleh kembung dan meletup.

Percayalah, masa saya pergi beli hari tu, salesman cakap, samsung dah mula jatuh dan lenovo dah mula naik. Ramai orang cari lenovo dari samsung sebab kualiti dia sangat bagus dan berbeza dari samsung. Bukan nak cakaplah, korang boleh fikir sendiri, kalau dah ada smartphone yg lebih berkualiti dan harga jauh lebih murah, buat apa korang nak spend duit lebih untuk smartphone yang korang dah tau atau dah dengar masalah2nya dengan harga yang sangat mahal??? heeee... =)

Smartkan? hubby saya dah jatuh cinta dengan smartphone ni.
Harga??? RM839



Nipis gila smartphone ni. S960 Harga??? RM1299


Yang ni lagi smart Lenovo K900 harga??? RM1499


Kalau nak tau lebih lanjut, korang boleh google sendiri ya hehe. Saya cuma bagi mukadimah je pasal smartphone Lenovo yang tengah naik sekarang.

13 comments

January 26, 2014 at 1:48 PM

Wah, cantik jugak designnya.

January 26, 2014 at 2:36 PM

mmg cantik pun isabel.. heh

April 19, 2014 at 3:28 PM

GK pun guna lenovo juga...s890..best memang best...tapi nyesal lak internal memory sikit...kamera puas hati...la ni dok pikir nk sambar s960..doakan ye,,

May 2, 2014 at 12:02 PM

Insha Allah boleh beli tu hehe.. Itu ler internal memory sikit sbb tu murah hehe..

June 19, 2014 at 1:58 AM

murah bersebab, jangan tertipu...huhu

June 19, 2014 at 8:04 AM

tak kisah, sy beli ikut kemampuan... haha

September 28, 2014 at 6:57 AM

mama pengguna lenovo jugak.. hihi

October 10, 2014 at 12:12 AM

saya pengguna tablet A3300

tapi dalam wishlist S850

November 13, 2014 at 2:39 PM

kathy pun guna lenovo..memang puas hati sangat²

December 18, 2014 at 12:11 AM

Saya baru guna lenovo a889 walaupun murah tapi sangat puashati internet pun lancar dan saya dah tak pakai samsung note 2 saya..

December 24, 2014 at 2:20 AM

Selama 4 bulan saysa guna s930 sangat puashati dan berbaloi daripada sony xperia yang saya guna sebelum ne yg selalu je hang..

July 29, 2016 at 7:15 PM

saya pun salah sorang pengguna lenovo.. memang sgt berpuas hati... saya guna A399... berbanding hp lain bila layan game blh dikatakan x penah lagging...sgt berpuas hati wlaupun ram kecik..

November 17, 2016 at 12:31 AM

S960 mmg terbaik 4tahun guna tp syg terendam ngn air tnpa sengaja..sedih gila..in sya allah law ade rezeki nk mik s960.sbb ringan camera cantik..siapa yg da guna tao lah...

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia