Alhamdulillah...
Tengah tersengguk-sengguk buat kerja menghadap komputer, tiba-tiba datang seorang Secretary sambil membawa seguni harta karun haha.
Dikeluarkan sekotak cantik macam dalam gambar di atas dan letak kat atas meja aku.
Yang aku ni pun terpinga-pinga duk pandang kotak tu tanpa bertanya.
Bila dah sedar diri, terkebil-kebil "eh-eh kotak apa ni?" baru aku tanya balik kat Secretary tadi.
Aku : "Apa benda ni wei?"
Secretary : "Kerongsang Cik Ina Bagi."
Aku : "Hah?! Betul ke ni?"
Secretary : "Tak payah tanya, ambik je orang nak bagi."
Aku terus bukak dan tengok isi dalamnya.
Mula-mula dapat warna purple, terus segar mata aku dan datang rapat kat dia yang tengah bawak guni tu.
"Boleh aku pilih? Hehehe..." Muka sengih.
Member pandang. "Erm.. dengan korang je boleh pilih. Cepat sikit."Hahaha... akhirnya aku dan dua tiga orang lagi kawan office menukar dengan suka hatinya.Benda-benda macam ni memang buat mata aku segar dari mengantuk.Dan aku pun memilih kerongsang di atas.
Cantik tak korang?
Kerongsang ni kerongsang raya.
Kerongsang ni jugak aku wajib pakai di jamuan hari raya division aku nanti.
Melaram dengan penuh bergayalah gamaknya.
So, itu sahaja nak cerita,
Daaa~~~
17 comments
cantik n cun la..rezeki kan alhamdullah..
untunglah Mak dapat hadiah menjelang raya..ni nak kena mintak kat bos gak la..
fusyooooo... best gila!
Cantik kerongsang tu..pandai pilih..hehe..
Boleh pakai untuk raye nanti :)
salam. cantik keronsang tu ..
Haha. cantikk, cantikk!
Wahh cantik... bolehlah pakai utk jenjalan hari raya nanti... tahniah.. :)
ya rejeki ramadhan...
heeee... mintaklah...
=) hehe
itu ler nasib baik ada yg cantik...
iya utk jamuan raya.. =)
terim kasih... =)
heeee =)
ye... jamuan raya office terutamanya.. =)
Cantik. Nampak mahal. Sempena raya ni..