Ruang Iklan Untuk Disewa

Pemergian Penulis Liana Afiera Malik Pada 31 Julai 2011

Ya Allah, aku baru tahu yang penulis Creative Enterprise, Liana Afiera Malik dah pergi menghadap ilahi. Bayangkan dah 4 tahun baru aku tahu ketiadaan arwah kat dunia ni. Aku betul-betul admire arwah punya penulisan. Menunggu2 novel terbaru beliau dan rupanya beliau dah pergi buat selama2nya? Aduhai, terkilannya lambat dapat tahu pemergian arwah. Identiti arwah sangat misteri sebab tu susah aku nak ikuti perkembangannya. Timbulnya rasa hati nak menulis ni pun adalah kerana penulisan beliau.

Novel Siri Yoyo ni tiada kesudahan. Tapi aku mohon pada korang yang gila novel, kalau ada siapa2 yang masih ada tajuk novel "EH... IYA KE NI?" dan "1,2,3 I LOVE YOU" yang masih dalam keadaan elok dan nak dijual, tolonglah inform aku. I am serious buyer. Huhu... kat kedai dah tak ada jual sebab penulisnya dah tiada. 

Baru2 ni aku saja baca semula novel siri YOYO hasil dari tulisan arwah. Tiba-tiba terdetik hati nak google novel-novel beliau yang lain. Tengah duk google tu aku terbaca artikal dari Creative Enterprise Sdn Bhd berita tentang kematian arwah.










Creative Enterprise Sdn Bhd

Penulis Juliana Sukmawati Abd Malik, atau dikenali sebagai Liana Afiera Malik yang terkenal dengan novelnya yang bertajuk Bukan Puteri Lindungan Bulan telah kembali ke rahmatullah pada Ahad, 31 Julai 2011 jam 12.15 am pada usia 38 tahun di Hospital HUKM.
Beliau kemudiannya dikebumikan di Cangkat Petai, Perak keesokan harinya jam 10.00am. Kematiannya seperti yang telah dimaklumkan oleh suami beliau adalah akibat terjatuh di depan bilik air dan sudah lama menghidap penyakit tirod. Kehilangan beliau adalah satu kehilangan yang besar dan begitu bermakna dalam dunia penulisan.
Liana Afiera Malik merupakan seorang penulis yang profilik dan begitu berbakat. Beliau menjadi inspirasi kepada penulis-penulis muda yang lain agar menjadikan bidang penulisan sebagai pekerjaan yang menjamin masa hadapan. Beliau berjaya membuktikan bahawa angan-angan penulis boleh mendatangkan pendapatan tahunan yang lumayan.
Bermula dari bawah, berkat dengan kegigihan dan sikap dedikasi beliau selama ini, beliau telah menghasilkan lebih daripada 20 buah novel dalam usia yang masih muda.
Novel Bukan Puteri Lindungan Bulan telah menempa sejarahnya yang tersendiri di industri perbukuan CESB. Novel yang paling tebal setakat ini dengan ketebalan 1211 halaman telah dilancarkan di Johor Bahru pada 14 Februari 2002, diikuti pelancaran rasminya di Kuala Lumpur pada 5 Mac 2002. Seterusnya novel ini telah dilancarkan di beberapa buah bandar utama di seluruh negara menerusi program Roadshow BPLByang julung-julung kalinya diadakan seumpama ini di Malaysia.


Novel-novel beliau yang lain yang turut diterbitkan di bawah naungan CESB ialah:

  • -Memori
  • -Kasih Antara Musim
  • -Inginku Sandarkan Harapan
  • -Assyida
  • -Yoyo 1-5
  • -Promise!
  • -Dan... Mimpi Pun Berguguran
  • -Janji Assila
  • -Kompilasi Yoyo 1-3 : Eh! Iye Ke Ni?
  • -Kombinasi Yoyo 4-6 : 1, 2, 3... I Love You!
  • -Kombinasi Yoyo 7-9 : Jealous La Pulak!
  • -Kompilasi Memori
Setiap yang akan datang akan pergi dan setiap yang pergi tak akan kembali. Tanpa kita sedari semua itu akan kita lalui. Walaupun kita tidak tahu bila masa itu akan tiba untuk menjemput kita, namun, kita selalu diingatkan agar selalu berdoa dan berserah kepada-Nya. Ucapan takziah warga CESB ucapkan kepada keluarga arwah Liana. Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al-Fatihah...

P/S : Mesti aku rindu dengan penulisan arwah huhu...

5 comments

June 25, 2014 at 9:55 PM

takziah diucapkan. memang berbakat beliau, dalam usia muda dah lebih 20 novel.. wahhh :DDD

July 29, 2016 at 12:01 PM

Tak tahu pula...esok genap 5tahun kan..takziah...

July 29, 2016 at 12:03 PM

Lusa daa genap 5 tahun...😢😢
al-fatihah

August 1, 2017 at 12:41 AM

Nak jual x buku2 dr beliau. Serius buyer ni. 0104062769

January 28, 2018 at 12:33 AM

Novel kompilasi yoyo ni dah tak kuar ke? Dah lama sy cari tak jumpa pun..ada Sesape tau nak ada jual kat mane.

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia