Ruang Iklan Untuk Disewa

Tiba-tiba Dapat Panggilan Telefon Dari Adik

Assalamualaikum korang!

Tengah syok duk buat kerja kat office, tetiba dapat panggilan dari adik aku.
Apa mimpi pulaklah budak ni call akukan.
Setahu akulah, dia ni jarang nak call waktu kerja kalau tak ada benda penting huhu.
Yang best tetiba dia cakap macam ni tau kat aku.
Adik : "Along! Tiket Airasia tengah murah. Jom kita pergi Sabah nak? Adik nak gi tengok lembu!"
Aku : "Kau dah kenapa dik? Apa kat semenanjung dah tak ada lembu ke nak tengok?"
Adik : "Alah! Ni lembu luar biasa Long. Lembu ni susah nak jumpa kat semenanjung. Selalu kita balik kampung jumpa lembu kaler coklat je."
Aku : "Dah tu yang kau nak tengok ni lembu kaler apa? Hijau?"
Adik : "Hahaha!" Gelak dalam sinis. "Alah... Adik nak ajak gi kundasanglah tengok lembu tompok hitam putih. Tempat dia macam New Zealand Long."
Aku : "Kundasang? Macam New Zealand? Wah menarik tu!"

Aku pun terus google gambar Kundasang macam mana. Hati mula excited. Dah bayangkan rupa New Zealand tu cam ne kat dalam kepala. Dah tentulah cantik kan suasanyanya. Aku ni memang suka tempat-tempat macam tu.

Credit to http://www.panoramio.com/

Aku masih on the phone lagi dengan adik aku. Sambil cakap sambil google. Kebetulan pulak masa bercakap on the phone tu, kawan sebelah aku pulak nyampuk kata dia ada kawan travel agen kat sana. Kalau nak pergi boleh contact. Orang Malaysia Airport jugak yang buat service tu. Boleh dia bawak jenjalan.

Adik : "Kita gi hujung bulan sebelas, tiket tengah murah."
Aku : "Eh, kenalah tanya bos Along dulu. Kalau dia bagi green light, barulah boleh book tiket."
Adik : "Iyalah! Nanti jangan lupa google tempat menarik yang lain tau."
Aku : "Eh, kejap! Yang nak gi cepat-cepat sangat ni kenapa? Kenapa tak plan bercuti tahun depan je? Hujung tahun banyak benda nak settle."
Adik : "Alaaaa... gi bulan sebelahlah. Lagi pun tiket promonya sampai bulan dua je."
Aku : "Hah! Kalau macam tu pergi bulan dua lah."
Adik : "Ehm... tapi adik nak gi bulan sebelaslah."
Aku : "Nantilah kita bincang lagi."
Adik : "Yalah. K bye!"

Letak telefon. Dah tak jadi kerja dan aku terus menerus mengoogle kundasang hahaha.
Cantik wei! Serius cantik tempatnya. (Jakun kejap)
Tapi tetiba aku terfikir sesuatu.
Hujung bulan sebelas adik aku ajak pergi?
Ahah! Baru aku ingat! Patutlah dia beriya nak gi hujung bulan sebelas.
Rupanya hujung bulan sebelas tu tarikh birthday dia.
Huhu.. masalahnya hujung bulan sebelas tu jugak roadtax kereta aku mampuih.
Kenalah renew roadtax dulu, baru pergi jenjalan.

                                                       Credit to http://www.panoramio.com/

Credit to http://www.visit2borneo.com/

Credit to http://www.visit2borneo.com/

Persoalannya, korang pernah pergi Sabah?
Siapa kat sini penduduk sabah? Haaaa korang mesti ada ideakan? Hehe...
Apa lagi tempat-tempat yang menarik yang kita orang boleh pergi?
Erm.. Ecited ni! Excited ni! Haha!
Kalau rajin ceritalah kat komen ya, nanti aku tengok.
K.Bye!

Jawapan Dari Nuffnang : Non Glitterati

Assalamualaikum korang!

Lepas cadangan korang suruh hantar tiket pada nuffnang, KM terus submit tiket tu.
Dan dengan pantas nuffnang memberi jawapan.
Cer baca, ni dia jawapan yang nuffnang bagi tu.
Baru KM perasan, rupanya KM ada register blog yang tak aktif.
So, automatik nuffnang tukar status KM sebagai non gelitterati.
Jadi KM kena delete blog tak aktif tu dari list nuffnag.
Kalau tak, akan effect membership status dan akan consider blog tak aktif tu spam.
Ayoyo! Nasib baik perasan kome oi.
Kalau tidak, tak pasal-pasal kena reject huhu.
Terima kasih banyak2 pada siapa yang bagi cadangan suh hantar tiket tadi.

Kenapa Status KM dalam Nuffnang Jadi Non Glitterati?

Assalamualaikum korang!

KM confused kejap kenapa status dalam nuffnang jadi non glitter.
Apa yang KM kena ubah ek?
Rasa macam ada kesilapan dalam link blogkan?
Haha.. lepas satu-satu masalah dalam blog ni.
Seronok betullah KM nak kena betulkan kesilapan2 macam ni.
Naik blur jadi nak pikir.
Wahai, rakan2 blogger yang bijaksana, bantu KM dalam selesaikan masalah ni ya
Terima kasih, k bye!


Cabaran 30 Hari Entry : Day 14 : Cerita kasut saya

Assalamualaikum korang!

Cabaran kali ni KM kena bercerita tentang kasut.
Haha, kalau korang nak tau, banyak koleksi kasut KM dan dah penuh pun satu rak kasut tau.
KM pun pelik, entah mana datangnya kasut banyak-banyak dalam rak tu tah.
*Padahal sendiri yang tak sedar diri membeli haha.*
Masa beli tak perasan dah penuh.
Bila nak sumbat dalam rak tu baru sedar yang kasut aku ni banyak rupanya.
Sampai melimpah keluar, tak ada tempat nak letak dah wei.
*Di tambah pulak dengan beberapa pasang kasut mak jemah cemetot ni, lagilah nampak sarat rak kasut itu, haha!*

Pakwan pun dah bising tengok kasut aku banyak tau huhu.
Katanya kasut dia tak ada pon banyak macam aku.
Cuma dua space je guna untuk letak kasut dia, space lain semua kasut aku yang conquer haha.
*Atee, awok dah kenapa pakwan? Dah nama pon perempuan, memanglah banyak kolesi.*
Eh, eh, jeles ke tak ada kasut colorful macam bini dia ni haha.
Sakit matalah tu bila ada beberapa kasut yang KM jarang pakai.
Jadi pakwan macam tak boleh terima bila kasut tu terbiar begitu sahaja.\
Dia kata kalau KM tak pakai kasut2 tu dia nak lelong kat pasar, jual RM3 sepasang.
*Erk? Jual balik? Masalahnya ada ke orang nak beli? Hehe!*

Haaa ni dia sebahagian dari kasut yang KM ada.
Colorful tak? Haha.. KM memang suka pakai kasut flat yang colorful.
Ni KM beli satu resit dari Zalora.
Nampak macam mahal jekan, tapi sebenarnya murah je.
KM suka tunggu happy hour ngeee.
Dapat diskaun kod dalam kul 3pm-4pm dan ada beberapa kasut jatuh harga RM20.
Masa nilah rembat sekali 5pasang.
Ini dululah.. sekarang dah malas nak tunggu happy hour.
Busy haha.

Takat tu je nak cerita pasal kasut.
Tunggu next cabaran untuk hari ni ya.
KM lewat sikit publish sebab kesuntukan masa.
Jumpa lagi daaa..

KM Sekarang Berada Di UiTM Seri Iskandar Perak

Assalamualaikum korang!

KM hari ni berada di UiTM Seri Iskandar Perak.
Fuh, perjalanan KM bulan ni banyak luar dari daerah Selangor.
Letih tau berjalan jauh.
Kali ni bukan pergi bercuti, tapi pergi sampaikan amanat orang kampung hantarkan laptop pada anak buah sorang ni.
Kalau plan untuk bercuti memang tak letihlah sebab hapeningkan hihi.

Credit to http://greenywawa90.blogspot.com/

Sepatutnya laptop ni dihantar pada dua minggu lepas lagi.
Tapi yang jadi masalahnya tuan punya badan tu boleh pulak pergi ikut kawannya balik Kuantan.
Ya Allah, kata nak guna laptop tu cepat? Awat yang pi ikut kawan balik kampung?
Kalau dia stay kat hostel hari tu kat ke dah selamat bagi laptop ni kat dia.
*cik umi kalau baca ni tahankan mata dan telinga ya, aunty mahirah ko nak membebel ni ha*
Awak ingat UiTM Kampus Seri Iskandar tu dekat ke sayang?
Jauh yang oi, dekat 4 jam perjalanan. Balik hari pulak tu haha!
Mana boleh main pas-pas je barang ni kat uncle Nuar yang duduk Tanjung Malim.
Dia pun berchinta rasa nak hantar kat awak tau.
Aunty nak datang hantar barang satu ni dari Sepang pun dah bercinta dik non huhu.
Kesian kat pak wan awak ni drive kereta jejauh, malam ni nak masuk kerja lagi.
Kalau hari tu hantar, boleh bertahan lagi sebab pakwan awak ni off day.
Next time jangan buat lagi okeh.
Itu je nak bebel.

Haaa ni dia gambar selfie uncle pakwan dan aunty mahirah
Ni maknanya marah-marah sayang tau.
K bye!

Yeay! Blog KM Dah Okay Balik!

Assalamualaikum korang!

Ya Allah, KM betul-betul ingat blog KM ni dah tak lama tau.
Bila tanya dengan bro hasrul hassan, barulah ok semula.
Tak taulah apa kenanya dengan templete KM tetiba dia kacau full view entry blog.
Makna kata KM tak boleh view satu entry penuh.
Dan KM rasa korang pun tak boleh visit entry penuh KMkan?

Itu yang macam-macam KM ubah untuk betulkan balik.
Mood nak BW dah slow down wei sebab pening memikir masalah blog ni.
Siap mengadu nasib blog dengan irrayyan, haha.
Terima kasihlah irra sebab melayan KM kat wassup.
Last2 dapat jugak solutionnya.

Dah geram sangat KM defaultkan je semua setting dalam blog dan guna semula templete basic.
Hambik ko, segala mak coding yang KM buat semuanya punah, ranap, lebor begitu saja.
Dengan nuffang2 aku sekali hilang semuanya tau.
Malas nak fikir banyak dah.
Janji blog kembali seperti biasa dan lepas ni bila rajin baru setting balik semula.
Okeh, lepas ni korang boleh baca entry penuh KM seperti biasa.
Daaa...

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia