Ruang Iklan Untuk Disewa

Breast Milk Storage Bags Dan Stok EBM

Assalamualaikum,

Haha.. kenapa pulak tetiba KM nak cerita pasal stok EBM dan BM storage bags ni. Untuk kaum ibu yang punyai anak kecil dan menyusukan bayi dengan susu ibu mesti taukan stok EBM dan penggunaan BM storage bags ni?

Untuk apa kegunaan BM storage bags ni? Bagi yang tak tahu, benda alah ni gunanya untuk simpan susu ibu yang diperah untuk jangka masa panjang.

EBM tu apa pulak? Haha... mula-mula nak bagitahu dulu, EBM tu Expressed Breast Milk. Iaitu merupakan susu perahan ibu yang disimpan. Ini adalah bekalan untuk baby waktu ibu bekerja dan salah satu cara untuk meningkatkan pengeluaran susu. Susu ibu ni disimpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Haaaa... contoh macam situasi KM sekarang. Dari awal kelahiran baby Uzair, KM tak dapat bersama dia oleh sebab dia dilahirkan premature dengan berat 1.18kg. Jadi kerja KM duk supply stok EBM untuk dia dan hantar ke hosp setiap minggu.

Kenapa KM tak direct feeding dia? Sebabnya dia belum matang. Segala organ dalam tubuh dia belum cukup matang macam baby 9 bulan. Jadi kalau KM direct feeding dia, takut dia rasa lemas dan penat minum susu.

Untuk baby premature yang berat 1kg, minggu pertama mereka hanya boleh minum susu sebanyak 4ml setiap 2 jam sekali. Bila dah masuk minggu ke dua, doctor akan up kepada 8ml. Dan minggu seterusnya akan up lagi ke 12ml dan sekarang baby Uzair cukup sebulan doc up menjadi 16ml.

So far, dia memang kuat minum susu. Alhamdulillah sekarang berat dia naik menjadi 1.3kg. Tapi berat ni tak akan maintain. Ada masa berat dia turun sikit ada masa berat dia naik. Ikut keadaan.

Okay, berbalik pada tajuk asal. KM sebenarnya dah terbeli tiga jenis brand BM storage bags ni. Kat sini KM nak sharelah beberapa BM storage bag yang KM rasa selesa untuk digunakan dan berbaloi dengan belanjawan.

KM dah pernah cuba beberapa breast milk storage bag seperti berikut :

1. Autumnz Breast Milk Storage Bag


KM paling suka Autumnz BM Storage ni. Sebabnya dia double zip lock. So dijamin susu tak tumpah. Dalam satu kotak ni ada 25 bags. Setiap plastik bag boleh simpan 7oz. Actually ada yang 12oz punya tapi sendiri punya susu badan boleh agaklah berapa banyak sekali perahan. So better KM beli yang 7oz punya. Kalau beli 12oz macam sayang pulak rasa ada lelebih ruang kosong. 

Mari kita tengok features dia. BPA Free (ni memang wajib tengok). Medical grade material, safe dan extended freezer storage. Pre-sterilised bags untuk safe feeding. Double zipper top untuk elakkan bocor (ni yang KM cakap tadi). Laminate tebal untuk ink leeching. Then lebel name, date dan time pun mudah di baca. Tapi KM tempah name sticker dan tampal je kat situ instead of KM tulis guna marker pen.

Harga RM12.90. Kalau nak jimat, beli 5 box atau 10 box. Boleh dapat 1box RM10 atau RM9.


Yang ni KM baru lepas borong semalam.

KM ni dah lama tak mengandung tau. So, 5 tahun berlalu KM dah lupa dan kurang arif bab2 buat stok EBM ni. Lagi pun masa Zulaikha dulu KM sempat susukan dia sampai 7 bulan je. So, tak sempat nak buat stok EBM.

Bila duduk hospital berhari-hari, barulah banyak pendedahan. Rujuk pada nurse/sister yang lebih arif bab penyusuan. Rupanya nak fully BF anak kena perah selalu setiap 2 jam. Jangan tunggu sampai bengkak susu. Tak kiralah setiap kali perahan tu dapat sikit ke banyak, janji perah.

KM pun ikutlah cakap nurse dan sister tu. Mula-mula memang susah sikit. Guna pump letrik pun tak jalan. So KM guna pump manual dan cuba buat sucking dia macam baby sucking. Alhamdulillah, barulah keluar susunya. 

Jadi kat hospital setiap 2 jam KM perah simpan susu dalam bekas dadih sebab baru dapat pun tak sampai 1oz. Tapi bila nurse cakap "kipidap! kipidap!" KM perah je dengan mind set nak susukan baby sampai 2 tahun. Lama-lama barulah susu jadi banyak dari 1oz ke 2oz.

Bila dah banyak gitu, tak guna dah guna pump manual. Lenguh tangan hamba ni huhu. Sudahnya mintak tolong pakwan bawakan breast pump lektrik (KM beli Lacte Duet, nanti KM sharing penggunaannya). Jimat masa dan tenaga. Mana tidaknya, kul 3 pagi pun hamba ni kena bangun pump susu. Sampai tersengguk-sengguk aku dibuatnya.

Waktu kat hospital tu sempatlah KM supply susu untuk baby dalam 10 bekas dadih. Syukur alhamdulillah rezeki baby banyak. Semua susu yang KM perah kat hosp KM hantar kat NICU. Masa ni cukup lagi untuk baby Uzair. Sebab dia minum sikit.

Balik rumah KM dah mula buat stok EBM. Satu hari 6-8 kali perah ikut kedaan. Memandangkan nak buat stok, tu yang KM beli BM storage bag ni banyak2. Pernah tanya officemate, perlu ke beli breastmilk storage bag ni berkotak-kotak. Dia cakap YES. 5 kotak je tak cukup kalau kita nak buat stok EBM. Kadang kena beli sampai 10 kotak atau lebih.

Now I know why. Plastik bag tu sekali je boleh guna, lepas tu buang. Memang patut pun beli banyak kalau kita kerap pump susu. Yang Autumnz dah habis, jadi KM beli yang Spectra dan Jinggle Jungle pulak. My review...

2. Spectra Breast Milk Storage Bags


Erm... macam mana nak review ya? KM tak berapa suka guna brand spectra ni. Salah satu sebab zipper lock dia cuma satu. Tak macam Autumnz yang ada double zipper lock. Jadi, kalau terjatuh atau terusik sikit zipper lock dia senang terrenggang. Which is tak baguslah untuk susu.

Memandangkan dah terbeli tiga box, so KM gunalah juga bila perah susu tak banyak. Kalau susu 4oz je keluar, baru KM guna spectra. Kalau susu banyak sampai 7oz, KM guna Jingle Jungle atau Autumnz.

Features lain sama je dengan breast milk storage bag brand lain. Pre-sterilised dan disposable, for storage dan freezing, boleh stand sendiri lepas isi susu dan jimat space, store up to 200ml per bag, BPA free dan dalam tu ada 30 plastik.

Harga RM14.90


3. Jingle Jungle Breast Milk Storage Bag


Ahaaa... jingle jungle ni pun KM suka guna. Features dia sama macam Autumnz juga. Dia double zipper lock. Walaupun dia tulis kat situ sampai 7oz tapi sebenarnya boleh store sampai 12oz. Pre-sterilised, for storage dan freezing, boleh stand sendiri lepas isi susu dan jimat space, BPA free dan yang ni boleh recyclable.


Maksud recyclable tu bukan boleh isi susu baru semula tau. Maksud recycle tu boleh guna untuk trashcan liner and cans, compost bins, shipping envelopes, paneling, lumber, landscaping ties, floor tile and etc. Sebelum guna tu bersihkan la dulu ya.

Harga RM12.90. Kalau beli 5 box, dapatlah RM49.90 beli kat lelong.com.

Sebenarnya banyak lagi storage breast milk yang lain tapi tengoklah harganya. Bagi KM 3 brand di atas ni sangat berbaloilah kalau nak pakai buang. Kalau brand lain, harganya macam nak terjojol bijik mata haha. Nak tau brand lain yang ada kat pasaran?


Eve Love Breastmilk Storage Bags
Waaaa yang ni KM suka betul dengan corak dia. Harganya nasib baik murah tau. 
RM15/box tapi tak adalah pulak offer harga untuk 5 box. Kalau ada mesti lagi murah agaknya.
Produk ni sama je macam storage lain. Boleh isi 7oz. BPA free. Cuma KM tak pasti double zipper lock ke tak.
Duk baca features dia tak ada pulak xplain pasal tu. Apa pun harga masih berbaloi untuk beli.


Me Mum Breast Milk Storage bag
Harga yang KM jumpa RM39.90/ box
Huhu mahal.



Bubbles Breast Milk Storage Bag
Harga yang KM jumpa kat littlewhiz RM12.65/box
Kalau beli 5 box dapat harga RM50.45
1box 25pcs, BPA free, size 8oz, food grade material, perfect for breastmilk storage, double zipper lock untuk elakkn bocor, self standing bottom yg lain2 sama.
Brand ni pun antara yang KM nak try nanti. Tunggu jingle jungle habis dulu ya.



Malish: Save N Go Breast Milk Bag
Harga yang KM jumpa kat littlewhiz RM13.70/box
Kalau beli 5 box dapat harga RM52.60
1box ada 25pcs, BPA free, size 10oz, gemma ray pre-sterilized, double zipper lock, non spill and leak free, temper evident safety seal, oxygen barrier preserves, FDA approved


Haaaa... inilah dia antara breast milk storage bags yang KM boleh senaraikan. Semua ni korang jangan risau, memang ada dijual di Malaysia. Yang tak ada jual kat Malaysia, KM pun malas nak promote hihi...

Mungkin ada lagi storage bags brand lain yang KM tak senaraikan. Kalau korang rajin, korang google sendiri ya. Mungkin mahal sikitlah dari harga yang KM mention kat atas tu. Sila rajin survey sebelum beli.

Sekian daaa...

Dah Khatam Chinese Drama : Divorce Lawyers

Assalamualaikum

Ahah! Tengok tajuk, haaaa itulah yang KM nak cerita. 7 May 2015 genap sebulan KM berpantang dan baby Uzair pun genap 30 hari di NICU.

Sepanjang berpantang kat rumah tanpa baby di sisi, inilah kerja KM habiskan masa kumpul stok EBM sambil tengok movie kat toton. Habis semua dah khatam kecuali yang kena bayar tu, haha.

Dalam banyak-banyak drama kat tonton tu, KM suka layan Divorce Lawyers. Cerita dia banyak pengajaran dan kita boleh ambil iktibar dari situ.


Divorce Lawyers is one of the most popular Chinese dramas in Asia. Drama ni tidaklah terlalu serious dan adakalanya kelakar dengan gelagat dua pelakon utama ni.

Drama ni dibintangi oleh Yao Chen (Luo Li) dan Wu Xiu Bo (Chi Hai Dong). KM ringkaskan sinopsis dia ya.

Luo Li dan Chi Hai Dong ni dua-dua peguam penceraian yang hebat. Chi Hai Dong tak pernah kalah dalam perdebatan dia. Malah dia dah jadi otai dalam bidang perundangan ni. Kalau nak ambil kes pun, kes besar-besar. Kes kecil tak mainlah dalah kamus perundangan dia.

Macam Lio Li pulak, baru 3 tahun dalam bidang perundangan dan kata orang baru nak hiduplah tapi dia juga tak kurang hebatnya dan banyak kali menang kes.


Satu hari Chi Hai Dong ni menang kes klien dia. Dia call isterinya suruh bersiap nak pergi bercuti tapi malangnya, isterinya tak nak pergi. Chi Hai Dong balik rumah bersama dengan assistant dia dan masa tulah terkantoi yang selama ni rupanya isteri dia curang dengan lelaki lain.

Chi Hai Dong tak boleh terima dan terlalu jaga air muka. Jadi mahukan penceraian walaupun isterinya tak nak bercerai. Isterinya guna khidmat peguam Luo Li. Sementara Chi Hai Dong back up diri dia sendiri.

Di sebabkan isterinya degil tak nak bercerai walaupun dah curang, jadi Chi Hai Dong putar balik buat cerita dan kata yang dia yang curang walau hakikatnya tidak. Then barulah mahkamah putuskan mereka bercerai dan lepaskan semua aset harta dia pada isterinya.

Peguam Luo Li yang kebetulan baru putus dengan kekasihnya yang rupanya suami orang rasa puas hati dengan penceraian Chi Hai Dong dan menganggap telah selamatkan isteri Chi Hai Dong. Kira macam bagi dia lelaki semuanya sama jahat di sebabkan kes dia pun sudah terjerat dengan suami orang.
Dalam kes ni, KM dah faham polisi rumah tangga di negara China. Sebelum berkahwin, mereka kena buat perjanjian dahulu. Contoh sekiranya salah sorang dari mereka curang, makanya segala harta/aset akan di sedekahkan kepada pihak yang tidak curang. Jadi, fikir banyak kalilah kalau nak curangkan haha. Tapi ianya terpulang pada jenis perjanjian yang dibuat oleh pasangan tu. Kalau masing2 boleh dipercayai, perjanjian tak perlu buat.
Setelah bercerai, Chi Hai Dong pun pindah ke condo yang mana dia berjiran dengan peguam Luo Li tanpa sedar. Dia terpaksa mula dari bawah semula memandangkan reputasinya jatuh merundum dengan kes penceraiannya. Banyak syarikat ternama tarik balik kontrak perundangan dari firmanya sebagai firma guaman syarikat. Hinggalah dia terpaksa mengalah dan ambil kes2 kecil.

Sepanjang menjadi jiran Luo Li, Chi Hai Dong banyak bekerja sama berdua dalam menyelesaikan kes2 rumah tangga klien. Kadang tu dia orang berdua sendiri menjadi wakil bagi pasangan klien masing-masing.

Asalnya Chi Hai Dong bersikap sinis dengan Luo Li, tapi lama kelamaan dia jadi seorang yang nice dan selalu bagi muka pada Luo Li. Hinggalah satu masa tanpa sedar masing-masing dah jatuh hati antara satu sama lain.



Chi Hai Dong ni sejak jatuh bankrup, ramai yang bersikap dengki dengan dia. Hingga bekas pembantu dia pun buat dajal kat dia sampai menyebar fitnah dalam internet yang kononnya Chi Hai Dong pecah rahsia klien. Hampir2 lesen guaman Chi Hai Dong di tarik.

Mujurlah Luo Li bijak dan tolong Chi Hai Dong dalam diam selesaikan masalah lelaki itu. Akhirnya bekas pembantu Chi Hai Dong terkantoi sebab Luo Li telah rakam segala perbualan bekas pembantu Chi Hai Dong sebagai bukti.
Part ni, KM rasa tak gemar kat orang tak kenang budi. Chi Hai Dong banyak ajar macam mana nak jadi peguam yang berjaya pada bekas pembantu dia tapi bila bekas pembantu dia dah jadi peguam di firma guaman lain, dia jadi lupa diri dan bersikap sinis dan berlagak. Siap nak kenakan semula Chi Hai Dong (bekas bos dia) supaya jatuh tersungkur dengan membusukkan nama x bos dia. Memang jahat giler ini orang. Rasa nak hempuk2 je muka dia kalau jumpa haha. Nasib baik ni berlakon je tau. Tapi KM puas hati di akhir cerita ni lesen guaman bekas pembantu Chi Hai Dong di tarik balik sebab main kotor.

Chi Hai Dong ni asyik di kenakan je. Memang kesianlah. Bekas isteri dia pun nak kenakan dia semula. Konon nak balik semula pada dia tapi setiap kali bekas isterinya jumpa dia mesti balik rumah kena belasah dengan kekasih.

Yang ni KM nak cakap padan mukalah. Dah dapat suami sikit punya baik macam Chi Hai Dong tu dia pi main kayu tiga kat rumah dengan lelaki lain (kekasih dia). Lepas bercerai, duduk sama, baru tau kekasih dia tu jauh lebih jahat dari Chi Hai Dong sebab kaki belasah perempuan.

Kekasih bekas isteri Chi Hai Dong ni phsyco giler.

Yang menariknya setiap kali dikenakan, pasti Luo Li tolong backup dia. Dalam diam rupanya Luo Li tu ada hati dengan Chi Hai Dong. Dan begitu juga sebaliknya dengan Chi Hai Dong. Sayangnya masa mereka dah suka sama suka, Luo Li ajak Chi Hai Dong kahwin tapi Chi Hai Dong menolak dengan baik. Alasan dia tidak percaya pada perkahwinan selepas penceraiannya dengan bekas isteri. Dia tunjukkan satu cincin ekor di jari kelingking yang menunjukkan dia takkan berkahwin sampai bila-bila.

Akhir cerita ni waktu Chi Hai Dong kemalangan jatuh bangunan semasa menyelamatkan bekas isteri dari di bunuh kekasihnya, Luo Li yang jaga Chi Hai Dong di hosp selama seminggu koma. Luo Li menangis dan mengharapkan Chi Hai Dong sihat kembali. 

Paling sedih part masa Luo Li cakap kat Chi Hai Dong walaupun Chi Hai Dong sakit atau lumpuh ke, dia sanggup jaga lelaki itu sampai bila-bila yang penting Chi Hai Dong sudi kahwin dengan dia.


Chi Hai Dong sedar lepas dengar luahan Luo Li tu. Dia terus cabut cincing ekor perjanjian dia tu dan terus sarung cincin di jari Luo Li dan ajak berkahwin. Oh, sedih part ni.
Happy ending, mereka pun berkahwin.

Silalah tengok drama ni ada 46 episod.
Sekian terima kasih.
Bye.

KM Dah Selamat Bersalin Pada 7 April 2015

Assalamualaikum,



Alhamdulillah... 
KM telah selamat melahirkan baby boy pada 7 April 2015 pada jam 6:50pm secara czer. 
Sebenarnya KM belum betul-betul bersedia nak tulis pasal kelahiran kali ni. 
Masa terlalu pantas, cepat dan tahu-tahu je dipaksa bersalin 30weeks 4 days. 
Tak sempat nak kumpul cerita, kenapa, bagaimana, bila masa? 
KM kena duduk, ingat balik kejadian sebelum 7 April 2015. 
Cewah, macam cerita gempak pulak hehe.
Sepanjang hidup KM, ini pertama kali jadi macam ni. 
Dan pengalaman kali ni buatkan KM rasa betul-betul insaf dan trauma.
Kali ni berbeza sangat dengan pengalaman bersalinkan Zulaikha dulu.
Oklah, next time bila dah ready, KM share kat sini ya.
Bye!

CBox Ku Dah Jadi Tempat Iklan

Assalamualaikum,

Beberapa bulan tak online sebab alahan preggy, sekali lepas bersalin ku tengok cbox dah macam sarang iklan. Bukan main berleluasa lagi manusia-manusia berkenaan buat iklan kat situ ya. Tujuan cbox tu diadakan untuk chat bukan beriklan. Satu hal pulak ku nak delete satu-satu mesej deme ni. Makanya beberapa id pengiklan di cbox telah diban serta merta hihi...


Kelakarnya Jiran Aku

Assalamualaikum,

KM sebenarnya tengah survey nak hantar baby ke mana lepas habis pantang nanti. Walaupun masih lama lagi tapi kena book awal2 takut nanti penuh. Kalau boleh KM nak hantar ke rumah baby sitter instead of hantar taska. Kesian baby, baru dua tiga bulan.

Nak jadi cerita, KM pun SMS la jiran KM yang kat depan rumah ni. Hari-hari terserempak dengan dia bila balik kerja ke, nak pergi jalan ke atau ke mana2 sajalah memang selalu jumpa. Yalah dah jiran sebelah, memanglah selalu jumpakan. Lagi pula anak-anak dia selalu main kat luar ni dan dia laki bini rajin bersihkan kucing. Conversationnya berbunyi begini.



Kebetulan KM dapat tau, jiran tangga sebelah ni jaga budak. Jadinya, KM nak mintak tolong dia tanyakan sebab KM tak berapa kenal sangat sebab dia jarang keluar rumah.

Lepas tu SMS punya SMS, jiran KM ni rupanya tak pernah tau yang KM ni tengah sarat preggy. Kat sini KM agak pelik sebab jiran KM ni jenis mesra alam dengan semua orang. Apa saja berita mesti dia tahu dulu dan suka ambil tahu. Boleh pulak berita akak preggy ni dia terlepas pandang. Jiran sebelah rumah pulak tu kikiki...


Sampai lagi dua bulan nak beranak pun dia tak tau huhuhu... kecik sangat ke perut aku ini? Jadi SMS terputus di situ sebab mungkin kerana dia termalu sendiri atau dia memang malu dan terfikir macam mana jiran sebelah mengandung dia boleh tak tau padahal... huhu..

Ok, itu saje ceritanya... daaaa...



Jadilah Diri Sendiri, Jangan Ikut Orang Lain

Assalamualaikum,

Hari ni tetiba je rasa nak cerita pasal satu kisah ni. Bukan apa, kadang2 kisah ni kena kat batang hidung. Cumanya taklah teruk sangat sebab masih ukur kat badan sendiri. Mujurlah masih ada iman yang kuat. Jadi tidaklah sengal macam cerita di bawah ni.

Gini ceritanya, pada satu hari yang indah, berlaku di hujung tahun yang mana anak-anak nak naik sekolah. Adalah sorang hamba Allah ni dia nak renovate rumah kasi lebih besar dan luas. Masalah dia adalah, dia tak ada simpanan. Gaji dia kecik dalam RM1000 sebulan. Kalau tambah OT baru dalam RM1300 gitulah kot. Kadang2 gaji dia jadi negative sampai pinjam adik beradik.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu dek kerana nafsu dia yang sangat menebal nak sambung rumah kasi besar dari jiran2 dan adik beradik, jadi dia pun membuat keputusan untuk buat loan peribadi dalam RM20k gitu. Aku pun tak tau apa yang dapat sekarang kalau buat rumah RM20k, toilet je kot huhu. Dia abaikan je gajinya yang kadang2 senang jadi negative. Dia abaikan je nasihat kawan2 supaya jangan jerat diri dengan loan. Dia hanya pentingkan nafsu dia untuk mencantikkan rumah.

Okeh, dah buat loan, bermulalah dia cari contractor dan mulalah bertukang. Habis berterabur segala pasir bagai orang bertukang sana sini sambung rumah dia. Ala, dia cuma nak extend depan rumah je, tambah satu bilik lagi. Buat, buat dan buat sampai tempoh, contractor minta upah sebab dah naik tembok. Masa nilah berlaku perselisihan faham. Nak tau apa perselisihan dia orang?

Tuan rumah tu dah terguna duit loan untuk kegunaan keluarga. Atau erti kata lain, dah salah guna ke tempat lain. Beli apa korang tau? Kan hujung tahun, anak nak masuk sekolah. Dia terlupa duit tak cukup nak beli barang2 sekolah anak2. Jadi dia gunalah RM2k duit renovate rumah tu untuk keperluan sekolah anak. Jeng! Jeng! Jeng! Dah bergaduh dengan contractor sebab tak ada duit nak bayar upah. Contractor dah bosan, tuan rumah suruh siapkan jugak semua tapi masalahnya upah tak nak bagi, macam mana contractor nak sambung buat kerja yang balance. Sudahnya contractor pun tinggalkan rumah dia. Dah jadi terbengkalai sampailah sekarang.

Menyesal? Apa yang berlaku pada hidup mereka sekeluarga tak pernah mereka ambil iktibar. Ingatkan kejadian tu akan membuatkan mereka insaf, oh rupanya tidak. Dah tau duit memang sentiasa tak cukup, dek kerana hati dan nafsu bergelojak, sanggup beli samsung tab dengan hutang card credit. Sampai sekarang ko, tak habis bayar. Bila samsung tab tu jatuh tergolek, gedebuk atas lantai anak buat, di bantainya anak macam orang tak siuman. Dah tau sayang, simpan baik2. Jangan biar anak main. Hanya sebab gadget mahal, anak di belasah. Elokkah macam tu?

Okeh, satu hari yang indah mereka sekeluarga pulang dari tempat kerja. Tiba-tiba mereka terlihat wayar rumah yang terbengkalai di hadapan rumah di potong oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Dalam erti kata lain wayar rumah kena curilah. Mereka pun mengadu pada adik beradik dan mohon bantuan nak pinjam RM2k je untuk siapkan tembok pagar yang dah setahun terbengkalai. Malangnya adik beradik yang tahu mereka sekeluarga pemboros tegar dan suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang dibuat-buat hanya buat tidak endah. Ada sebab adik beradik buat begitu. Nak tau apa?

Cerita pertama : Pernah dia tolong salah seorang ipar ni berniaga minyak wangi di pejabatnya. Kononnya nakkan komisyenlah. Minyak wangi ipar dia memang laris alhamdulillah. Malangnya bila balik adik iparnya tanya duitnya ke mana? Rupanya dia dah guna masa balik kerja untuk beli keperluan dapur dan sebagainya tanpa izin si ipar ni. Apa lagi, ipar yang baru setahun jagung nak serasi dengan keluarga baru ni mula rasa bengang dan mengadu pada si suami yang mana adiknya sendiri. RM245 sampai sekarang kalau tuntut dengarnya memang dia buat-buat lupa. Lepas kejadian itu, adik dan adik iparnya yang dah terkena ni, tobat nak bagi pinjam duit. Duit orang duit deme, duit deme duit deme.

Cerita kedua : Satu hari, keluarganya ketandusan duit nak beli susu anak. Mereka mengadu pada adik beradik dan nak pinjam RM50 pada kak iparnya (kak long). Adik beradik yang dengar ni kesiankan mendengarnya. Bukan kesian kat mak ayahnya tapi kesiankan anaknya yang tak bersusu. Di sebab perangai boros mak ayahnya, anak sampai tak ada duit nak beli susu. Jadi kak iparnya pun bagilah RM50 dan dia berjanji untuk ganti semula. Malangnya sampai sekarang tak diganti dan dua tahun berlalu. Buatkan keluarga kak long pula yang serik nak bagi pinjam duit.

Cerita ketiga : Keluarga mereka mengadu astro kena potong, telefon top up dah habis dan tiada duit nak top up, beras dah habis, lauk kat peti sejuk pun kontang, credit card tak mampu bayar, bank kejar. Kemudian mendapat idea untuk pinjam duit makcik mereka dalam RM600 gitu untuk langsaikan hutang dan berjanji juga untuk bayar semula. Malangnya setahun berlalu makcik tadi mencari adik-beradik lain dan bertanya bila kakak mereka mahu bayar semula RM600 tu? Terkejut masing2 dengar. Dan mulalah perang besar antara adik beradik yang dah mulai menyampah dengan sikap mereka yang tak pandai manage kewangan sampai memalukan adik beradik. Makcik mereka pun dah serik untuk bagi pinjam duit.

Cerita keempat : Hujung bulan. Duit pun masing2 cukup2 sampai hujung bulan. Dek kerana kedekut duit minyak nak balik kampung yang sejengkal dengan kereta sendiri, sanggup suruh adik yang jauh datang utk pickup mereka 8 beranak tumpang naik kereta tanpa berfikir yang kereta adik mereka tu pun perlukan minyak juga untuk ke mana2. Sikap penting diri sendiri. Janji duit mereka tak keluar, duit orang lain keluar tak apa. Elok ke gitu?

Cerita ke lima: Nak pinjam duit adik perempuannya untuk jual kuih. Yang mana dia tak ada modal untuk jual kuih. Jadi dia minta adik perempuannya pinjam duit AIM RM1000 untuk dia jual kuih dan seperti biasa berjanji untuk bayar semula bulan-bulan duit AIM. Hasilnya? Kuih entah ke mana, modal lesap, untung pun lesap juga. Bila adiknya tanya bila nak bayar hutang AIM pada dia? Dia diam membisu seribu bahasa dan membiarkan adik perempuannya yang tanggung bebanan hutang AIM hasil dari pinjaman dia. Tak ke sikap dia tu telah menganiaya adik sendiri? Suami adik dia pula yang tolong bayarkan sampai bertelingkah mereka suami isteri. Tak rasa bersalah ke sebab dia, suami isteri tu bergaduh?

Berbalik semula pada cerita di mana mereka sekeluarga mahu pinjam RM2k dari adik beradik. Kalau dah RM50 pun mereka tidak boleh bayar, apa tah lagi RM2k??? Boleh ke mereka bayar semula hutang adik beradik tu? Kesimpulannya tidak. Dan kenapa masih mahu menebal muka untuk buat hutang dengan orang sekeliling yang mana rata-rata dah tau sikap mereka sekeluarga yang suka bermegah kekayaan dengan hutang. Beli peti ais hutang dah 10 tahun tak habis bayar. Beli mesin basuh pun hutang. Beli barang brand tupperware pun hutang. Kenapa mesti berhutang untuk dapatkan sesuatu? Yang mana akhirnya akan menjerat diri sendiri.

Moral of the story, ukur baju kat badan sendiri. Renovate rumah bukan satu keperluan. Itu cuma kehendak hati. Oleh sebab nak berlawan dengan orang, sanggup buat loan untuk besarkan rumah. Rasanya kalau tak tambah rumah pun boleh hidup. Jangan ikutkan nafsu. Kalau turutkan nafsu memang papalah jadinya. Nak buat sesuatu, tengok tahap kemampuan kewangan kita dulu. Jangan kerana nak mewah, sanggup hutang sana sini supaya orang sekeliling nampak kita gah mewah. Akhirnya apa yang dapat? MALU. Malu sebab tak mampu bayar hutang orang. Kalau boleh jangan berhutang. Cuba elakkan berhutang. Kalau nak sesuatu, kumpul duit beli satu-satu cash! Itu lebih selamat.

Amacam? Ada style pakar motivasi kewangan tak? KM study pun dari pakar motivasi kewangan Tuan Shamsuddin Kadir. Jadi sikit sebanyak, tahulah jugak nak manage kewangan dengan betul walaupun ada kala tersasar hahaha. Okeh, itu je nak story daaaa...

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia