Hari ni tetiba je rasa nak cerita pasal satu kisah ni. Bukan apa, kadang2 kisah ni kena kat batang hidung. Cumanya taklah teruk sangat sebab masih ukur kat badan sendiri. Mujurlah masih ada iman yang kuat. Jadi tidaklah sengal macam cerita di bawah ni.
Gini ceritanya, pada satu hari yang indah, berlaku di hujung tahun yang mana anak-anak nak naik sekolah. Adalah sorang hamba Allah ni dia nak renovate rumah kasi lebih besar dan luas. Masalah dia adalah, dia tak ada simpanan. Gaji dia kecik dalam RM1000 sebulan. Kalau tambah OT baru dalam RM1300 gitulah kot. Kadang2 gaji dia jadi negative sampai pinjam adik beradik.
Nak dijadikan cerita, satu hari tu dek kerana nafsu dia yang sangat menebal nak sambung rumah kasi besar dari jiran2 dan adik beradik, jadi dia pun membuat keputusan untuk buat loan peribadi dalam RM20k gitu. Aku pun tak tau apa yang dapat sekarang kalau buat rumah RM20k, toilet je kot huhu. Dia abaikan je gajinya yang kadang2 senang jadi negative. Dia abaikan je nasihat kawan2 supaya jangan jerat diri dengan loan. Dia hanya pentingkan nafsu dia untuk mencantikkan rumah.
Okeh, dah buat loan, bermulalah dia cari contractor dan mulalah bertukang. Habis berterabur segala pasir bagai orang bertukang sana sini sambung rumah dia. Ala, dia cuma nak extend depan rumah je, tambah satu bilik lagi. Buat, buat dan buat sampai tempoh, contractor minta upah sebab dah naik tembok. Masa nilah berlaku perselisihan faham. Nak tau apa perselisihan dia orang?
Tuan rumah tu dah terguna duit loan untuk kegunaan keluarga. Atau erti kata lain, dah salah guna ke tempat lain. Beli apa korang tau? Kan hujung tahun, anak nak masuk sekolah. Dia terlupa duit tak cukup nak beli barang2 sekolah anak2. Jadi dia gunalah RM2k duit renovate rumah tu untuk keperluan sekolah anak. Jeng! Jeng! Jeng! Dah bergaduh dengan contractor sebab tak ada duit nak bayar upah. Contractor dah bosan, tuan rumah suruh siapkan jugak semua tapi masalahnya upah tak nak bagi, macam mana contractor nak sambung buat kerja yang balance. Sudahnya contractor pun tinggalkan rumah dia. Dah jadi terbengkalai sampailah sekarang.
Menyesal? Apa yang berlaku pada hidup mereka sekeluarga tak pernah mereka ambil iktibar. Ingatkan kejadian tu akan membuatkan mereka insaf, oh rupanya tidak. Dah tau duit memang sentiasa tak cukup, dek kerana hati dan nafsu bergelojak, sanggup beli samsung tab dengan hutang card credit. Sampai sekarang ko, tak habis bayar. Bila samsung tab tu jatuh tergolek, gedebuk atas lantai anak buat, di bantainya anak macam orang tak siuman. Dah tau sayang, simpan baik2. Jangan biar anak main. Hanya sebab gadget mahal, anak di belasah. Elokkah macam tu?
Okeh, satu hari yang indah mereka sekeluarga pulang dari tempat kerja. Tiba-tiba mereka terlihat wayar rumah yang terbengkalai di hadapan rumah di potong oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Dalam erti kata lain wayar rumah kena curilah. Mereka pun mengadu pada adik beradik dan mohon bantuan nak pinjam RM2k je untuk siapkan tembok pagar yang dah setahun terbengkalai. Malangnya adik beradik yang tahu mereka sekeluarga pemboros tegar dan suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang dibuat-buat hanya buat tidak endah. Ada sebab adik beradik buat begitu. Nak tau apa?
Cerita pertama : Pernah dia tolong salah seorang ipar ni berniaga minyak wangi di pejabatnya. Kononnya nakkan komisyenlah. Minyak wangi ipar dia memang laris alhamdulillah. Malangnya bila balik adik iparnya tanya duitnya ke mana? Rupanya dia dah guna masa balik kerja untuk beli keperluan dapur dan sebagainya tanpa izin si ipar ni. Apa lagi, ipar yang baru setahun jagung nak serasi dengan keluarga baru ni mula rasa bengang dan mengadu pada si suami yang mana adiknya sendiri. RM245 sampai sekarang kalau tuntut dengarnya memang dia buat-buat lupa. Lepas kejadian itu, adik dan adik iparnya yang dah terkena ni, tobat nak bagi pinjam duit. Duit orang duit deme, duit deme duit deme.
Cerita kedua : Satu hari, keluarganya ketandusan duit nak beli susu anak. Mereka mengadu pada adik beradik dan nak pinjam RM50 pada kak iparnya (kak long). Adik beradik yang dengar ni kesiankan mendengarnya. Bukan kesian kat mak ayahnya tapi kesiankan anaknya yang tak bersusu. Di sebab perangai boros mak ayahnya, anak sampai tak ada duit nak beli susu. Jadi kak iparnya pun bagilah RM50 dan dia berjanji untuk ganti semula. Malangnya sampai sekarang tak diganti dan dua tahun berlalu. Buatkan keluarga kak long pula yang serik nak bagi pinjam duit.
Cerita ketiga : Keluarga mereka mengadu astro kena potong, telefon top up dah habis dan tiada duit nak top up, beras dah habis, lauk kat peti sejuk pun kontang, credit card tak mampu bayar, bank kejar. Kemudian mendapat idea untuk pinjam duit makcik mereka dalam RM600 gitu untuk langsaikan hutang dan berjanji juga untuk bayar semula. Malangnya setahun berlalu makcik tadi mencari adik-beradik lain dan bertanya bila kakak mereka mahu bayar semula RM600 tu? Terkejut masing2 dengar. Dan mulalah perang besar antara adik beradik yang dah mulai menyampah dengan sikap mereka yang tak pandai manage kewangan sampai memalukan adik beradik. Makcik mereka pun dah serik untuk bagi pinjam duit.
Cerita keempat : Hujung bulan. Duit pun masing2 cukup2 sampai hujung bulan. Dek kerana kedekut duit minyak nak balik kampung yang sejengkal dengan kereta sendiri, sanggup suruh adik yang jauh datang utk pickup mereka 8 beranak tumpang naik kereta tanpa berfikir yang kereta adik mereka tu pun perlukan minyak juga untuk ke mana2. Sikap penting diri sendiri. Janji duit mereka tak keluar, duit orang lain keluar tak apa. Elok ke gitu?
Cerita ke lima: Nak pinjam duit adik perempuannya untuk jual kuih. Yang mana dia tak ada modal untuk jual kuih. Jadi dia minta adik perempuannya pinjam duit AIM RM1000 untuk dia jual kuih dan seperti biasa berjanji untuk bayar semula bulan-bulan duit AIM. Hasilnya? Kuih entah ke mana, modal lesap, untung pun lesap juga. Bila adiknya tanya bila nak bayar hutang AIM pada dia? Dia diam membisu seribu bahasa dan membiarkan adik perempuannya yang tanggung bebanan hutang AIM hasil dari pinjaman dia. Tak ke sikap dia tu telah menganiaya adik sendiri? Suami adik dia pula yang tolong bayarkan sampai bertelingkah mereka suami isteri. Tak rasa bersalah ke sebab dia, suami isteri tu bergaduh?
Berbalik semula pada cerita di mana mereka sekeluarga mahu pinjam RM2k dari adik beradik. Kalau dah RM50 pun mereka tidak boleh bayar, apa tah lagi RM2k??? Boleh ke mereka bayar semula hutang adik beradik tu? Kesimpulannya tidak. Dan kenapa masih mahu menebal muka untuk buat hutang dengan orang sekeliling yang mana rata-rata dah tau sikap mereka sekeluarga yang suka bermegah kekayaan dengan hutang. Beli peti ais hutang dah 10 tahun tak habis bayar. Beli mesin basuh pun hutang. Beli barang brand tupperware pun hutang. Kenapa mesti berhutang untuk dapatkan sesuatu? Yang mana akhirnya akan menjerat diri sendiri.
Moral of the story, ukur baju kat badan sendiri. Renovate rumah bukan satu keperluan. Itu cuma kehendak hati. Oleh sebab nak berlawan dengan orang, sanggup buat loan untuk besarkan rumah. Rasanya kalau tak tambah rumah pun boleh hidup. Jangan ikutkan nafsu. Kalau turutkan nafsu memang papalah jadinya. Nak buat sesuatu, tengok tahap kemampuan kewangan kita dulu. Jangan kerana nak mewah, sanggup hutang sana sini supaya orang sekeliling nampak kita gah mewah. Akhirnya apa yang dapat? MALU. Malu sebab tak mampu bayar hutang orang. Kalau boleh jangan berhutang. Cuba elakkan berhutang. Kalau nak sesuatu, kumpul duit beli satu-satu cash! Itu lebih selamat.
Amacam? Ada style pakar motivasi kewangan tak? KM study pun dari pakar motivasi kewangan Tuan Shamsuddin Kadir. Jadi sikit sebanyak, tahulah jugak nak manage kewangan dengan betul walaupun ada kala tersasar hahaha. Okeh, itu je nak story daaaa...
2 comments
haaaa tudia nak rumah besar punya pasal.. betul tu. kena ukur baju dibadan sendiri.. syukur ada jugak rumah nak tinggal. pada padalah ni dah terbengkalai.. memangla orang marah. janji nak bayar tak bayar..
hutang sesuatu yang merbahaya