Ruang Iklan Untuk Disewa

GEMPAR! BOIKOT AIR MINERAL SPRITZER MENGANDUNGI MINERAL ORANG MATI!



Kerana ramai yag tidak dapat membuka LINK kepada posting saya tentang AIR MAYAT sebelum ini, maka di sini saya posting semuanya terus:

GEMPAR! BOIKOT AIR MINERAL SPRITZER MENGANDUNGI MINERAL ORANG MATI!

Tahukah anda mineral water atau air mineral jenama Spritzer dan Cactus adalah air mineral yang paling kotor dan jijik untuk diminum! (Lihat gambar Google).

Air mineral ini adalah keluaran syarikat cina bernama Chuan Sin dan diedarkan oleh Yee Lee. Kita diberitahu sumber air mineral ini diambil di BAWAH bukit dimana ATASnya adalah KUBURAN Cina.

Ini bermakna sumber air itu mengalir dari atas kubur, dan ia adalah mineral dari mayat-mayat. Dasyat ya? Orang Taiping semua tahu akan hal ini. Oleh yang demikian kamu semua kena jauhi produk ini. Jangan minum Spritzer dan Cactus!

Kita berharap pihak berkuasa akan ambil tindakan terhadap syarikat ini.


SUMBER

P/S: saya dengar, pihak darulsyifa' guna air spritzer utk bacaan doa gabungan alquran pun tak jalan, tak tau betul atau tidak, wallahu'alam 

GIVEAWAY DESPICABLE ME, SI MINIONS COMEL BY CHN



BANNER GA



SYARAT-SYARAT 
 WAJIB ada Blog dan Facebook
 Buat Entri bertajuk "GIVEAWAY DESPICABLE ME, SI MINIONS COMEL BY CHN".
 COPY coding di bawah dan PASTE di ruang HTML entri.

 FOLLOW BLOG DAN LIKE FANPAGE 

 KLIK IKLAN  *TUNGGU SAMPAI HABIS LOADING..PLEASE JUJUR OKEY*
          

 Publish! Dan tinggalkan link entri diruang komen.Tempat lain tidak akan diterima..
 Tarikh tamat 25 NOVEMBER 2013. Umum pemenang 26 NOVEMBER 2013.


# PEMILIHAN PEMENANG BERDASARKAN RANDOM.ORG #

SENARAI BAKAL PEMENANG *Akan di update*


Tips untuk betulkan gincu yang patah



Kebanyakan golongan wanita pasti akan mengalami saat di mana gincu anda patah atau cair walaupun baru beberapa kali digunakan pada bibir. Sudah semestinya perasaan anda ketika itu teruk terutamanya jika gincu tersebut merupakan hadiah istimewa daripada orang tersayang atau baru sahaja dibeli. Jangan bersedih lagi kerana adanya cara-cara yang sangat senang untuk mengembalikan semula gincu anda yang patah ke bentuk asal. Baca arahan dan bahan yang diperlukan seperti di bawah untuk proses membetulkan gincu anda semula. 

Bahan yang diperlukan:Pemetik api atau mancis

Cara-cara: 1) Gunakan satu batang mancis atau pemetik api untuk mencairkan bahagian paling atas gincu yang masih melekat pada tiub secara perlahan-lahan. 

2) Kemudian, letakkan bahagian gincu yang patah ke atas bahagian gincu yang telah dicairkan tadi. 

3) Panaskan sedikit bahagian gincu yang telah dicantumkan semula untuk lebih ketahanan. Ini juga akan menampakkan gincu seolah-olah sempurna kerana tidak akan kelihatan garisan yang patah. 

4) Simpan gincu di dalam peti sejuk untuk membekukannya selama kira-kira 15-30 minit. 

5) Akhir sekali, betulkan mana-mana bahagian yang tidak rata dengan menggunakan jari anda. Voila! Gincu anda yang patah akan kelihatan seperti baru!

Tips memutihkan gigi guna bahan semulajadi



30 Okt – Risau dengan gigi anda yang dulunya putih namun kini telah berkarat? Banyak punca yang boleh mengakibatkan kekuningan gigi. Antaranya, malas menggosok gigi, cara menggosok yang salah, dan merokok. 

Dibawah terdapat beberapa bahan semulajadi yang mampu membantu anda mengatasi masalah ini. 

Lemon & garam 
Campurkan perahan jus lemon bersama sedikit garam dan berkumur. Amalkannya seminggu sekali sudah memadai kerana terlalu banyak berkumur mengunakan garam boleh merosakkan lapisan gigi jika terlalu kerap berkumur. 

Strawberi 
Mesti ramai yang tidak tahu tentang ini bukan? Selain ia sedap dimakan , strawberi mampu membantu memutihkan gigi anda. Tidak perlu membuat ramuan, cuma ambil buahnya dan gosok pada gigi anda. 

Arang kayu 
Arang kayu yang anda selalu guna untuk barbeku juga mampu membantu anda mengurangkan kekuningan gigi. Sama seprti di atas, cuma gosokkan sahaja pada gigi. 

Biji buah pinang 
Pada zaman dahulu, biji buah pinang berfungsi seperti ubat gigi selain daripada kayu sugi. Mereka akan membakar biji pinang dan hiris halus sebelum menggosokkannya pada gigi. Anda juga boleh mencubannya, Lakukan dua minggu sekali sudah memadai. Selain itu, ia memperkuatkan gigi juga. 

Kulit jeruk 
Kulit jeruk yang anda selalu buang itu sebenarnya mampu memutihkan gigi anda. Amalkan setiap hari dan lihat hasilnya. Namun bagi anda yang mempunyai gigi sensitif, berwaspadalah kerana kandungan vitamin C didalam kulit jeruk itu mungkin tidak sepadan dengan gigi anda.

Sumber Yahoo

Shaklee Wardrobe : Giveaway

CLICK BANER

31/10/2013

SURAT SEORANG AHLI TAJWID KEPADA ISTRINYA



SURAT SEORANG AHLI TAJWID KEPADA ISTRINYA

Sayang, saat pertama kali berjumpa denganmu, aku bagaikan berjumpa dengan Saktah hanya bisa terpana dengan menahan nafas sebentar.

Aku di matamu mungkin bagaikan Nun Mati di antara idgham Billaghunnah, terlihat, tapi dianggap tak ada.

Aku ungkapkan maksud dan tujuan perasaanku seperti Idzhar,
jelas dan terang.

Jika Mim Mati bertemu Ba disebut ikhfa Syafawi, maka jika aku bertemu dirimu, itu disebut cinta.

Sejenak pandangan kita bertemu, lalu tiba-tiba semua itu seperti Idgham Mutamaatsilain melebur jadi satu.

Cintaku padamu seperti Mad Lazim ...
Paling panjang di antara yang lainnya...

Setelah kau terima cintaku, hatiku rasanya seperti Qalqalah Kubro..
terpantul-pantul dengan keras.

Dan akhirnya setelah lama kita bersama, cinta kita seperti Iqlab,
Ditanda dengan dua hati yang menyatu.

Sayangku padamu seperti Mad Thobi'I dalam quran.
Bannyaaaakkk benarrrrrr.

Semoga dalam hubungan, kita ini menjadi seperti idgham Bilaghunnah ye,
cuma berdua, Lam dan Ro' .

Sepertinya Waqaf Mu'annaqah, engkau hanya boleh berhenti di salah
satunya, dia atau aku ?

Meski perhatianku tidak terlihat seakan Alif Lam Syamsiah, cintaku padamu seperti Alif Lam Qomariah, terbaca jelas.

Sayang, kau dan aku seperti Idghom Mutajanisain.
perjumpaan 2 huruf yang sama makhrajnya tapi berlainan sifatnya.

Aku harap cinta kita seperti Waqaf Lazim, terhenti sempurna di akhir hayat.

Sama halnya dgn Mad 'Aridh dimana tiap mad bertemu Lin Sukun Aridh akan berhenti, seperti itulah pandanganku ketika melihatmu.

Sepertinya huruf Tafkhim, namamu pun bercetak tebal di fikiranku

Seperti Hukum Imalah yg dikhususkan untuk Ro' saja, begitu juga aku yang hanya untukmu.

Semoga aku jadi yang terakhir untuk kamu seperti Mad Aridlisukun.

P/S: Lepas ni confirm terror tajwid punya hehe...

Tips hilangkan bibir mengelupas dan kering



Bibir kering dan mengelupas adalah sesuatu yang kita akan alami pada masa satu yang sama atau kadang-kala. Bibir sangat sensitif dan perlu dilindungi lebih-lebih lagi pada cuaca panas atau sejuk kerana ia boleh menjejaskan kelembapan bibir. Jadi, sekarang adalah masa untuk menjaga bibir anda dan ucapkan selamat tinggal kepada bibir mengelupas! 

Bagaimana untuk melindungi diri anda daripada bibir mengelupas? 

Perlindungan adalah kunci utama
Lazimnya, bibir kita mempunyai lapisan kulit yang sangat nipis dan ia mengandungi sedikit melanin, yang mana perlu bagi perlindungan terhadap sinar matahari. Oleh itu, anda haruslah sentiasa melindungi bibir anda daripada matahari dengan menggunakan produk bibir dengan perlindungan SPF UVA /UVB. Anda disyorkan menyimpan satu dalam beg atau ditempat yang senang dicapai. Ingatlah bahawa bibir hendaklah sentiasa dilindungi. 

Kekal terhidrat
Salah satu tip yang berkesan ialah minum banyak teh hijau dan air sepanjang hari kerana bibir kering dan mengelupas adalah satu petunjuk bahawa badan anda kurang air. Jadi isi penuh gelas anda dengan air dan minum! 

Jangan menjilat bibir anda
Bibir anda kurang berpeluh dan kelenjar minyak menjadikan ia mudah terdedah kepada dehidrasi. Oleh sebab itu, anda cenderung untuk menjilat bibir apabila ia mula kering. Namun ini hanya akan memberikan kelegaan sementara, kerana realitinya adalah ia boleh memburukkan lagi keadaan. Tambahan pula air liur cepat tersejat, jadi bibir akan menjadi lebih kering daripada sebelumnya. Cuba untuk tahan diri dan gunakan produk yang boleh melembapkan bibir anda, bukannya menjilat bibir sepanjang hari. 

Ambil vitamin 
Percaya atau tidak, kekurangan vitamin boleh menjejaskan keseluruhan badan kita tidak kira fizikal atau jasmani. Seterusnya kekurangan ini akan membawa kepada bibir mengelupas atau kering. Sehubungan dengan itu, pastikan anda amalkan pemakanan yang sihat dan pertimbangkan untuk mengambil multivitamin harian termasuk vitamin B, C dan E untuk memelihara bibir anda dari luar dan dalam. 

Makan secara sihat 
Diet yang sihat juga penting untuk bibir kelihatan cantik. Jika kita kekurangan asid lemak, berkemungkinan bibir juga akan terjejas. Bahkan juga, manfaat Omega 3 sangat menakjubkan untuk kulit dan bibir kita. 

Ikuti tip-tip mudah seperti di atas dan anda juga boleh mengelakkan bibir kering dan mengelupas menjadikan bibir anda lebih cantik apabila dipandang.

Wanita Korea obses dengan trend 'eye bag'



Boleh dikatakan wanita di seluruh dunia berbelanja besar untuk membuang dan menghilangkan 'eye bag' akibat tidur lewat atau berjaga sepanjang hari tanpa rehat, tetapi lain pula bagi wanita di Korea kerana rata-rata wanita di sana sangat obsess dengan trend Aegyo Sal 'eye bag' kerana menganggapnya cantik. 

Aegyo Sal ialah bengkak yang pada bawah mata tetapi mempunyai ton warna yang sama dengan kulit. Berbeza dengan 'eye bag' biasa yang berwarna gelap. 

Di sana mereka boleh mendapatkan Aegyo sal secara sementara dengan meletakkan getah kecil yang dilekatkan di bawah mata dengan perlahan agar tidak tertanggal, namun pembedahan plastik Aegyo merupakan salah satu pilihan paling popular. 

Jadi, kepada wanita-wanita di luar sana yang ingin mencuba trend Aegyo Sal ini untuk sementara, boleh lah melihat tutorial di YouTube.

BollyGlitz Dinner

Assalamualaikum...

Dasyat tak dinner kami. Masing-masing dengan cotume bollywood. Saya kagum dengan dia orang yang sanggup pakai sari. Saya simple2 je. Kalau sayalah pakai sari entah kul berapa siap gaknya. Hehe... memang failed terus. Kemeriahan dinner disambut oleh kedatangan AC Mizal sebagai pengacara dan di hujung2 event ada tetamu khas dijemput iaitu Anuar Zain yang kacak itu. Mujurlah sy tak admire kat dia so tak adalah sakan sangat nak bergambar hehehe... Nak tengok gambar-gambar glamor kami? Jom cuci mata.

Managers hehe bergaya tak?

Time ni tengah duk pumpang kat dalam kami bergambar kat sini... lapar kot tunggu dia org jemput makan... huhu

Ni time menjamu selera

Yang menariknya best dress di menangi oleh managers dari division kami. Sporting betul la dia orang... hehe...

bersama Aida

Aida dan Rina Ellisa

bersama dengan General Manager hehe bila lagi nak bergambar sama ngan pegawai besar?

bersama Rina Ellisa

yg ni kami bergambar bersama dgn X Senior Manager but now dah jadi General Manage pun.

Abang anuar

My division yang vogue... kagum gila tengok...


Hidangan yg selera walaupun rasa cam lauk kenduri tp mmg makan tak habis...


Kesinambungan Akhbar - Pekerja Bank Mati Di Tembak.

Aduhai pilunya...

"She called me at 5.15pm asking whether I still loved her.I told her that I could not talk at that point and hung up.I should have told her that I love her then, but it's too late..she's gone" he said chocking back tears.

Kematian itu sentiasa mengintai. Kita tidak tahu bila ia akan merentap nyawa orang yang kita sayang. Jika terdetik di hati atau terlintas di fikiran untuk mengucap rasa sayang, atau menelefon bertanyakan khabar kepada orang yang kita sayang sama ada ibu bapa, isteri, suami dan sahabat, maka lakukanlah ia sekarang.

Kita tidak tahu adakah dalam tempoh sehari, sejam atau seminit akan datang, kita masih lagi mempunyai kesempatan untuk menghargai orang yang begitu bermakna dalam diri kita.





Simple Giveaway by Nik Ainaa

My TopUp Giveaway By Iezwa Razk



Giveaway ini dianjurkan oleh IEZWA RAZK dengan kerjasama daripada blogger-blogger awesome MAWAR BERDURIMOHD NOOR SHAWALANA AHMAD dan ASHYA AZIZ
SENARAI HADIAH :-
Topup RM 5 (10 Pemenang)
Topup RM 10 (2 Pemenang)

Tarikh Tamat : 5 NOVEMBER 2013

MUNGKINKAH ANDA PEMENANG YANG DICARI??
JOIN JANGAN TAK JOIN YE!!

Peraturan Penting Fesyen Untuk Wanita Bersaiz Besar



Bagi wanita bersaiz besar, anda pasti tahu bagaimana rasanya untuk sentiasa berasa 'insecure' dengan bentuk badan sendiri. Anda pasti tertekan dalam membuat keputusan apa yang perlu dipakai dari segi pakaian, jenis material, corak atau warna untuk kelihatan kurus. Semua ini pasti menyukarkan anda membuat pilihan dan sudah pastinya anda akan lewat ke pejabat! 

Dibawah merupakan beberapa tips fesyen wanita bersaiz besar perlu tahu. 

Terima kenyataanMasalah utama di kalangan wanita ini adalah mereka tidak boleh menerima kenyataan yang mereka bersaiz besar. Mereka banyak menghabiskan wang membeli pelbagai produk untuk kurus. Sayangi diri anda terlebih dahulu, anda perlu menerima hakikat bahawa kurus tak semestinya cantik dan gemuk tak semestinya hodoh. Anda mampu kelihatan cantik jika anda pandai memilih pakaian dan fesyen yang bersesuaian. 

Tahu di mana untuk membeli belah Anda tidak semestinya perlu bergantung pada satu jenama pakaian sahaja. Cuba teroka kedai yang lain walaupun ia sekadar butik kecil sahaja, jika mereka menjual baju dan fesyen bersesuaian dengan anda apa salahnya? 

Cari tukang jahit yang boleh dipercayai Selain mengenalpasti beberapa kedai, anda juga boleh mencari tukang jahit yang boleh dipercayai. Tukang jahit itu perlu lah tahu apa yang sesuai untuk saiz badan anda. Jadi, anda boleh meminta tukang jahit itu menjahit mengikut citarasa anda dan nasihat bernas darinya! 

Langgar peraturan Jangan jadi seseorang yang membosankan dengan hanya memakai gaya yang sama sahaja setiap hari. Anda perlu keluar dari zon selamat jika anda ingin kelihatan berbeza. Anda perlu berani, yakin dan bijak menentukan apa yang perlu di pakai supaya kelihatan cantik. Jika wanita bersaiz besar tidak sesuai menggayakan corak jalur, apa salahnya anda mencuba corak itu, tapi cari yang bersesuaian. 

Jangan jadi hamba fesyen Pasti ada sahaja trend fashion setiap musim, Jika anda seorang yang 'in trend'. Ubah suai fesyen itu mengikut kesusaian dan kselesaan anda. Tidak salah melabur sedikit untuk kelihatan cantik, tetapi perlu ingat, anda perlu tahu apa yang sesuai untuk badan anda dan jangan sesekali mengabaikan keselesaan anda.

Makeup VS Tanpa Makeup Mana lagi OK

Assalamualaikum,

Hari ni nak share something. Semalam saya main makeup2 dgn member. Dia org teringin nak tengok saya guna make up. Yang sebenarnya sy tak gemar guna make sbb malas nak menyental bila nak solat nanti. So biasanya kalau saya pergi office, saya akan guna bedak je. Tak ada foundation dan sebagainya. Lagipun ada tujuan sebenarnya kita org main makeup2 semalam hehe... Org kata pra dinner makeup. Dia orang dah seronok-seronok nak melaram sakan masa dinner sabtu ni. Cuma saya ni agak keberatan untuk guna make up sebab malas nak nyental masa nak solat maghrib nanti hehehe... So semalam dia orang dah buat demo untuk saya bila guna makeup masa dinner. Kome comparelah ok ke tidak? Huhu... muka sy nampak garang dan matang kalau guna make up. Biasa kalau sy pergi dinner guna bedak biasa je. Tak ada letak foundation ke apa semua tu... erm... tgh berkira-kira lagi nak pakai makeup ke tak. Huhuhu... Just wait n see ya sabtu ni... ngeee...


Tourist Shot User Manuel


Gempak Giveaway Red Delima Di Nabilabiela.com



SENARAI HADIAH

Telekung solat x 3 
Beg x 3 
Selendang/Pashmina x 5 
T-Shirt x 10

Pemenang boleh pilih sendiri hadiah di  laman  www.reddelima.com  setiap satu di

Kategori 'Sleepwear.' 
Kategori 'Officewear'. 
 Kategori beg. 
 Kategori 'Accessories'. 
 Kategori 'Scarf."


Minion Road Tax Sticker

Oh, tidak... kenapa tiba-tiba saya gila minions ni? Tak pasal-pasal terpengaruh dengan minat anak saya sendiri. Cartoon fav Zulaikha adalah minions Despicable Me. Sampai tabung pun nak tabung minion yang kecik cenonet tu. Tak cukup dengan tu, bantal peluk pun nak minion jugak. Cuma baju je belum beli yang design gambo minion. Hari tu dia dah mintak dah. Cuma tak jumpa lagi yang mana berkenan.

Now mak dia ni ha pulak tersampok nak beli roadtax sticker yang ada gambo minion. Bapak dia geleng kepala ja tengok perangai mak dia sama cam anak. Hehehe.. lepas ni abang polis tgk roadtax sy nampak minion dululah ya. Kalau tak, hambar je nampak nombor. Hehe...

Sticker Roadtax Mak Zulaikha (sayalah tu)

Tabung minion Zulaikha

Slipar minion mak Zulaikha (Saya punyalah tu hehe)

Korang tengoklah bertaba addictednya kami anak beranak dengan minion. Ni nak tambah lagi koleksi minions yg saiz beso punya...




Siapa nak tau bahasa minion boleh tengok sini ya... hehe..





Pelakon popular 80an, Noreen Noor meninggal dunia



AMPANG: Pelakon dan penyanyi terkenal, Noreen Noor meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Berusia 40an, Allahyarhamah meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

Antara lagu popularnya adalah Siang Terbayang Malam Merindu.

Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talak pada tahun 1980.

Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak.

Berita mula diterbitkan pada: Oktober 22, 2013 08:44 (MYT)

Tips fesyen untuk wanita yang rendah



Memiliki saiz badan yang kurang tinggi atau pendek biasanya menjadi halangan kepada seseorang wanita itu untuk mengaya sesuatu fesyen dan mengekspresikan fesyen tersebut dan ada sesetengahnya yang menggangap untuk kelihatan tinggi haruslah menggunakan kasut bertumit tinggi. 

Namun kini anda tidak perlu lagi menyusahkan diri anda memakai kasut bertumit tinggi hanya kerana mahu tampak tinggi kerana di sini kami ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana untuk kelihatan tinggi melalui pemakaian anda yang mana pasti ianya akan dapat meningkatkan lagi keyakinan diri anda dan percayalah untuk kelihatan tinggi tidak perlulah menyakitkan badan dengan menggunakan kasut tinggi kerana mengikut kajian pemakaian kasut tinggi tidak baik untuk kesihatan. 

Tip-tip yang boleh gadis di luar sana praktiskan untuk kelihatan tinggi bak model: 

Warna pakaian 
Elakkan pakaian dengan warna yang terlalu terang. Warna baju yang terlalu terang dan cerah akan semakin menyerlahkan bahagian- bahagian yang anda ingin sembunyikan. Warna baju hitam dan biru laut merupakan pilihan yang paling tepat untuk membuat tubuh kelihatan lebih ramping. Warna gelap pada bahagian bawah pakaian skirt atau seluar juga akan menambah kesan tinggi pada tubuh anda. 

Motif atau corak pakaian 
Pilihlah pakaian yang bercorak dan berukuran tebal kerana ia akan lebih efektif untuk menjadikan anda kelihatan lebih ramping. Oleh sebab itu, pilih motif garisan vertikal yang bergaris nipis dan berjarak agak rapat. Kalau boleh pakailah skirt blaus, t-shirt dan gaun bergaris kerana garis vertikal ini akan membuat tubuh anda nampak lebih tinggi. Untuk kelihatan lebih tinggi Anda juga boleh pakai seluar yang panjang dan menutupi sampai ke bahagian kasut. 

Ukuran pakaian 
Anda juga perlu mempertimbangkan ukuran pakaian yang anda gunakan. Banyak orang memilih pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar supaya kelihatan ramping. Ini adalah salah kerana pakaian yang terlalu ketat akan menampakkan kekurangan pada tubuh anda, sementara pakaian yang terlalu longgar hanya akan menutupkan kelebihan dan kekuatan yang boleh anda tonjolkan dan apabila ukuran pakaian yang sesuai tentunya akan menampakkan anda lebih tinggi. 

Skirt
Jika anda suka pakai skirt, jauhkan skirt yang terlalu pendek atau terlalu panjang. Skirt yang terlalu pendek akan membuat kaki Anda kelihatan lebih besar, sementara skirt yang terlalu panjang hanya akan menampakkan tubuh anda lebih kelihatan lebih gemuk. 

Postur 
Postur tubuh merupakan elemen yang sangat penting dalam penampilan seseorang. Yang dimaksudkan postur di sini adalah sikap dan pembawaan tubuh. Postur tubuh yang kurang baik tidak akan membantu anda untuk kelihatan lebih ramping. Selain itu, perkara tersebut juga menyerlahkan rasa tidak selesa dan kurangnya keyakinan diri. Sebab itu, berdirilah tegak jika Anda ingin kelihatan lebih ramping dan yakinlah pada diri yang walaupun anda tidak tinggi tetapi sekurang-sekurang anda bijak berfesyen. 

Kesimpulannnya fesyen itu dapat membantu untuk anda nampak lebih tinggi dan juga fesyen itu boleh membantu anda nampak lebih menarik. Hakikatnya walaupun setinggi mana pun anda jika anda pandai mengayakan pakaian, pastinya akan kelihatan lebih elegan dan tinggi tanpa perlu mengenakan kasut tumit tinggi.

Celcom Bar Line Broadband

Assalamualaikum...

Tansion jugak bila celcom bar line broadband sy. Puncanya terlebih credit limit je. Ni gara2 yg terpurchace sampai 10gb tu la. Basic RM68 4gb tp terpurchase RM100 mmg overlah dari creadit limit. Dah macam mana teman nak membayonya kalau dia dah bar line ku. Ni pun guna hp punyalah payah. Asyik log out je. Bosan. Tak pelah guna jelah hp sampai hari isnin. Buat transaction kat office. Grrrr... sabo jelah ni ha...

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia