Ruang Iklan Untuk Disewa

Jennifer Lopez - Could This Be Love



I love this song. Hehe..

JOHAN AS’ARI DAN LANA NORDIN SUDAH PUTUS CINTA?

Johan As’ari pernah mengemparkan industri hibuan tanah air bila mengumumkan bercinta dengan pelakon Lana Nordin hanya selepas keluar bersama tiga hari beturut-turut. 
johan dan lana 2
Selepas itu pelbagai kontroversi timbul apabila sebelum itu Johan dikatakan bercinta dengan penyanyi Shila Amzah.
Namun satu berita gempar dipetik dari Berita Harian mengatakan hubungan cinta pelakon, Johan dan Lana Nordin, putus selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarga.
Johan berkata, hubungannya dengan Lana putus kelmarin, selepas keluarganya tidak menerima pelakon itu.
jl
“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana.
p/s: hmm, mungkin sudah ketentuan.. Diharapkan Johan dan Lana tabah menghadapi dugaan ini. Dunia-dunia... 


- See more at: http://sensasimalaysia.com/johan-asari-dan-lana-nordin-sudah-putus-cinta/#sthash.WYOPq65x.dpuf

Novel Lucah Dalam Bahasa Iban

Assalamualaikum,

Tengah jalan-jalan kat airport Miri, saya terjumpa sebuah novel bahasa iban kalau tak silap. Mula-mula baca tu saya rasa blur sebab tak faham apa. Kali kedua saya baca, cuba fahamkan sikit2. Kali ketiga saya ulang, saya dah faham. Macam cerita lucah je. Harga RM20. Tak adalah ku belikan sebab bukannya ku faham pon. Haha... Kalau korang faham, cuba korang translate semula kat saya. Betul tak apa yang saya faham tu.

Click the pic

Semasa Bertugas Di Kuching Dan Miri

Assalamualaikum,

Saya sungguh tak sempat nak update blog sepanjang berada di Miri dan Kuching. Hari pertama di Kuching, saya tidur di Reverside Megistic hotel. Sebelum ni, bila bertugas di sana memang akan bermalam di situ tapi bersama dengan sorang lagi rakan kerja perempuan tapi untuk tahun ni dia tak ikut. So, ada masalah semasa booking hotel dan saya terpaksa bayar sendiri. Parah wei, pergi masa time belum gaji. Huhu... Mujur bos ada, tolong bayarkan. Then masuk office nanti baru claim dengan company.

Perkara yang tak boleh lupa. Saya kena ganggu sekejap. Huhu... tak jangka akan diganggu sebab sebelum ni duduk dgn kawan, kami tak pernah kena di hotel tu. Mungkin sebab saya sorang2, so seronoklah makhluk tu menganggu. Masa tu waktu magrib kat sana terlalu awal. Dalam jam 6:30pm  dah azan. Masa tulah dia berkeliaran di atas. Dengar macam budak2 berlari, berkejaran. Kat mana saya duduk, kat situlah bunyi budak berlari. Logik tak, saya lepak atas katil, dengar budak berlari siling atas kepala saya. Hai, apa lagi wa keluarkan tasbih, berzikir atas katil.

Sekejap je lepak atas katil, cubalah saya beralih tempat ke sofa pulak. Sofa tu kat sudut dinding. saya letak bag galas dan barang2 make up semuanya kat situ. Saya tak letak kat bilik make up khas. Memang tak lah ku lepak bilik tu! Cantik memang cantik, tapi semacam. Huhu.. Biarkan terpasang je lampu meja kat bilik make up khas tu. Berbalik pada saya alih tempat kat sofa, nak buat kerja kejap. Masa tu, berdentum kat siling atas kepala saya, macam lesung batu jatuh. Allahuakhbar! Masa tu terhenjut bahu saya terkejut. Jantung berdegup dah macam lari 100meter babe! Mana datang pulak lesung batu ke beban berat yg jatuh kat atas siling ni. Mula2 tu malas nak fikir makhluk tu. Ku positif je, kata orang bilik atas punya angkara tapi fikir logic akal, takkanlah beban berat jatuh kat atas karpet boleh bunyi sekuat itu??? Bilik saya hujung sekali pulak tu. Dinding pun kaca semua, hadap river.

Erm... tak pe positif... saya pun pergilah ambil air solat, habis solat duduk kejap berzikir ayatul qursi 33 kali... Alhamdulillah... senyap sunyi bilik ku dari tapak2 kaki yg bunyi berlari tadi. Dia saja nak bergurau dengan saya tu.. huhu.. Pukul 9pm, dapat SMS dari bos nak ajak keluar, terus ku setuju nak ikut. Kalau tak, dah plan tak mo keluar mana2 dah. Simpan tenaga untuk kerja esok pagi. Lepak dengan dia orang bincang pasal kerja sampai 12pagi. Dah ngantuk, baru balik hotel tidur. Dah penat, tak fikir takut dah. Huhu... Sy simpan cerita tu sampai saya kat Miri.

Di Miri pulak, saya sampai jam 12 pagi. Flight delay plak tu. Serius letih sangat dan berharap tak ada apa2 masalah macam hotel kat kuching. Alhamdulillah, masa check in semuanya ok. Saya dapat bilik pun ok. Seronok betul. Sunyi sepi je. Tak dengar apa2 pun. Bilik sebelah flush jamban pun tak dengar. haha... kalau letak cengkerik pun hanya cengkerik je bunyi. Malam tu sy plan memang tak mo keluar dah. Bos ada SMS ajak keluar makan, tapi saya cakap dah tempah makanan kat bawah. Lepak kat hotel je. Senang, orang dah service bawakan order kat bilik. Lepak tengok TV lagi best. Hehe... Simpan tenaga plak untuk bertugas di airport Miri. Taulah kerja dengan bosses lelaki ni, kita macam kuli sikit. Hehe... so kena readylah.

Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar di Miri. First timer datang Miri, actually best juga. Apa pun terima kasih atas kerja sama rakan2 kerja di airport Kuching dan Miri. You all memang paling the best! I like!

Di hotel Miri yang sangat selesa dan tenang.

Bantuan Mangsa Banjir Dari Division Kami

Assalamualaikum,

Baru-baru ni, sebelum balik kampung kami beramai-ramai telah sepakat untuk beli barang keperluan untuk mangsa banji di Timur. Peruntukan yang kami dapat hasil dari kutipan semua pihak, dapatlah dekat RM600 macam tu. So dari situ dapatlah kami pelbagaikan barang-barang. Cumanya kami lebihkan air sebab untuk kemudahan mereka nak memasak, minum dan sebagainya. Hopefully dengan bekalan yang ada ni, dapatlah menampung serba sedikit keperluan mangsa banjir...


Selepas barang2 dah di angkut dari kereta saya.
Masa ni mmg bukan kita orglah yg tukang angkat.
Ada a few lelaki gagah perkasa yg telah berbakti tenaga untuk angkat barang2 ni.
Terima kasih kalian... Ini namanya lelaki hehe...

Barang akan di bawa ke mail room. Di mana pusat pengumpulan semua barang di satukan.

Gagah encik ridzuan kita mengangkat barang sambil diperhatikan puan sha.

Kami ambil gambar sebagai kenangan sebelum di hantar ke pusat mengumpulan sambil diperhatikan oleh seorang makwe di kerusi tiang sebelah kiri hehehe... siapa nampak memang comel... =)

Giveaway By Farhan Kerewx And Cik Hawa

Assalamualaikum

Tekan Banner

Hai korang, Blog Farhan Kerewx & Cik Hawa ada buat GA. Meh le join. 
Duo Giveaway by Farhan Kerewx & Cik Hawa ni disponsor oleh Farhan KerewxHawa Syazana | Nasuha | Sarah | Ana Likes | Nur Khairina | Airis | Aisah AS | Nur Fasihah

Pelbagai hadiah seperti Baju Bali, Set Shawl Cinta Jannah, Novel. Black Shiseido Mask, Gelang, Jam Minion, Kipas Tangan B.A.P, Pin Tudung, String bracelet & banyak lagi. 

Pemenang yang dicari adalah pemenang yang berdasarkan Top referall yang akan mendapat Baju Bali & Perfume Gred AAA. Jadi apa lagi, jom la reramai join GA ni.

*TAMAT: 17/12/2013 MAYBE DILAMBATKAN 25/12/2013, JAM 11:59 MLM

Mini-Mini Giveaway By Iman Zakaria


Klik benner untuk join.
Hadiah menarik menanti.

Balik Kampung Endau-Penyabung Part 1

Assalamualaikum,

Saya sekarang berada kat johor. Esok ada majlis pernikahan sepupu kat sini. Actually, seronok dalam tak seronok. Patutnya seronoklah tapi bila kenangkan next week kena gi kuching dan miri terus jadi tak seronok percutian saya. Sebab dlm kepala dok fikir pasal kerja. Letih confirm tak hilang. Ingat nak cuti hari isnin dan selasa, lastly kena cancel cuti sbb nak ke kuching hari selasa ni. Dahla saya sorang pompuan plak tu. Tak syok langsung.

Kat johor ni kita orang pilih duduk kat homestay. okaylah dari tak ada. suami dan anak duk bawak abah dan pakcik makcik ku berjalan2 kat pantai telok gorek katanya? Adoi, tak taulah betul ke tak ejaan tu. Bunyik dah macam mencarut ku dengar hahaha. Gambar tak sempat nak ambil sebab dah letih sangat. Cuba ku sebat jelah gambo kat pakcik google.



Saya dah tak heran dah ke sini sebab dah selalu sangat dating ngan suami hehe. So, hari ni kasi chance la kat paksu n achik pergi. Dia orang datang pun tak pernah. Paksulah teringin sangat nak mandi pantai. Saya pun tak taulah boleh mandi ke tak musim hujan ni. Takut dipukul ombak je. Hehe.. apa2 pun tunggu mlm ni punya cerita ya. Sebab ada buat panggang BBQ... bnyak syiok woooo...

Sejuta Penduduk Selangor, KL Hadapi Gangguan Bekalan Air Minggu Depan

Assalamualaikum,
Nak bagi tau info pada kawan2 semua. Mana tempat yang tak ada air tu boleh ready untuk tadahan air ya...

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Kira-kira sejuta penduduk diSelangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air bermulaSelasa depan berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam satu kenyataan di ibu negara berkata gangguan bekalan air akan bermula pada 8 pagi, 17 Dis manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga 8 pagi 22 Dis (Ahad).
Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.
Kenyataan itu menyebut gangguan bekalan air melibatkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam selepas kerja-kerja hentitugas itu selesai, namun bergantung kepada kedekatan dengan sumber bekalan.
"Pihak SYABAS menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air khususnya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya," kata SYABAS.
SYABAS menasihatkan pengguna menyimpan bekalan air secukupnya kerana tiada lori tangki akan dibekalkan semasa tempoh gangguan itu (kecuali di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat) memandangkan notis awal telah dikeluarkan.
Sebagai langkah persediaan awal, pihak SYABAS meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk menempatkan 66 buah lori tangki dalam keadaan bersedia dan menyediakan 750 buah tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam berkenaan.
Para pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Berikut adalah senarai kawasan yang bakal terlibat gangguan bekalan air:
WILAYAH KUALA LUMPUR: 1. Kawasan Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime Darby.
2. Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.
3. Kawasan Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; keseluruhan kawasan Mont Kiara dan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta.
4. Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh: Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Taman Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching dan Taman Niaga Waris.
5. Kawasan Sentul: Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato' Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan dan Bandar Baru Sentul.
6. Kawasan Jalan Duta: Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum Stadium Hoki.

7. Sebahagian kawasan Jalan Mahameru: Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato' Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan.

8. Kawasan Sri Hartamas: Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara; Taman Duta Tropika; Hartamas Heights.
9. Kawasan Bukit Sentul: Jalan Kolam Air; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra.
10. Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf): Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato' Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa)
11. Sekitar kawasan KLCC: Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang.
12. Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2): Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis;
Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Russia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir.
13. Sebahagian kawasan Kampung Baru: Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1; Lorong Datuk Abdullah.
14. Semua kawasan berikut: Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan.
WILAYAH GOMBAK: Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Menjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara Sunway SPK Harmoni 3.
WILAYAH PETALING: Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi;
Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52;
Taman Bukit Angkasa; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Taman Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas; Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol; Taman Puchong Mesra; Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya;
WILAYAH KLANG/SHAH ALAM: Seksyen 25 - Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putra Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 - Axis; Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang.

The Big Bad Wolf Sale

Assalamualaikum,

Siapa yang dah pergi TBBW ni? Tak silap 24 jamkan? Ya Allah, murah2nya harga buku. Kali ni saya nak borong buku anak saya pulak. Hari tu novel-novel maknyakan? So, kali ni kasi chance kat anak pulak. Dia tengah semangat sekolah. So, masa nilah nak bagi dorongan kat dia. Biar dia puas hati dengan apa yang dia nak. Tapi sampai sana nanti mesti ada punya buku mak dia terselit sikit-sikit. Haha... so, pukul berapa yang sesuai? Saya nak ajak suami pergi tengah malam buta. Tapi orang kata pukul 3 pagi pun orang masih macam sardin. Apakah? Mereka tidak tidur ke? Huhu...


December Giveaway by Fatin Diana



Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :
Cash RM50 x 1, AuraWhite 400,000mg x 1, Jersey x 7, Peplum blouse x 3, Tshirt I ♥ Medan x 1, 2 keping shiseido mask x 2, Tote Bag Authentic Mango worth RM80 x 1, Jumpsuit x 1, Cardigan x 1, Felt brooch x 3, Bawal glitter x 2 + bracelet x 1, Header + Doodle x 2, dan voucher discount 10% untuk semua peserta.

December Giveaway ditaja oleh Fatin Diana, Abang Ensem, Red Delima, House of WNS, Nadratul Syazwana, Mai's Beauty House, Nur Cimi, Fariqan Afina, Jasple Boutique dan Nur Shahira.


Tamat 27 Disember 2013, 10 Malam.

Wedding Suria Azhar dan Suria Hadi

Assalamualaikum,

Semalam kami pergi jemputan wedding cousin. Meriah sebab dua pasangan sekali bersanding. Jumpa semula sanak saudara yang dah lama tak jumpa. Yang dah berpindah. Contoh macam mak abah sayalah, dah pindah tak bagitau alamat. Jumpa sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa. Masa nilah kalau nak bermesra dan mengeratkan sillaturahim. Kalau nak tunggu raya memang lama lagilahkan. I feel seronok dan my doter pun seronok sebab hidangan pun meriah juga. Lebih-lebih lagi, si Zulaikha tu dah nampak aiscream confirm nak. Mak dia nak rasa pun tak bagi hehe...

Cuma sayangnya saya tak sempat nak bergambar sama. Sebab nak balik cepat, ada urusan lain. Dapatlah gambar yang dishare di facebook oleh pihak keluarga. Tahniah pada mereka. Menjadi raja sehari. Dulu masa jumpa, masing-masing masih kecil. Allah hai, rindu betul zaman kecil-kecil dulu. Sekarang masing-masing dah dewasa dan ada keluarga sendiri.

Suria Azhar dan Suria Hadi
TAHNIAH!

Nak jadi cerita, masa nak balik salam ibu pengantin. Dia terconfuse muka saya dan adik saya. Banyak kali dah sebenarnya saya perasan perkara ni. Ramai yang ingat kami kembar sedangkan kami tidak. Beza umur pun 3 tahun. Agaknya fasion tudung lebih kurang tu yang confuse agaknya. Kebetulan semalam adik saya tak dapat hadir sama sebab kursus. So, ibu pengantin ingat zulaikha tu anak buah. Hehehe... Apa pun terima kasih dengan undangan. Semoga pasangan bahagian ke akhirat.

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

As-Salam


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM

Tarikh tutup : 15.12.13

Resepi : Kentang Lenyek

Assalamualaikum,

Last weekend saya ada buatkan kentang lenyek untuk Zulaikha. Dia teringin sangat nak makan, so saya terfikir nak buat sendiri instead of saya beli kat KFC. Kat KFC je harga dah RM5 large size punya. So dari membazir, baik saya buat satu periuk. Dapat jugaklah mama dan ayah dia merasa tumpang sekaki. Teringin jugak nak makan kentang lenyek buatan sendiri. Saya try and errorlah sambil tengok resepi kat pakcik google.

Sesungguhnya saya pun tak sangka resepinya sangat senang gilerzzz. Jadi saya buat ikut bahan apa yang ada kat rumah jelah. Hehe...

Resepi Kentang Lenyek

Bahan-Bahan
- 8 biji kentang
- 2 sudu besar majerin
- 2 sudu besar mayonis
- sedikit black papper
- garam

Cara-Cara
- Kupas kulit kentang. Potong dadu.
- Rebus sehingga empuk.
- Toskan
- Masukkan bahan2 tadi.
- Kemudian lenyekkan hingga lembut dan gebu.

Jadilah macam gini.

Resepi Sos Kentang Lenyek

Bahan-bahannya
*Memandangkan masa tu tak cukup bahan untuk buat sos, so saya guna apa yang ada je.

- 2 cawan air.
- 1 sudu serbuk pati ayam/kiub ayam
- 40 gm mentega
- 50gm tepung gandung - bancuh dgn sedikit air
- 1 sudu besar sos tiram
- sedikit serbuk lada hitam
- kicap pekat - saya letak kicap manis je

Cara-caranya
1. Bancuh tepung gandum dengan air.
2. Masukkan mentega, sos tiram dan kicap. (Kicap ni bergantung pada kehitaman yg korang nak)
3. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan black pepper.
4. Kecilkan api.
5. Ambil tepung yg dah dibancuh tadi dan tapiskan untuk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
6. Curahkan ke atas kentang putar.

Jadilah macam gini

So, siapa nak buat sendiri bolehlah tiru resepi ni.
SELAMAT MENCUBA
(^^,)


Produksi "Fast & Furious 7" bakal ditunda?



Universal Studios dan kru produksi filem "Fast & Furious 7" akan berhadapan dengan kelewatan berikutan kejadian tragik menimpa aktor Paul Walker yang terkorban dalam satu nahas jalan raya di California pada Sabtu.
Dipetik daripada laporan Hollywood Reporter, produksi siri filem ketujuh ini telah pun memulakan penggambaran sekitar Los Angeles dan Atlanta tetapi berehat buat sementara waktu sempena cuti Hari Kesyukuran dan kesemua barisan pelakon sepatutnya kembali ke set pada Ahad. Walaubagaimanapun perancangan tersebut terpaksa ditangguh sekurang-kurangnya sehingga Selasa.
Pengarah James Wan dan eksekutif Universal Studios dilaporkan telah mengadakan sidang panggilan pada Ahad pagi bagi membincangkan perjalanan filem tersebut sekiranya beberapa perubahan perlu dilakukan bagi menghormati kematian aktor itu.
Satu sumber lain turut memberitahu kebanyakan babak filem ini telah pun selesai tetapi Walker dan barisan pelakon "Fast & Furious 7" dijadualkan ke Abu Dhabi pada Januari akan datang untuk penggambaran babak tambahan.
Siri ketujuh filem ini dijangka diriliskan pada 11 Julai tahun hadapan.
Walker, 40, yang memegang watak ejen samaran Brian O'Connor dalam siri filem popular ini terkorban dalam satu nahas kemalangan jalan raya pada Sabtu tengahari lalu.
Walker merupakan penumpang kereta Porsche Carrera GT yang dipandu oleh rakannya, Roger Rodas, seorang penasihat kewangan dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik aktor tersebut, Always Evolving. Rodas turut terkorban dalam kejadian tersebut.
Universal Studios turut meriliskan kenyataan selepas nahas tersebut berlaku.
"Kami semua di Universal sangat kecewa. Paul adalah salah seorang yang disayangi dan dihormati dalam keluarga studio kami selama 14 tahun dan kehilangannya sangat menyedihkan kami, kepada semua yang terlibat dalam siri filem "Fast & Furious" dan juga para peminat. Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Paul."
Barisan pelakon popular yang pernah bekerjasama dengan Walker seperti Vin Diesel, Dwayne 'The Rock Johnson', Ludacris, Tyrese Gibson, Jordana Brewster, Gabrielle Union, Michael Ealy dan Ryan Phillippe turut menyatakan kesedihan mereka dan memberi penghormatan di laman sosial masing-masing.

5 S oh 5 S

Assalamualaikum,

Hari ni ada 5S kat office. Whatever! 5S sangat menyusahkan.


1st Day Zulaikha ke Tadika

Assalamualaikum,

I am feeling xcited bila Zulaikha dah mula ke sekolah di Tadika Layang-Layang kawasan perumahan kami. Malam tadi, sebelum tidur siap menongkat dagu tanya saya, "Mama nanti kita pergi sekolah baru ramai kawan-kawan tak?" Itu soalan pertama yang dia risaukan. I know dia suka berkawan dan suka punyai ramai kawan. That's why saya tak kisah bila hantar dia sekolah pada usia 4 tahun. (Actually Zulaikha masih 3 tahun  10 bulan) Next year kira 4 tahunlah jugak.

Yang menariknya tadika ni cuma ambil 10 orang sahaja untuk pelajar 4 tahun. Senang kerja cikgunya untuk pantau pelajaran budak2. Hopefully, dia dapat suaikan diri dengan macam2 perangai kawan kat sana. Satu yang saya faham tentang anak saya. Kalau dia kena buli, dia akan menangis tak nak ke sekolah. So far, saya hantar ke taska sebelum ni pun dia ok je. Cuma jangan campur dengan budak2 transit sekolah rendah. Memang kena buli dengan budak2 besar tu. Ada masa anak ku ni kememe sikit. Hehe...

Tadi masa hantar dia ke tadika, ingatkan dia sedihlah bila kita kata nak balik. Rupanya siap salam, bye2 dan tak heran pun kami terus balik. So, dah senang kerja kami.  Alhamdulillah, tak banyak kerenah bangun pagi. Senang nak kejutkan dia untuk mandi. Hopefully dia berterusan begitu. Kalau tidak, mama dia yang pengsan nak hadap pagi2 sebelum pergi kerja. Huhu...

I am ready to school




Special Super Duper Giveaway by NNA & FD


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :-
| Topup RM5x1 by Nurul Ain | Tudung bawal x1 dan shawl x1 by Ryna | Bookark x5 by BudakVanilla | Topup RM5x1 by Maisarah Humaira' | Header kepada semua peserta dan keychain x2 by AinRahman | Button badges x6 dan 2 candy lip tint utk sorang by Fatin Diana | Brooch x2 by NurSyaza Fareha | necklace x1 by Mahirah |

Special Super Duper Giveaway dianjurkan oleh NNA dan kak Fatin Diana dan disponsor oleh NurulAin, Ryna, Budak Vanilla, Maisarah Humairah', Ain Rahman, Fatin Diana, NurSyaza Fareha dan Mahirah.


Tamat 25 Disember 2013, 10 Malam.

Pelakon Utama Fast and Furious Paul Walker Maut Dalam Kemalangan


Pelakon siri Fast Furious, Paul Walker dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California beberapa jam yang lalu.

Paul yang terkenal dengan watak Brian O’Connor dikatakan gagal mengawal Porshe Carrera GT baru milik beliau sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.

Turut meninggal di dalam kemalangan ini ialah seorang penumpang yang masih belum dikenal pasti. Beliau dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina.

Paul Walker dikhabarkan sebagai penumpang dalam kejadian maut ini dan bukannya sebagai pemandu seperti laporan awal.

Kematian beliau sangat mengejutkan kerana hanya 2 hari yang lalu sebuah teaser untuk Fast and Furious 7 menunjukkan babak beliau di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh di dalam kereta yang juga terbakar.

Kami difahamkan penggambaran filem Fast and Furious 7 masih belum selesai dan kematian watak utamanya pasti akan menyebabakan pertukaran jalan cerita. We will miss you Brian O’Connor. Keep on speeding on the other side.





Ayu 20 Sen Sudah Bergelar Nenek



SEHINGGA kini, watak Ayu yang mulutnya perlu ‘ditutup’ dengan wang 20 sen agar tidak membuka rahsia percintaan di antara Sudin dan Zaiton di dalam filem Bujang Lapok terus diingati.

Tidak ramai yang mengambil peduli siapa empunya diri, apatah lagi untuk mengetahui nama sebenarnya, tetapi karakter Ayu tetap popular sehingga gambar aksinya meminta 20 sen daripada Zaiton dan Sudin dimuat naik secara meluas di laman sosial sebagai sebahagian daripada jenaka sewaktu kenaikan harga minyak dalam jumlah yang sama baru-baru ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Ayu yang dahulunya nakal dan sering berseluar pendek tanpa berbaju, kini sudah pun berusia 61 tahun dan sedang menanti kelahiran cucunya yang kelima.

Seperkara lagi yang tidak ramai pihak tahu, pemilik nama Sri Rahayu Sudarmaji itu adalah anak kepada pengarah filem yang mempunyai hubungan cukup rapat dengan P. Ramlee, S. Sudarmaji.

Menceritakan detik bagaimana dia ditawarkan berlakon, Ayu berkata ketika berusia empat tahun setengah, bapanya sebaik sahaja pulang dari studio memberitahu yang P. Ramlee mahu mengambilnya berlakon.

“Disebabkan saya menganggap semua yang bekerja di Jalan Ampas termasuk jurusolek terdiri daripada pak cik dan mak cik kawan bapa, saya tidak takut dan terus memberi persetujuan.

Adegan pertama ketika P. Ramlee membelanja Rokiah dan 10 lagi adik-beradiknya makan. Saya menjadi adik Rokiah dan melompat-lompat di atas meja makan restoran tersebut.

“Hanya selepas itu, rambut saya dipotong pendek seperti lelaki dan kemudian, barulah adegan-adegan lain dilakonkan. Tiada masalah buat saya dengan watak sebegitu kerana sewaktu kecil, saya memang tidak suka berbaju seperti dalam filem itu," katanya.

Ayu menambah, sewaktu adegan Sudin dan Zaiton berbincang di bawah sampan mengenai perkahwinan mereka, beliau menghadapi kesukaran untuk menuturkan dialog akibat mengantuk.

“Rakaman dijalankan pada pukul 12 malam menyebabkan saya tidak dapat fokus. Setelah berkali-kali gagal, P. Ramlee menghentikan rakaman untuk berehat dan kami minum kopi ‘o’ (Minuman kegemaran P. Ramlee). Apabila habis saja minum kopi, saya terus dapat melakukannya tanpa ada masalah," katanya.

Bagaimanapun tugas Ayu sebenarnya tidak terhenti di situ. Beliau selepas itu perlu menjalani proses ‘dubbing’ untuk memasukkan suara.

“Saya duduk berdua dengan ayah di bilik rakaman itu. Apabila sampai adegan yang memerlukan saya bersuara, ayah akan menepuk di bahagian belakang badan sebagai isyarat supaya saya bercakap, sama seperti yang dituturkan ketika berlakon," katanya.

Sementara itu, beliau mengakui tidak ramai daripada kenalannya tahu dirinya adalah Ayu yang cukup menarik perhatian di dalam filem tersebut.

“Bekas rakan sekerja tidak tahu, malah jiran pun sama. Jiran di sebelah rumah ini pun hanya mengetahui tentang perkara itu setelah saya terserempak dengan pelakon drama, Osman Zailani yang selalu datang ke rumahnya pada setiap kali Ramadan," katanya yang kini menetap di Kuala Lumpur.

SUMBER

GIVEAWAY 1 YEAR BLOG TENGKUBUTANG


Jomlah pakat join ramai2
Hadiah menarik menanti tau
Jangan lepaskan peluang

Inilah Yang Kita Alami Every Weeks

Assalamualaikum,

Siapa setuju dengan gambar ni? Inilah yang kita alami setiap minggu. Isnin, rasa blues je. Selasa, cuba menerima keadaan. Rabu, tak sabar nak tunggu hari jumaat. Khamis, tak sabar nak tunggu sehari lagi untuk kerja. Jumaat, aduhai rasa dah mula nak lompat kijang bila kenangkan esoknya hari sabtu. Sabtu, HORRAY!!! Ahad, perasaan mendung semula bila kenangkan next day adalah hari isnin. Huhuhu... itulah rutin kita seharian kan?




Hadiah GA Sudah Di Pos

Assalamualaikum,

Neno! Neno! Neno! Saya terlalu sibuk lately ni. Sampai nak update blog pun tak sempat. Minggu lepas lagilah mood tak ada langsung nak berblog sebab tak sihat. Hari ni baru berkesempatan. Bayangkan nak perah idea, nak tulis apa pun kena tunggu berjam-jam. Tadi sebaris ayat. Balik rumah baru sambung balik. Menaip ni kena ada mood.

Okay, yang sebenarnya entry kali ni saya nak update pada pemenang-pemenang GA yang saya sponsor ni.
Mini Giveaway November By MM dan Mondaylicious Giveaway by Liendot & Shimot
Kepada pemenang-pemenang sekalian, saya ucapkan tahniah kerana tuah anda untuk menangi hadiah dari saya yang tak seberapa ni. Terima kasih juga kerana anda sabar menanti kehadiran hadiah2 yang akan diterbangkan pada anda semua.



Mondaylicious Giveaway by Liendot & Shimot

Mini Giveaway November By MM

  Hadiah GA ni saya dah pun pos pada 28 Nov 2013
Sorry ya lambat update. Hehe. I am sure that ada sorang lagi pemenang yang belum tuntut hadiah.
Hope dapat beri respon secepat mungkin ya. Kalau tak, hadiah burn.

Note kepada pemenang:
Kalau hadiah dah sampai, mohon sangat update kat saya okay.
Terpulang pada korang nak update melalui entry atau macam mana, janji saya tau barang tu dah sampai pada korang.


CR Day Dapat Hadiah

Assalamualaikum,

Sebenarnya CR day ni dah lama berlalu tapi saya lambat betul update. Terlupa pun ya. Inilah padahnya kalau kumpul gambar dan tak update2 hehe. Hari ni nak share apa makna CR day tu? CR day tu maknanya Connect and React day. Dalam erti kata lain, hari menghargai sahabat. Alhamdulillah... ada jugak orang yang menghargai ku daripada tak ada. Heeee... jujurnya saya sangat happy dengan semua ni. Terima kasih rakan2 kerana menghargai saya di P&D


Saya dapat buah aple, coklat, paper clip dan penanda buku.
Dalam box tu ada gula2.
Terima kasih atas pemberian semua.
Actually bagus buat CR day ni.
Dapat mengeratkan sillatulrahim antara rakan sekerja.


Giveaway Peserta Bertuah


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Ayah Janganlah Marah Mama

Assalamualaikum,



Budak2 ada perasaan. Janganlah marah atau bergaduh depan dia. Walau kesilapan kecil pun si anak anggap ia besar. Al kisahnya begini. Sayakan tak sihat dari malam isnin. Encik suami macam biasalah, dia rajin memasak so dia masaklah untuk saya yang tak sihat ni. Memang kesian tengok dia uruskan rumah walaupun anak sorang. Mak ngan anak dia kena jaga.

Nak dijadikan cerita, dia masakkan bubur nasi, lauk ikan singgang, ikan bilis goreng dan telur letak daun bawang. Buat kerja dah cantik dah cuma suami saya ni tak suka letak dalam bekas. Lepas dah cincang2 daun bawang, dia biar je kat atas papan pemotong. Nak jadi cerita masa tu kebetulan ada plastik buah kat tempat dia buat kerja tu. Saya jadi rimas tgk dia buat kerja sempit2 cam tu. So, dgn baik hati saya pun angkatlah plastik buah dan terheretlah sekali dengan papan pemotong yang ada daun bawang yang dicincang tadi. Tak sangka pulak plastik tu berat, tak terangkat tu yg terheret sekali dgn papan pemotong.

Apa lagi, suami saya tertinggi sikit suaranya kat saya depan anak. Ayat dia biasa je, "Apa mama ni?! Dah jatuh dah!!" Anak saya yang masa tu tengah makan roti kat situ terdiam. Dia pandang muka saya yang tak sihat tu, dia pandang muka ayah dia yang nampak bengis tu. Saya pun cakaplah, alah tak apa boleh basuhlah daun bawang ni. Saya pun kutip balik daun bawang yang bersepah tadi. Bukan tak boleh basuh pun kan? Yang anak saya tadi terus turun, sebab kesian tengok mama dia kena kutip sorang2. Tiba-tiba dia cakap "Ayah janganlah marah mama! Cian mama tau!" Bebel Zulaikha sambil tolong kutipkan daun bawang tadi. "Kita tolong mama kutip ya. Ni mama..."

Hu..hu.. terharu mak ni tengok anak dah ada perasaan. Suami aku yang tadinya nampak macam angin semacam terus senyum sebab lucu dan terharu bila Zulaikha cakap macam tu. So, moral of the story janganlah tinggi suara depan anak. Saya siap buat pesanan penaja kat suami. Nak marah, simpan dalam hati. Nak gaduh, biar dalam bilik. Panas hati macam mana pun tetap senyum depan anak. Terima kasih buat suami ku sebab tolong kemas rumah dua tiga hari ni. Memang kalau saya sakit, rumah dah macam tongkang pecah jadinya. Ha..ha..

Tidak Sihat Demam Batuk dan Selsema

Assalamualaikum,

Hari ini saya tak kerja sebab demam. Pertama kali demam sampai bengkak mata. Kalau orang tengok mesti ingat saya sakit mata padahal sebab panas je. Ubat pun dah nak habis tapi demam masih tak kebah sangat. Sakit kepala tak usah cakaplah, rasa macam nak hantuk je kat dinding. Dah jenuh tidur tapi masih tak kurang jugak. Tekak ni payau giler huhu. Pahit ya amat. Tak selera langsung nak makan. Esok masih MC lagi. Demam kejap2 on off. Tak taulah kenapa. Hari ni pun mendung je tengok cuaca. Mendung macam sayalah, huhu hari yang tak memberansangkan...


Bermalam Di Gold Coast Bagan Lalang


Saya suka tengok pantai.
Pantai berikan ketenangan utk saya menulis.
Kalaulah dapat lepak kat gold coast bagan lalang, syok jugakkan?
Tapi kena himpun duitlah, satu bilik sangat mahal haha...
Kalau duduk yg hujung sekali tu dah RM1k++ hehe...
Pengsan mak nak bayar. Huhu..

Saya adalah survey satu website NI . Nak tau tak rate setiap bilik berapa?

Canary Palm Villa (2 bedrooms)
Low Season (RM) RM 1,118 nett
Peak Season (RM) RM 1,240 nett

Royale Palm Villa (3 bedrooms)
Low Season (RM) RM 3,188 nett
Peak Season (RM) RM 3,295 nett

Premier Travelers 
Low Season (RM) RM 718 nett
Peak Season (RM) RM 830 nett

Travelers
Low Season (RM) RM 649 nett
Peak Season (RM) RM 755 nett

Cantik tak bilik2 dia? 
Itulah yg saya berangan sangat nak duduk kat sini sebab tenang jiwa dapat release tension.
Tak payah fikir pasal office buat sementara waktu.
Honeymoon pun boleh hehe...
Korang? Apa lagi, boleh la bawak family ke sini




Harmoninya... 




Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia