Saya sungguh tak sempat nak update blog sepanjang berada di Miri dan Kuching. Hari pertama di Kuching, saya tidur di Reverside Megistic hotel. Sebelum ni, bila bertugas di sana memang akan bermalam di situ tapi bersama dengan sorang lagi rakan kerja perempuan tapi untuk tahun ni dia tak ikut. So, ada masalah semasa booking hotel dan saya terpaksa bayar sendiri. Parah wei, pergi masa time belum gaji. Huhu... Mujur bos ada, tolong bayarkan. Then masuk office nanti baru claim dengan company.
Perkara yang tak boleh lupa. Saya kena ganggu sekejap. Huhu... tak jangka akan diganggu sebab sebelum ni duduk dgn kawan, kami tak pernah kena di hotel tu. Mungkin sebab saya sorang2, so seronoklah makhluk tu menganggu. Masa tu waktu magrib kat sana terlalu awal. Dalam jam 6:30pm dah azan. Masa tulah dia berkeliaran di atas. Dengar macam budak2 berlari, berkejaran. Kat mana saya duduk, kat situlah bunyi budak berlari. Logik tak, saya lepak atas katil, dengar budak berlari siling atas kepala saya. Hai, apa lagi wa keluarkan tasbih, berzikir atas katil.
Sekejap je lepak atas katil, cubalah saya beralih tempat ke sofa pulak. Sofa tu kat sudut dinding. saya letak bag galas dan barang2 make up semuanya kat situ. Saya tak letak kat bilik make up khas. Memang tak lah ku lepak bilik tu! Cantik memang cantik, tapi semacam. Huhu.. Biarkan terpasang je lampu meja kat bilik make up khas tu. Berbalik pada saya alih tempat kat sofa, nak buat kerja kejap. Masa tu, berdentum kat siling atas kepala saya, macam lesung batu jatuh. Allahuakhbar! Masa tu terhenjut bahu saya terkejut. Jantung berdegup dah macam lari 100meter babe! Mana datang pulak lesung batu ke beban berat yg jatuh kat atas siling ni. Mula2 tu malas nak fikir makhluk tu. Ku positif je, kata orang bilik atas punya angkara tapi fikir logic akal, takkanlah beban berat jatuh kat atas karpet boleh bunyi sekuat itu??? Bilik saya hujung sekali pulak tu. Dinding pun kaca semua, hadap river.
Erm... tak pe positif... saya pun pergilah ambil air solat, habis solat duduk kejap berzikir ayatul qursi 33 kali... Alhamdulillah... senyap sunyi bilik ku dari tapak2 kaki yg bunyi berlari tadi. Dia saja nak bergurau dengan saya tu.. huhu.. Pukul 9pm, dapat SMS dari bos nak ajak keluar, terus ku setuju nak ikut. Kalau tak, dah plan tak mo keluar mana2 dah. Simpan tenaga untuk kerja esok pagi. Lepak dengan dia orang bincang pasal kerja sampai 12pagi. Dah ngantuk, baru balik hotel tidur. Dah penat, tak fikir takut dah. Huhu... Sy simpan cerita tu sampai saya kat Miri.
Di Miri pulak, saya sampai jam 12 pagi. Flight delay plak tu. Serius letih sangat dan berharap tak ada apa2 masalah macam hotel kat kuching. Alhamdulillah, masa check in semuanya ok. Saya dapat bilik pun ok. Seronok betul. Sunyi sepi je. Tak dengar apa2 pun. Bilik sebelah flush jamban pun tak dengar. haha... kalau letak cengkerik pun hanya cengkerik je bunyi. Malam tu sy plan memang tak mo keluar dah. Bos ada SMS ajak keluar makan, tapi saya cakap dah tempah makanan kat bawah. Lepak kat hotel je. Senang, orang dah service bawakan order kat bilik. Lepak tengok TV lagi best. Hehe... Simpan tenaga plak untuk bertugas di airport Miri. Taulah kerja dengan bosses lelaki ni, kita macam kuli sikit. Hehe... so kena readylah.
Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar di Miri. First timer datang Miri, actually best juga. Apa pun terima kasih atas kerja sama rakan2 kerja di airport Kuching dan Miri. You all memang paling the best! I like!
Di hotel Miri yang sangat selesa dan tenang.