Ruang Iklan Untuk Disewa

Produksi "Fast & Furious 7" bakal ditunda?



Universal Studios dan kru produksi filem "Fast & Furious 7" akan berhadapan dengan kelewatan berikutan kejadian tragik menimpa aktor Paul Walker yang terkorban dalam satu nahas jalan raya di California pada Sabtu.
Dipetik daripada laporan Hollywood Reporter, produksi siri filem ketujuh ini telah pun memulakan penggambaran sekitar Los Angeles dan Atlanta tetapi berehat buat sementara waktu sempena cuti Hari Kesyukuran dan kesemua barisan pelakon sepatutnya kembali ke set pada Ahad. Walaubagaimanapun perancangan tersebut terpaksa ditangguh sekurang-kurangnya sehingga Selasa.
Pengarah James Wan dan eksekutif Universal Studios dilaporkan telah mengadakan sidang panggilan pada Ahad pagi bagi membincangkan perjalanan filem tersebut sekiranya beberapa perubahan perlu dilakukan bagi menghormati kematian aktor itu.
Satu sumber lain turut memberitahu kebanyakan babak filem ini telah pun selesai tetapi Walker dan barisan pelakon "Fast & Furious 7" dijadualkan ke Abu Dhabi pada Januari akan datang untuk penggambaran babak tambahan.
Siri ketujuh filem ini dijangka diriliskan pada 11 Julai tahun hadapan.
Walker, 40, yang memegang watak ejen samaran Brian O'Connor dalam siri filem popular ini terkorban dalam satu nahas kemalangan jalan raya pada Sabtu tengahari lalu.
Walker merupakan penumpang kereta Porsche Carrera GT yang dipandu oleh rakannya, Roger Rodas, seorang penasihat kewangan dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik aktor tersebut, Always Evolving. Rodas turut terkorban dalam kejadian tersebut.
Universal Studios turut meriliskan kenyataan selepas nahas tersebut berlaku.
"Kami semua di Universal sangat kecewa. Paul adalah salah seorang yang disayangi dan dihormati dalam keluarga studio kami selama 14 tahun dan kehilangannya sangat menyedihkan kami, kepada semua yang terlibat dalam siri filem "Fast & Furious" dan juga para peminat. Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Paul."
Barisan pelakon popular yang pernah bekerjasama dengan Walker seperti Vin Diesel, Dwayne 'The Rock Johnson', Ludacris, Tyrese Gibson, Jordana Brewster, Gabrielle Union, Michael Ealy dan Ryan Phillippe turut menyatakan kesedihan mereka dan memberi penghormatan di laman sosial masing-masing.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia