Yeay! Meja Hijau/Putih Aku Dah Sampai!

Assalamualaikum korang!

Sebenarnya ni cerita kelmarin tau. 
Meja yang aku beli hari sabtu hari tu dah sampai kelmarin.
Betapa excited nya aku sebab warna dia greeeeeennnn.
Ya! Aku suka green
Aku memang obses dengan hijau.
Sebab tu bilik tidur pun aku pasang wallpaper daun hijau
*ok aku stop kejap buat appointment dgn dr. Tan!*
*
*
*
Okay sambung balik, korang tau tak apa keistimewaan warna hijau ni?
Haaaa... kalau korang nak tau, ada banyak perkataan hijau dalam ayat-ayat al-quran yang menjelaskan keadaan penghuni syurga dan segala yang ada disekelilingnya. 
Contohnya, kenikmatan, suasana, kesenangan dan ketenangan jiwa.

Korang mesti biasa amalkan bacaan surah al Kahf setiap hari jumaatkan?
Bagi siapa yang biasa, korang akan jumpa salah satu ayat Al-Kahf  yang menceritakan keadaan di syurga.
Okaylah, aku petik salah satu ayat dalam surah Al-Kahf : Ayat 31.

Maksud ayat : "Mereka itulah orang yang memperolehi syurga 'Adn, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas singgah sana yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya dan tempat istirehat yang indah." Al-Kahf : Ayat 31


Dan Kalau korang nak tau, hijau jugak adalah warna kegemaran Rasulullah s.a.w. 
Kubah Masjid Nabawi sendiri pun berwarna hijau
Simbol-simbol ke islaman di seluruh dunia adalah warna hijau jugak. 
Dan yang paling penting, warna hijau jugak boleh menjadikan pandangan mata kita *nyaman dan selesa.*
Jelaslah yang warna hijau ni adalah warna syurga, warna yang disukai Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indahnya hingga menghiasi syurga.

Sebab tu aku suka sangat warna hijau ni.
Kalau korang pandang laptop terlalu lama, cubalah korang pandang sekejap apa-apa warna hijau macam wallpaper destop ke apa, insyaAllah mata korang akan selesa.

Dan ini dia meja aku yang ada sikit2 warna hijau itu.
Janji di mata aku meja tu ada warna hijau ya.

Excitednya mengalahkan Zulaikha pulak si Mahirah ni! Menyampah!
Haha! Aku peduli apakan?
Korang ingat Zulaikha tu tak ada meja dia ke?
Haaa... of cozlah mokcik diva tu pun ada satu meja dia sendiri.


Kepoyoannya lagi terserlah dari aku.
Sebab... apa yang mak dia ni ada, dia pun nak kena ada.
Memang dia copy paste semua yang mak dia ni ada.
Meh aku nak tunjuk gambar dia yang konon-konon sedang mentelaah buku tu.
*Padahal tengah menconteng buku tu haha..*


Ish.. ish.. ish.. anak siapalah yang rajin tukan?
Oklah, itu je nak cerita.
Bye!

29 comments

August 6, 2014 at 8:34 AM

wah! akk suke hijau eaa.... warna kedamaian..

August 6, 2014 at 8:46 AM

Kak KM..Sama macam ayah saya..minat hijauu...lagipun hijau sejuk mata memandang kan.. ^_^

August 6, 2014 at 9:13 AM

ya akak suka hijau.. mmg rasa damai..

August 6, 2014 at 9:14 AM

betul... redup je rasa.. :)

August 6, 2014 at 9:20 AM

saya pun suka hijau, lagi-lagi hijau epal.siap berangan, kahwin nanti nak buat tema hijau epal..hehe

August 6, 2014 at 11:27 AM

Cik Mimie suka tengok warna apple mint cntik sgt..hee :)

August 6, 2014 at 12:37 PM

samalah kite... :d

August 6, 2014 at 12:37 PM

betul :)

August 6, 2014 at 12:46 PM

cantik. pandai pula minta sama kan?

August 6, 2014 at 3:46 PM

Kelakar la anak kak mahirah ni..hehehe..

ustaz kt sekolah pernah pesan, bangun pagi kena tengok pokok2 hijau. supaya mata elak dari rabun..

August 6, 2014 at 4:26 PM

Sama lerrr kiterrr KM ..Kak Lya pon suka HIJAU jugakk

August 6, 2014 at 4:40 PM

ya arz moha.. dia mmg semua nak tiru mama... yg parah sy la... ayah dia syok je tak kena pau.. (p)

August 6, 2014 at 4:40 PM

betul tu sydah.. pandang hijau akan elak rabun... :)

August 6, 2014 at 4:41 PM

kan? sejuk mata klu tgk hijau kan? :)

August 6, 2014 at 9:51 PM

hijau hijau hijauu.. cikgu selalu pesan kalau study yakyak kena rehatkan otak dengan pandang benda hijau. uohhh peminat tegar hijau ni.. xDD hias lerr blog ni ngan warna hijau, kak. mesti soft je

August 6, 2014 at 10:09 PM

hahaha... klu header bolehlah tukar hijau. Kalau background nampak sempit ler.. :)

August 7, 2014 at 6:34 AM

cantik pulak combination hijau putih tu,..

August 7, 2014 at 8:45 AM

Cantikkan combination tu..

August 7, 2014 at 2:04 PM

hehe untuk anak tak apa.

August 7, 2014 at 2:35 PM

Wow cantiknyee bilik zulaikha.

August 7, 2014 at 3:26 PM

biasa2 je.. hias untuk budak2... :)

August 7, 2014 at 7:05 PM

kemain eksited

August 8, 2014 at 9:43 AM

saya ada suka beberapa jenis ton warna hijau jer.. apapun cute ja meja tuh.. bilik zulaikha pun cantik jugak..

August 8, 2014 at 11:15 AM

simple jekan meja tu.. :)

August 8, 2014 at 11:15 AM

:-)

August 9, 2014 at 1:38 PM

Ehhh hijau pucuk pisang + putih cantik pulak, ni yg buat akak verangan theme baju kawin nanti boleh pertimbangkan kombinadk nih ahahaha verangan lah ko Jm sampai beruban ade ke yg nk kat ko tu heee

August 9, 2014 at 1:48 PM

haha oklah tu berangan awal2 hihi.. :) ada je yg nak cuma lambat atau cepat je :)

August 10, 2014 at 11:17 PM

wah2.. seronok ler tu dapat meja kaler fevret sendiri. >.< (siapa yang x suka kan? hahaha)

saya suka warna putih. simple. suci. bersih. ^^,

August 10, 2014 at 11:52 PM

akak suka dua kombinasi putih dan hijau.. nampak serasi.. :)

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia