Terima Hadiah GA dari Dr.Shikin dan Kad Raya Dari Kak JM

Assalamualaikum korang!


Ya ampun, aku terlupa sungguh nak story kat korang.
Aku dapat hadiah GA dari Dr.Shikin dan dapat Kad Raya dari kak JM minggu lepas.
Sungguh aku lupa sebab minggu lepas ada 3 barang kot termasuk kad raya ngan hadiah GA ni yang sampai.
Kadang aku order online pun aku sendiri terlupa.
Tau2 dah sampai, aku termenung sekejap pandang barang tu.
*Bila pulak aku beli barang ni?*

Ni tengah tunggu lagi 3 barang nak sampai.
Entah bila nak sampai pun tak taulah.
Haaa tulah akibatnya kalau seller pos lambat2kan?
So, nak jadi cerita serentak pulak sampainya dengan hadiah GA dan kad raya ni.
Memang confirmlah aku terlupa.

Okeh! Sambung balik!
Hadiah apa yang aku dapat dari Dr. Shikin ni agaknya?
Hehe... bukak punya bukak, aku dapat collegen.
Erm... belum minum lagi ni (^^,)
Aku nak minum ni kena suasana tenang dan sambil menikmati kelazatannya, kikiki!
*Poyo giler bunyinye! Bluek!*

So Shikin, terima kasih banyak-banyak di atas pemberian hadiah GA ni.
Ni namanya rezeki syawal, alhamdulilllah.



***

Okeh!
Yang kedua pulak aku terima kad raya dari kak JM .
Errrrmm... korang ni kenal ke tak kak JM?
Nama penuh dia kak Jari Manis.
Mustahillah korang tak kenalkan? 
Yang tak reti duduk diam, asyik travel merata dunia tu, dialah tu.
Haaaa... korang kalau nak tau info pasal travel satu dunia, pergilah rujuk blog dia.
InsyaAllah, dapat membantu bagi orang macam aku yang zero bab travel ni haha.

Okeh,
Masa aku bukak sampul kad ni, aku cuma fikir hanya kad raya je yang sampai.
Aku baca dengan senyuman nipis dan kik kik kik aku gelak.
*Jangan cakap aku mereng pulak eh haha!)
Memang tak ada apa yang kelakar pun tapi bila terbaca part ada sampul duit raya tu yang buat aku tersenyum meleret.
Hehehe... rupanya Zulaikha dapat duit raya dari kak JM lah.
Alhamdulillah... rezeki syawal Zulaikha.
Penuh tabung haji dia esok.
Buat kak JM, terima kasih daun keladi.
*Soalan, dah dapat kad raya dari KM ke belum? Huhu...*

 

Okeh, tu je nak cerita.
~Daaa~

17 comments

August 19, 2014 at 8:10 AM

hihi... suke bace kat sini.. kelaka.. :)

August 19, 2014 at 8:13 AM

wah, bestlah. hehe... saya pun dah dapat kad raya dari kak JM. cuma x sempat lg wat entry. hehe.

hadiah dari Dr Shikin pun ada dapat ^^,

August 19, 2014 at 8:42 AM

tahniah KM...tahniah zulaikha...

August 19, 2014 at 9:49 AM

Alhamdulillah... rezeki bulan syawal ni Ira..
Moga ukhuwah terjalin terus abadi selamanya.

August 19, 2014 at 11:01 AM

tahniah .. =)

August 19, 2014 at 5:06 PM

Wahh tahniah.. seronoknya.. best.. :)

August 19, 2014 at 8:45 PM

sama sama KM, terharunya akak siap ada entri lg. Ape? Hantar kad raya tuk akak ke? Belum terima lagi

August 19, 2014 at 8:47 PM

Sama sama KM, terharunya siap publish entri lg :-) kad raya dari KM? Akak brlum terima lagi

August 19, 2014 at 9:37 PM

Tahniah, Mahirah.
Kenal..mestilah kenal kak JM yang manis.

August 19, 2014 at 10:23 PM

bestnya..tahniah kak KM..

August 20, 2014 at 11:42 AM

Tahniah Kak KM :)

August 21, 2014 at 9:22 AM

Tahniah Kak KM.. ^_^

August 21, 2014 at 11:03 PM

Tahniah sis.. Rezeki. :)

August 21, 2014 at 11:47 PM

Alhamdulillah... :)

August 21, 2014 at 11:48 PM

Dah sampai bagitau ya.. :)

August 21, 2014 at 11:48 PM

Terima kasih semua :)

September 1, 2014 at 10:25 PM

tahniah dpt hadiah

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia