Teman Zulaikha Buat Home Work


Assalamualaikum korang!

Erm... tengoklah anak dara aku ni.
Bila suruh buat homework kat bilik dia, tak mo.
Katanya bilik dia tak ada ekon.
Bilik mama ada ekon, best.
Padahal, aku ngan pak wan dah hias sikit punya lawa bilik tu nak tarik minat dia.
Alih-alih, bilik aku jugak dia sepahkan huhu.

Korang tengok tu, tekun tak dia buat homework?
Botol susu tak boleh tinggal, tetap gantung kat mulut haha.
Dia hisap je botol tu sepanjang disuruh siapkan homework.
Alhamdulillah, kali ni senang pulak pujuk dia siapkan homework.
Itu pun lepas aku cakap macam ni kat dia, 

"Tadi cikgu shima telepon. Dia cakap kalau Zulaikha tak siap homework, esok cikgu rotan".

Menggagau ko, dia cari buku, terus siapkan homework kat bilik aku.
Aku sebut nama cikgu shima je, dia dah takut haha.

Korang tengok eh, the power of teacher. Aku sebut sekali je dia dah takut. haha.

Cikgu shima tu memang garang pun.
Tapi garang dia garang bertempat, bukan garang tak tentu pasal.
Standby rotan ketuk2 dinding je dah kecut dah budak2 tu.
Sama jugak kat rumah, haha.
Aku ingat lagi bila Zulaikha pernah cakap kat aku.

"Mama ni suka jadi macam cikgu shima tau. Sikit-sikit ketuk hanger kat dinding. Tekejut kite tau!"
Miahahaha! (^^,)
Korang tau, dia punya merungut tu buat aku tak jadi nak marah.
Konon-konon nak seriouslah mula, sudahnya aku senyum tergelak.
Hai... sabo jelah anak aku tu.

Oklah, itu je nak cerita.
~Daa~

15 comments

August 19, 2014 at 3:45 PM

hahahaha sebut nama cik shima hari2 mesti lepasni rajin ni :)

August 19, 2014 at 5:03 PM

Hehee... takut dgn cikgu Shima eh.. :D :D

August 19, 2014 at 7:04 PM

Buat homework ye..
Ape kat mulut tu? Hehe..

August 19, 2014 at 8:31 PM

Ahakssss zulaikhz zulaikha, dh berapa tahun ni dia petah betul, geram

August 19, 2014 at 10:00 PM

haha..petahnya dia berkata-kata.. :)

August 20, 2014 at 12:49 AM

berbotol lagi. umur berapa?

August 20, 2014 at 7:51 AM

Zulaikha 4 tahun... :)

August 20, 2014 at 7:58 AM

Baru 4 tahun kak JM :)

August 20, 2014 at 7:58 AM

:-)

August 20, 2014 at 8:15 AM

haha.. x boleh lah sebut hari-hari. nanti lama-lama dia bosan, nnti kena fikir cara lain lak. heee

August 20, 2014 at 11:41 AM

Heheheh..terus laju buat homework ye..comey zulaikha :)

August 20, 2014 at 1:43 PM

salam. hehehhe laju dia siapkan homework..

August 21, 2014 at 8:45 AM

comel zulaikha..memang, the power of teacher..hehe

August 21, 2014 at 11:01 PM

Bgusnya.. Sebut nma cikgu terus tkut.. Hehe

September 1, 2014 at 10:36 PM

kuasa nama cikgu...terus tkut ye x

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia