Ruang Iklan Untuk Disewa

Apa Beza Jeruk Dan Halwa?


Assalamualaikum korang!

KM nak tanya ni, korang makan halwa tak?
Apa beza antara halwa dan jeruk?
KM makan macam sama je rasanya.
Siap basuh lagi tak mau bagi menyengat kat serombong hidung ni.
KM kalau makan kan, mesti jadi semput tau.
Terbatuk-batuk sampai nafas berbunyi. (Kira semputlah tukan?)
Tapi perasaan agak confuse di sini, KM ni makan jeruk ke makan halwa?
Sebab tak batuk pulak lepas makan buah2 ni.

Okeh, abaikan perasaan itu.
Macam mana tetiba boleh ada jeruk kat rumah aku ni?
Sebenarnya gini tau, kita orang jenjalan rumah abah mertua ku kat morib.
Tengah syok-syok borak adik beradik, tetiba abah mertua ku keluarkan sebungkus plastik yang di katakan ada halwa di dalamnya.

Yang haku ni pandang jelah plastik tu dan dengan confident cakap, 

"Ini jeruklah abah. Bukan halwa. Eira tak suka jeruk."

Abah mertua ku pun bidas balik kata-kata aku, 

"Takkkkkk... ini halwalah Eira."

Haku yang menantu ni pulak bidas lagi kata-kata dia. Dengan penuh yakin aku cakap. 

"Bukanlah abah, ini jeruk. Nanti Eira batuk kalau makan ni."

Abah mertuaku dah cekak pinggang dah. Dia juih mulut sambil pandang daring kat aku.

"Ya Allah, tak caye pulak dia. Cuba ko rasa sendiri, halwa ke jeruk. Ko tengok bini ko ni wan, ada ke dia tak caye ni halwa."

Aku pun rasalah seketul dua. 
Erm.. memang rasa dia agak berlainan sikit dari jeruk. 
Kalau jeruk tu ya ampun kuat sampai menyengat kat hidung.
Kalau makan banyak, boleh jadi semput kot.
Tapi yang buah dikatakan halwa ni, rasa tak menyengat sangat kat hidung.
Terlebih manis la pulok. Dah nama pun halwakan? Haha.
Jadi pak mertuaku pun tanya.

"Apa macam? Rasa halwa ke jeruk?"

Yang aku ni tersengih kambing kat depan dia sambil sedap mengunyah dua tiga ketul, kikiki.

"Ooo.. macam ni rasa halwa ya? Barulah Eira tau yang jeruk dan halwa tu berbeza."

Hahaha. Begitulah perbualan antara menantu dan mertuanya.
Kesian KM kan? 
Baru tau halwa dan jeruk tu berbeza?

Okeh, itu je nak kongsi cerita.
Daaa

Happy Birthday My Dear PakWan!

Assalamualaikum korang!

Haha! Hari ni birthday pakwan tau.
Haish... dah berganjak lagi satu angka usia laki aku ni.
Actually, KM tak sempat pun beli hadiah untuk dia.
Mana taknya, weeked asyik nak berkepit je ngan kita nak ajak jenjalan.
Bila masanya KM nak pi menyelinap beli kad birthday atau hadiah untuk dia?
Hari ni baru berkesempatan nak pi cari kad untuk dia.

Sebelum KM buat-buat lupa, baik KM wish birthday kat dia hari ni.
Dah le setahun sekali.
Kang kecik hati pulak orang tua tu kikiki.
Amacam? Ok tak pilihan birthday wish kat bawah ni?
Rambang mata nak pilih ni weh.
Hihihi... kita tengok apa reaksi dia sebab ini pertama kali KM wish guna e-card tau.
Sebelum ni bagi kad birthday, beli kat kedai je.
Jom usha kata-kata wish yang indah ni.







Aouch! Suwwweeettttnnnyeeee...
Mana satu KM nak pilih ni?
Macam semua je KM suka ni.
Ni kalau bagi semua kat pakwan, mau dia tersendu menangis ni hahaha!
Terharu kot, bini bagi birthday wish banyak-banyak, macam dah tak de kerja dah nak buat.
*Padahal --> Dah kenapa bini aku ni send e-card banyak-banyak? Buang tebiat?*

To pakwan, Happy Birthday to you darling.
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yang berkat.
In Shaa Allah.

*Confirm terharu dia baca entry ni hahaha*

September Giveaway Party hosted by Iola Caviar


Korang, jom join segmen ni.
Kak KM salah sorang sponsornya.
Hadiahnya pasti menarik tau
Click Baner untuk join ya.

  • topup rm5 (2 pemenang)  
  • topup rm10 (2 pemenang)
  • topup rm 5 (enam pemenang) 
  • sehelai blouse
  • topup rm5 (4 pemenang) 
  • tudung ala fareeda (1 pemenang)
  • sehelai dress (1 pemenang ) 
  • topup rm 10 (1x) 
  • topup rm 5 (1x)
  • 1 pewangi kereta 
  • 1 tudung bawal ruffle 
  • keychain  (2x) 
  • topup rm 10 (2x) 
  • 2x sample perfume grade 5A (2-5ml)
  • 5x diskaun voucher pembelian Rexylla
  • 2x topup rm10
  • usb card reader
  • cash RM50

Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com


Assalamualaikum

Dengan ini, dilancarkan Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com

Bermula 9 pagi 1 September dan akan tamat pada 12 malam 10 September 2014

Tujuan giveaway ini :  Untuk memperkenalkan blog-blog baru dalam dunia blogging serta dapat juga menambah rakan-rakan baru dalam list follower anda. 

Sila FOLLOW BLOG mereka :


Sila LIKE PAGE mereka :


Sila FOLLOW IG mereka :
[nor_farihan] [aimimiddleton] [shidaradzuan] [ct aman] [huda
Senarai Hadiah :
Goodie Beg - 40 pemenang (Mama)
Top up RM 10 - 9 pememang
Top up RM 5 - 5 pemenang
Wang Tunai RM 30 - 2 pemenang
Dish Wash Concentrate Shaklee - 1 pemenang
Potrait - 2 pemenang
Novel - 1 pemenang
Shawl - 5 pemenang
Fridge Magnet + Bookmark LE - 3 pemenang
Button Bagde + Bookmark LE - 2 pemenang
Agent Dorship Sophie - 20 pemenang
Brooch - 2 pemenang
Header Blog - 1 pemenang
Keychain - 1 pemenang
Buku Motivasi - 1 pemenang
Nota : Diharap semua peserta dapat memenuhi syarat yang ditetapkan, dan enjoy blogwalking oke!

Wordless Monday -> Eh? Monday Ke Hari Ni?


Assalamualaikum korang!

Dah baca atas ni?
Terus terang cakap, KM setuju sangat dengan quote ni.
Tak payah pening nak fikir sama ada orang suka atau tak suka sebab tu lumrah dunia.
Kalau kita duk asyik fikir, lama-lama kita yang KO.
Kita buat baik macam mana pun mesti ada jugak yang tak suka ke kita.
So abaikan perasaan mereka.

Cuma kita kena hati-hati dengan insan bernama kawan.
Ada segelintir di depan kita nampak baik tapi di belakang tikam kita senyap-senyap.
Mungkin ada yang berkawan untuk mengorek rahsia dan gunakan untuk menjatuhkan kita.
Jadi kena berwaspada.


Pencarian Sponsors Untuk Segmen/GA Sept Karya Mahirah

STICKY POST
Scroll ke bawah untuk baca entry seterusnya.

Assalamualaikum korang!

Dah baca tajuk entry? (^^,)
KM sebenarnya tengah duk rancang nak adakan Segmen / GA.
Ikut perancangan Segmen / GA ni akan berlangsung pada 8 September 2014.
Itu pun jika di izinkan Allah kalau tak ada apa-apa halangan.

Jadi KM dengan ini berbesar hati ingin menjemput para bloggers atau online shoppers yang sudi menjadi sponsor Segmen / GA yang akan berlangsung tak lama lagi.

Apa kelebihan jadi sponosor ni?
1. Confirm pageviews anda meningkat.
2.  Followers anda pun makin bertambah.
3. Secara tak langsung dapat tambah kenalan yang ramai.
4. Masa nilah anda nak promote produk atau blog pada blogger lain.

Okeh, apa syarat-syarat nak jadi sponsorship?
1. Mesti IKHLAS, JUJUR dan AMANAH.
2. Mestilah warganegara Malaysia
3. Terbuka kepada blogger atau online shops
4. Items yang boleh disponsor : Barangan pos, top up dan cash je.
5. Maximum 2 syarat untuk diberikan kepada peserta.
Kepada yang berminat boleh email pada KM di mahirah_mustapha@yahoo.com

Tarikh tutup pencarian Sponsors ialah pada 1 September 2014

Keep in touch ya!
~Daaa~


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia