Ruang Iklan Untuk Disewa

Peti Sejuk Kembali Seperti Baru

Haha, benda ni pun aku nak share tapi aku peduli apakan, blog aku ngeee.
Sebenarnya aku dah serabut tengok peti ais aku yang dah macam tongkang pecah.
Cuma nak cari masa untuk mengemas je tapi entah bila masa sampailah ke satu hari yang indah di mana aku punya banyak masa untuk mengemas peti ais ni.
Masa nilah nak tengok mana benda-benda yang dah expired, mana yang tak elok dimakan terus buang aje.
Jenuh jugaklah nak kemas sebab bila selongkar balik, baru tahu botol sos yang entah zaman purba mana pun tak tau duk ada lagi dalam peti aku ni.
Banyak jugaklah buat 5S.

Sampai habis aku kosongkan semuanya haha.
Sedap sikit mata aku tengok setiap kali bukak peti ais.
Tak adalah macam dulu rasa serabut kepala tengok macam-macam duk sumbat dalam tu huhu.

Telor yang selonggok banyak tu pun habis aku basuh bekas taik ayam.
Tak suka bau taik ayam dalam peti ais tu.
Yang botol kat bawah tu semua masih belum expired tapi kalau yg nak expired tahun ni, aku balon masuk tong sampah je.
Lesson learn form my friend, salah tengok tarikh. 
Dia ingat expired date 02122014 rupanya 2012014. Kalau korang tengok tarikh tu, keliru tak?
Sudahnya satu keluarga kawan aku tu dikejarkan ke hospital sebab keracunan makanan.
Mujurlah tak bawa maut. Huhu.. tu yang aku buat 5S mana yang tak pakai tu buang terus. 

Yang tempat ikan, sotong, udang semua pun aku habis kasi clear bersihkan.
Hari tu balik kampung, dapatlah sekilo sotong besar, udang galah dengan ikan dari Penyabung.
Seronok tu memanglah seronok tapi bila balik dah penat, manalah nak sempat siang ikan, sotong, udang semua tu? Sudahnya kerja lelaki senang je terus sumbat dalam peti ais.
Esok pagi aku bukak balik peti ais tu, nampak dakwat sotong yang sudah jadi ais melekat dalam tu.
Aduhai lemah betul aku bab kena cuci peti ais ni sebab segala benda semua nak kena cabut dan basuh.
Then nak buat semua tu kena ambil mood. Kalau tak memang berzamanlah peti ais tu berbau haha.
BUT NOW IT'S CLEAN! YEAY!!!

Pencarian Bloglist 2014/2015 by Tea & Coffee Lover

Siapa nak join, click je sini

Total Pageviews Yang Sangat Cantik Hari ni


Total pageviews yang sangat cantik untuk hari ni.
Sempat saya snap tadi hehe..
Siapalah pengunjung bertuah yang ke 123456 tu ya.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya dan menjadikan total pageviews yang cantik hari ni. 



Baju Raya Kami Sedondon Tahun Ni

Assalamualaikum,

Puasa pun belum start tapi dah cerita pasal baju raya. Okay, yang excitednya sebab aku tempah baju gaun muslimah untuk Zulaikha. Mak dia tak lawa tak kisah, janji anaknya lawa dan comel haha. Konon2nya tempah warna biru dan pink. Bila suruh test kat badan, bukan main seronok lagi menari. Yang kelakar, siap nyanyi lagu 'Let It Go' Apa kena mengena entah dengan Frozen hahaha. Agaknya tema warna biru tu yang buat dia rasa macam Elsa kot. Layan jelah anak dara aku sorang tu.

Ni baju raya pertama

Ni baju raya ke dua


 

 
Tengoklah betapa terujanya dia bila dapat pakai gaun tu. Bila suruh bukak baju tu nak basuh, dia tak nak.
Siap menari dan nyanyi lagu 'Let it go' yang macam aku cakap tadi, haha.
Sekali tengok dah macam diva dah anak aku ni haha.
Layan jelah keletah budak diva ni. Janji dia happy sudah.

P/S: Korang dah ada baju raya ke belum? hehe

Layan Budak2 Mandi Manda Di Pullman

Dua tiga menjak ni, rajin pulak suami aku bawak kami anak beranak mandi manda kolam biru kat Pullman.
Anak aku yang pada mulanya tak pandai berenang dalam kolam paras pinggang tu pun sekarang dah terror berenang.


Waktu ni memang tak ramai sebab kita orang pergi masa tu dah pukul 6 petang.
Dapat mandi pun dalam satu jam je dan cuaca sangat mendung.
Pukul tujuh dan tiup wesel, kena halau keluar dari kolam hahaha.



Alololo... korang tengoklah tu bapak dugong berenang, hahaha... confident giler muka dia.
Kalau tengok kat atas tu bapak dia yang lebih-lebih berenang dari anaknya.
Mak duduk tepi kolam je tengok dua beranak tu berenang sebab mak tak bawak baju renang huhu...
Kalau tak, ada jugaklah gambar mak dugong berenang-renang tertepek kat entry ni.
Nasib baik ler laki aku tak buat perangai pi lari terjun kolam kecik tu.
Kalau tidak, kering terus air kolam tu dibuatnya hahaha.


Nak tau Zulaikha panggil pelampung apa? 
KOLAMPONG okay! Haha!
Word baru ya, gabungan kolam dan pelampung, sama dengan kolampong.
Boleh masuk dewan bahasa lepas ni.


Masa ni Zulaikha belum pandai berenang.
Air paras pinggang pun dia takut nak berenang tanpa kolampong dia.
Tengok cousin dia rileks je tak de kolampong haha. (dah kenapa pulak aku pun panggil kolampong?)
Bapak Zulaikha tu pulak asalnya tak nak masuk kolam tapi bila tengok anaknya berenang2 dari hulu ke tepian, dia jadi teruja dan terus masuk senyap2. 
Tau-tau je dah berenang-renang kat tepi kolam budak kecik haha.
Bukan main seronok lagi anak beranak tu.
Sekarang ni dah jadi aktiviti weekend kita orang pergi mandi manda kat pullman.
Janji budak-budak seronok.

Okaylah tu je ceritanya, BYE!

Pasta Mania At KLIA2 Italian Food

Korang kalau pergi KLIA2 jangan lupa singgah makan kat Pasta Mania Italion Food tau.
Biasa saya makan Aglio Chicken Basil.
Sedap sangat sampai dah kemaruk sanggup buat Aglio sendiri kat rumah.
Menjadi pulak tu haha.

Puncanya masa kami duty first time kat KLIA2 open day hari tulah.
Terfikirlah jugak nak makan kat mana yang sedap sampai tak boleh lupa.
Sekali ada staff KLIA2 offer kat kami petugas2 ni.
Katanya menu pasta mania sedap. So kami pun cubalah sendiri menunya.

Service tak yah cakaplah, memang tip top.
Mereka memang terlatih. Biasanya waktu lunch memang penuh Pasta Mania ni.
Hari jumaat tak payah cakaplah lagi ramai giler orang makan lunch kat sini. Haha..

Kita boleh tengok sendiri apa yang dia masak kat dapur tu haha.
Menjulang2 api aku tengok.

Ok, ini dia menu Aglio Chicken Basil Cuma RM9.90 je.
First time cuba memang terangkat.
Kenyang gila makan.

Saya macam biasalah akan order ice lemon tea.
Air lain ada tapi gelas tinggi takut overload dah rugi tak habis haha.

kredit to www.venusbuzz.com

Ok Bye!


Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia