Ruang Iklan Untuk Disewa

TIPS SIHAT : Jom Bersenam Di Pejabat!

Assalamualaikum!

Hai korang! Kali ni kak KM nak share pasal senaman! Haha!
Okeh, kak KM nak tanya berapa kali dalam sehari korang melakukan pergerakan?
Adakah pergerakan korang tu berbaloi untuk dijadikan senaman?
Alaaaa... setakat bangun pergi toilet dua tiga kali tu tak luak mana pon haha!
Kak KM faham, duduk kat kerusi sambil menghadap komputer dalam tempoh yang lama tu memang rutin yang susah nak dielak terutama yang kerja di pejabat.
Gaya hidup macam ni mesti merisaukan terutamanya dari segi aspek kesihatan tubuh.
*Arrgghhh!! Aku cakap pasal aku lah tu.*

Walaupun kita sibuk dengan tugasan, tak ada alasan untuk kita abaikan senaman.
Dan tak semestinya kita kena bersenam di gym atau di taman rekreasi je.
Hanya sekadar pergerakan biasa pun dah boleh jadi senaman.
Jom kita tengok contoh-contoh senaman ringkas yang boleh kita buat kat pejabat atau kampus.

1. Berjalan Kaki


Haa... jalan kaki ni salah satu senaman yang senang kita buat walaupun di tempat kerja atau kampus. Siapa kat sini pergi kuliah jalan kaki? Aha, salute kat korang. Confirm lepas ni kurus punya. Yang duduk kat office macam aku tu? Ala, korang buat je aktiviti berjalan tu selama 10 minit. Mungkin dengan cara ni dalam tempoh yang singkat itu dapat tingkatkan tenaga sekali gus melawan stress yang datang. Betul tak?

2. Tekan Tubi


Haaa.. hambek kau buat tekan tubi kat kampus atau tempat kerja. Kalau korang nak tau, senaman ni pun boleh dipraktikkan pada waktu rehat. Asalkan lokasinya bersih. Walaupun hanya beberapa kiraan tapi dah cukup bermanfaat untuk bakar karbohidrat dalam badan kita tau.

3. Naik Tangga


Haaa yang ni kak KM selalu buat hihi. Satu bonus andainya kampus atau office korang ada tangga. Jangan malas menggunakannya walaupun tersedia kemudahan lif. Penggunaan tangga mungkin sedikit lambat dan meletihkan tapi ia amat baik untuk kesihatan tau? Pergerakan naik turun tangga tu mampu bakar sejumlah kalori dalam tubuh sekali gus meningkatkan sistem kardiovaskular.

4. Gengam Bola Getah


Okeh, andai katalah masa amat-amat terhad untuk korang senaman, cukuplah dengan hanya meramas sebiji bola getah kecil berulang kali supaya mengurangkan tekanan di samping melancarkan perjalanan darah dan menguatkan bawah lengan serta sendi-sendi di tubuh kita.

Haa itu je kak KM nak share kali ni.
Nampak tak betapa senangnya kita boleh senaman walaupun dekat office.
Lepas ni tak ada alasan lagi ya.
Okeh, selamat mencuba
Daa...

Sumber di cedok dalam majalah mingguan wanita.
Di oleh sikit dengan gaya bahasa Karya Mahirah sendiri.

15 comments

October 10, 2014 at 9:22 AM

Bila dh duduk susah nk bgn kan...hahaha...tp SA byk berjln la kak...

October 10, 2014 at 9:24 AM

nice sharing kak km

Anonymous
October 10, 2014 at 9:25 AM

naik tangga tu selalu je buat.. prefer tangga than lif.. :)

October 10, 2014 at 9:35 AM

boleh cuba kt ofis ni

October 10, 2014 at 9:36 AM

Nice sharing :)

October 10, 2014 at 9:42 AM

tip yg menarik...

October 10, 2014 at 9:54 AM

Selalu naik tangga sebab lif kat ofis ni selalu meragam..

October 10, 2014 at 11:06 AM

Cik Mimie jalan kaki je la kat opis ni..tangga xde nak naik2..hehehe

October 10, 2014 at 12:33 PM

jalan kaki dengan naik tangga tu biasa buat =)

October 10, 2014 at 2:23 PM

tq kak KM sebab share tips ni..

October 10, 2014 at 3:45 PM

nice sharing :)

October 10, 2014 at 9:03 PM

Tips naik tangga tu mmg best.. semua org boleh buat. Cuma nak dgn tak je.. :D

Anonymous
October 10, 2014 at 9:34 PM

genggam bola getah tu macam paling senang kekeke.. tengah drive pun bleh buat kalo smpai traffic light.. eerk tekan tubi bahahha alaaa kat surau boleh buat kan kalau kerja tak ada own space. kalo cikgu memang jalan and naik tangga sokmo. tapi dok bolat jugak :p

October 10, 2014 at 10:43 PM

turun naik tangga tu effektif ...

October 11, 2014 at 1:19 PM

kalau di opis tu byk jalan kaki je..jarang naik tangga sbb ada lift..ngelat tak hiksss

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia