SALE : Flying Nomad KLIA Part 2

Assalamualaikum!

Hari ni kak KM nak sambung balik cerita pasal Flying Nomad sale kat KLIA.
Korang tau tak lepas kawan kak KM hadiahkan cosmetic bag tu, kak KM terus ajak cik Henshin pergi AMC building tengok sale tu.
Mulut kata "aku tak nak beli! aku tak nak beli" sekali dah sampai sana, "waaahh... aku nak belilah.. murahnya... haha!"
Tergugat jugak rupanya lepas tengok harga clearance sale tu.
Korang bayangkan harganya jatuh dekat 90% diskaun.
Haish! Kalaulah sale ni jatuh masa GA yang kak KM buat hari tu, tentu le kak KM beli buat hadiah untuk GA.
Haha... tengoklah antara yang kak KM dah terbeli.
Jangan terkejut bila kak KM mention harga di bawah ya.
Besarkan bijik mata siap-siap hihi.

Tengok ni kak KM beli baju kemeja untuk pakwan.
Korang tau tak, pakwan korang tu tak pernah ada baju yang colorful.
Pendek kata dia bukanlah lelaki metroseksual.
Kadang-kadang kesian tengok dia asyik pakai warna hitam je memanjang.
Haaa.. kalau dah kak KM yang beli, memang suka hati aku lah kan nak beli warna apa haha.
Warna hijau jugak tetap di hati.
Harga RM109
Lepas diskaun RM19
Murah tak?

Yang ni cosmetic bag yang dihadiahkan oleh kak L.
Saje nak tayang sekali, konon nak penuhkan entry ni hehe.
Nak tau harganya berapa?
Harga RM48
Lepas Diskaun RM10
Murah tak?

Haaaa bag baldu ni memang besar dan boleh jadi poket doremon hihi.
Kak KM suka warna dia yang striking.
Kalau dari jauh orang pandang, memang dah boleh kenal tu kak KM hihi.
Bag ni boleh jadi bag sling jugak tau.
So, ikut suka hati kita la nak pakai bag ni cam ne gaya pon.
Okeh, berapakah harganya?
Harga RM169
Lepas diskaun RM50
Murah tak?

Card case ni perlu untuk isi call card yang datang dari blogger.
Eh, kak KM simpan tau korang punya kad.
Ni pun tak cukup bagi kak KM.
Macam nak kena beli lagi je huhu tapi malangnya sale dah tamat.
Sadakallah jelah.
Harga RM35
Lepas diskaun RM5
Murah tak?

Last one, kak KM beli bag sling color oren.
Ni pun sebab color dia striking.
Uih, kalau ada warnah hijau, dah lama kak KM rembat kome oi.
Mula-mula kak L yang beli dulu bag ni, bila tengok macam cantik je di padan dengan baju corporate office, terus kak KM terbekenan nak beli hihi.
*Ko memang pantangkan mahirah?! Pantang nampak!*
Harga RM78
Lepas Diskaun RM10
Murah tak?

Hahaha! Amacam? Terbeliak tak biji mata korang tengok harga sale yang hampir cecah 95% ni?
Kak KM yang selama ni cuba menahan perasan dari membeli belah pun boleh tergugat tau.

Oklah, dah habis.
Itu je nak cerita.
Bye!

17 comments

October 9, 2014 at 11:34 AM

murahnya..:)

October 9, 2014 at 11:55 AM

mmg dhsyt hrga lepas disc

October 9, 2014 at 2:39 PM

wah2, sonok shopping ye
tapi kalaus aya pun memang tak akan lepas kan peluang

October 9, 2014 at 3:56 PM

murahnya lepas diskaun..

October 9, 2014 at 4:48 PM

ngee murahnya

October 9, 2014 at 5:22 PM

wow harga yg sgt berbezadrpd asal :o

October 9, 2014 at 5:26 PM

amboii kak km sambar striking je ye...
tapi murah btl..
aishh ni klau g ni mau rambang je mate kan

October 9, 2014 at 6:00 PM

murah gilaaaaaaaaaa

October 9, 2014 at 8:23 PM

betul.. kak KM rasa dia orang buat sale tu mcm tak de untung.. huhu.. balance tau, kasut lelaki, baju lelaki bag lelaki pun ada.. memandangkan pakwan ni cerewet bab bag dan kasut, so kak KM tak beli.. just beli baju je sbb tau saiz dia..

October 9, 2014 at 9:47 PM

Mujrah nya..

mesti tuan blog peminat warna hijau nih..heheh

October 9, 2014 at 11:08 PM

memang murah sungguh ni sis..

October 10, 2014 at 12:10 AM

murah-murah

October 10, 2014 at 2:35 AM

tidak! klau timm pun mmg borong habis-habisan..murah giler tu..

October 10, 2014 at 5:03 PM

bukan murah kak..ni dah terlebih murah!!haha..seronok shopping kalau macam ni..

October 10, 2014 at 6:31 PM

@siti zawiah mcm nak sedekah jekan haha..

October 10, 2014 at 9:37 PM

wuuuut ???? akak keje klia 2 ke skarang ? akak rituuu CT masuk gak flying nomad ni tapi lepas tu kuar balik sebab rege mencekik..! owh smpai bilakah sale ini ?? T.T daku nak pegi klia bulan depan silakan lah ade sale lagi..

October 11, 2014 at 10:40 PM

kalau sale almost 100% discount sis JM pun terbeliak biji mata..dh x pandang ke lain

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia