Zulaikha Seronok Mandi Kolam

Assalamualaikum korang!

Amboi-amboi-amboi, bukan main seronok lagi si zulaikha mandi kolam ya.
Patutlah beriya-iya dia suruh aku hantar rumah mak tok dia hari tu, rupanya ini aktivitinya ya.
Macam mana aku yang mak dia ni boleh tak tau?
Entah bila masanya dia buat planning dengan tok-tok dia? Haha...
Yang bijaknya dia request tak nak pergi sekolah, alasannya sebab kawan semua cuti.
Aku ni pun layankan jelah.

Itu yang sempat tok abah dia hantar wassup gambar dia ni.
Tengah-tengah kerja ni, tetiba mak tok telefon cerita pasal cucu dia kat aku.

Emak : "Hallo mahirah, kamu ada cakap pasal kolam ke tadi?"
Aku : "Eh, tak adalah mak. Kenapa?"
Emak : "Tak adalah, kamu hantar tadi tiba-tiba anak kamu ajak abah main kolam."
Aku : "Hahaha... dia ajak? Habis tu mandi tak?"
Emak : "Kamu tak tengok ke abah send kat wassup?"
Aku : "Oh, tak tengok lagi."
Emak : "Nanti kamu tengok abah rakam video dia joget macam ballerina dalam kolam."

Haha.. aku pun cepat-cepat tengok wassup.
Inilah gambar budak tecik yang gedik nak mandi kolam.
Balas dendam la tu tak dapat mandi kat pullman.
Dua bulan kot aku tak bawa dia ke sana.
Pakwan pun asyik busy je, bila masa nak perginya?
 Sudahnya anak ku paksa mak tok ngan tok abah dia teman mandi kolam.
Nampak tak muka happy dia di situ?
Nampakkan? Tapi happy tu hanya sementara sebab si tecik ni call aku dan cakap...

"Mama nanti bawak kita pergi kolam biru tau! Kolam tok abah ni air sikit. Tak best!"

Errrrrrmmmm... okeh. Macamlah aku yang bawak keretakan?
Haha... aku cerita kat pakwan, tergelak je dia dengar.
Baru tau anak dia banyak keletahkan?

Ya la sayang, hari minggu nanti mama ayah bawak gi kolam biru ya.

Okeh bye.


12 comments

September 22, 2014 at 10:15 AM

hahaha.. seronok je tengok dia main.... adik saya pun kalau dah berendam, nak keluarnya berjam -.-

September 22, 2014 at 10:23 AM

dulu kcik2 suka laa mandi kolam mcm tu . best . haha

kak KM : jom support first segmen yaya http://sweetsouryaya.blogspot.com/2014/09/first-segmen-jom-tambah-kawan-by-lieya.html

September 22, 2014 at 10:25 AM

Amboi...bestnya...mandi manda dia..dulu2 anak2 akak pun suka gak tp dah besar ni kena cari theme park la jwbnya :)

September 22, 2014 at 10:26 AM

Sekali skala dpt mandi kolam memg best

September 22, 2014 at 10:53 AM

hahha.. comel je zulaikha.. :)

September 22, 2014 at 2:52 PM

comelnya dia..

September 22, 2014 at 4:23 PM

sonoknya dapat main air
budak kan KM, memang kalau dapat jumpa air, antu =)
berapa umur zulaikha tu, comel

September 22, 2014 at 11:24 PM

cerdik zulaikha ni... muka comey je... semoga membesar dengan semakin cerdik cyg :)

September 23, 2014 at 10:19 AM

heheheh seronok nye maen kolam tu.. mase kecik2 sempat jugak lah merase kolam ni.. mandi ramai2 smapi koyak..

September 23, 2014 at 1:24 PM

bukan main seronok lg Zulaikha berenang..hehehe.. :)

September 25, 2014 at 1:55 PM

Waahhh..bestnya.
Dah macam swimming pool.

September 26, 2014 at 9:35 PM

ahahah joget mcm ballerina tu yg x menahan

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia