Cabaran 30 Hari Entry : Day 12 : 5 Wishlist KM

Assalamualaikum korang!

KM sambung lagi cabaran seterusnya.
Memang agak lewat sikit sebab kesibukan di rumah melanda haha.
Okeh, apa wishlist KM?

1. Publish Novel

KM memang berharap sangat untuk publish novel tapi masalahnya novel tak sempat nak disiapkan.
Kalau tengok novelis lain dah dua tiga buah buku dah dicetak.
Siap di terbitkan kat TV lagi.
KM? Haha... macam angan-angan je.
Tapi korang doakanlah ya.
Mana tau satu hari nanti angan-angan KM jadi kenyatan.
Kalaulah ianya jadi kenyataan, KM buat GA dan bagi free hadiah novel hasil tulisan KM kat korang yang bertuah hihi.


2. Pergi Umrah atau Haji
KM teringin sangat nak pergi umrah atah haji diusia muda.
Kalau budget mencukupi, seluruh family KM nak bawa bersama.
Ni pun korang doakan juga hajat KM kesampaian ya.


3. Beli rumah kedua
Ni rumah impian KM.
KM selalu datang sini untuk tengok tapi bukan beli pun.
Sementara orang tak pindah lagi, bolehlah tengok selalu haha.

Yang ni pun masih dalam wishlist. Walaupun KM tau agak sukar nak beli sebab harga rumah sekarang melabung tinggi. Yang mana harga tak masuk akal tapi KM kana usahakan jugak macam mana pun untuk beli rumah kedua satu masa nanti.
*Macam tak masuk akalkan rumah sekarang above 500k? Korang yang muda2 ni cepat sikit beli. Akan datang rumah jadi 1 juta! Jerut perut kalau nak beli.*


4. Beli kereta kedua (gantikan kereta kancil)

KM memang berhajat untuk beli produa Axia ni untuk gantikan kereta kancil yang dah berusia 20 tahun.
Hati tu memang sayang nak jual kancil tu tapi macam mana pun kena gantikan jugak.
Doakan KM dapat gantikan dalam setahun dua lagi.
InsyaAllah!


5. Honeymoon di Pulau Tioman
Haaa... seumur hidup, tak pernah lagi lepas ke pulau tioman.
Nama je kampung kat johor, dekat dengan jeti ke tioman tapi masih lagi tak pergi jugak.
Hahaha... satu masa nanti KM nak honeymoon kat sana hihi.

Okeh, itu je yang KM boleh cerita.
I hope semua wishlist ni akan jadi kenyataan one day.
Ok daaa...


16 comments

September 13, 2014 at 11:56 AM

Semoga impian KM tercapai...aminnn

September 13, 2014 at 12:46 PM

AMin..semoga apa yang KM inginkan tercapai :)

September 13, 2014 at 4:48 PM

Mudah-mudahan semua impian KM tercapai especially yang No. 1 :)

Saya tagged KM tau
Liebster Award #1 Tagged by Zack

September 13, 2014 at 5:53 PM

hye assamualaikum
anda di tag untuk Liebster Award
Jemput lah kalau sudi
http://hidayuayumie.blogspot.com/2014/09/liebster-award_13.html

September 13, 2014 at 6:57 PM

semoga semua impian kak Km akan tercapai..amin..

September 13, 2014 at 8:29 PM

All the best

September 13, 2014 at 9:03 PM

semoga cita_cita KM tercapai
wow cantik rumah tu KM

September 13, 2014 at 9:50 PM

terima kasih korang... huhu... one day siapa tahu bila Allah izinkan...

September 14, 2014 at 8:32 AM

tioman cantik kak KM.. kalau ada kesempataaan silalah pegi tapi avoid musim hujan. terseksa hahaha. CT cakap based on pengalaman kekeke..

mudah-mudahan akak KM akan berjaya publish novel one day k.. dun give up..!!

September 14, 2014 at 12:59 PM

semoga cita2 kak KM tercapai... haa kalau kluar novel anis nak??? hahaha... tak sabar nak tggu novel.. :D

September 14, 2014 at 8:58 PM

Semoga tercapai segala yg dihajatkan KM.. aamiin. All th e best!

September 15, 2014 at 1:50 PM

salam. semoga semua impian akak tercapai..amin

September 15, 2014 at 7:28 PM

Pergi haji - amiinn. Saya doakan impian Mahirah tertunai.

September 15, 2014 at 7:28 PM

Rumah tu memang cantik.

September 16, 2014 at 4:48 PM

semoga tercapai.wishlist tuh

September 18, 2014 at 11:45 AM

in sha Allah semoga salah satu wishlist tu tercapai tahun depan..aminn..nanti leh kongsi kat blog yg mana dh tercapai tu

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia