Hari Raya Aidilfitri 2014 ~ Part 3

Hai korang!!!
Aku nak sambung cerita pasal hari raya. Haaaa hambik ko membacalah sampai lebam hihihi. Entah berapa part pun aku tak tau. Sebelum sambung, aku nak ajak korang cari benda yang tersembunyi. Cubalah teka apa ke bendanya yang aku bulatkan tu?


Haaa... kalau korang nak tau, itu adalah tupai. Besar ko tupai tu. Cumil pulak tu. Sempat aku snap sebelum berlepas keluar dari halaman rumah kampung pak wan. Sebenarnya tupai tu nak lepak-lepak atas kereta aku ni. Di sebabkan dia nampak owner kereta ni macam bonzer, terus dia cabut lari di sebalik pokok kelapa yang keding tu. Haha... tau takut?

Eh, cerita pasal tupai pulak dah si mahirah ni. Kata nak sambung cerita hari raya?


Perjalanan Ke Taiping Perak.

Ya.. nak sambunglah ni. Ok, kita orang pun patah balik ke BBST nak ambil mak, abah dan adik aku untuk diangkut sekali balik ke perak. Mesti korang tertanya-tanya, perak ni kampung siapa pulak? 

Banyak pulak puak kerabat si Mahirah nikan? Kejap kat Banting? Kejap kat Johor? Kejap kat Perak?

Hahaha... Perak ni kampung abah aku. Ia terletak di sebuah kawasan yang bernama Kampung Jana, Taiping. Siapa orang perak, taulah kot Kampung Jana Taiping ni kat mana. Jalan sibuk dia tak payah cakaplah. Bila hari raya, kadang-kadang sesak daaa, huhu. Jambatan yang dulunya tengah buat sekarang dah siap dan boleh dipakai. Entah bila siapnya pun aku tak tau, haha. Betapa lamanya aku tak jejak ke Taiping tu.

Nak ceritanya kat sini, kita orang ni memang sengaja rancang balik di pagi raya sebab kita orang agak jalan mungkin kurang jem sikit. Cuma nak sampai terowong tu memang tak boleh larilah sebab dari 3 line nak jadi 2 line. Kita orang yang bawak kereta manual ni rasa nak tolong tolakkan je naik bukit masuk ke dalam terowong tu haha.


Oleh sebab perjalanan mula merangkak perlahan, makanya adalah beberapa pemandu yang tidak berhemah tak menyabo-nyabo gunakan emergency line. Yang buat kita orang bengang tu, bila dah stuck depa ni main mencelah je masuk tak bagi signal. Hambik ko, dapat kat kak KM terus snap satu gambar. Nasib baik nombor pendaftaran kereta tu kabur. Kalau tak, sesia jadi fofular macam Peugeot CDM 25 tu, hihi.

Komonlah, orang lain pun nak cepat sampai jugak, bukan ko sorang je nak cepat.
Mintak-mintaklah manusia-manusia selfish ni kena saman, huhu. Biar kena buku dengan ruasnya. Nak sangat kupon RM300kan? hihihi...

Ok, sambung balik. Perjalanan kita orang ambil masa dalam 5 jam untuk sampai ke Taiping Perak. Macam mana kita orang boleh sampai cepat? Sebabnya pak wan lalu jalan dalam. Itu pun abah yang suruh. Kata abah nak elakkan jem. Jem ke hari raya pertama ni? Huhu... Ikut jelah cakap abah. Jadi, kita orang pun exit ke Tanjong Malin dan masuk balik ke Simpang Pulai kalau tak silap. 

Drive maintain. 80km ke 100km. Jalan berombak kot, mana boleh drive lelaju. Bila masuk highway je pak wan maintain 100km -110km. Kang kalau bawak laju, tak memasal nampak cahaya kilat snap kereta kita orang, hahaha. Mulut aku ni dah terkumat-kamit membaca surah ayatul kursi dan zikir sepanjang perjalanan. Korang tau? Nak sampai terowong je, jalan dah mula sesak. Asyik emergency break je kojenya pak wan ni. Dahlah bawak muatan lebih hahaha. Fobia pun tak hilang lagi wei. Teringat-ingat kereta satria yang langgar lari tu.



Dan akhirnya alhamdulillah sampai jugak kita orang ke destinasi yang dituju. Tengoklah budak kecik sorang tu, betapa happynya bila dah sampai. Terserlah keseronokkannya. Dia ada tanya satu soalan kat aku tau. 

Mama, kenapa kita duduk rumah orang? Kita tak ada rumah ke?

Ko tak kesian ke dengar? Hahaha... Korang tau, raya tahun ni kita orang kena sewa homestay je. Ikut pengalaman yang lepas, kampung kami penuh sesak daaaa. Tak ada tempat nak tido dan nak buat persalinan. Macam merempat je rasa huhu. So, kat mana letaknya homestay tu? Yang sebenarnya aku pun dah lupa hahaha! Maaf la ya, aku ingat nama homestay dan taman rumah tu je. Kalau korang teringin nak duduk, pandai2lah korang cari ya hehe.

Apa nama homestay yang kita orang duduk ni?
Bienda Homestay
No 65, Lorong 19, Taman Kamunting Aman 34600 Taiping.
012-5812230 / 017-4183751


Haaaa.. hambik ko ni aku siap bagi peta dan no phone sekali kat korang.
Bila sesak-sesak, bolehlah tinggal sini.



Haaaaa inilah dia bienda homestay tu. Bilik dia sangat selesa. Master room ada ekon dan kipas. Bilik tengah tak ada ekon tapi ada kipas meja je sebab siling rumah tinggi. Bilik ke tiga pulak kecik sikit tapi bolehlah untuk orang bujang macam adik aku tu. Yang lain semua ok, tak ada masalah. Ruang tamu dia pun luas. Zulaikha siap main kejar-kejar lagi hahaha. Meja makan dan sofa pun tersedia sekali. Jangan pulak korang tanya ada wifi ke tak rumah tu. Memang tak adalahkan, hahaha...


Dapur tu kita orang buat masak maggi je. Peti ais tu kita orang buat simpan puding kastad yang dibuat adik aku. Ni nak ceritanya, aku diserang gastrik yang teruk di petang raya pertama. Korang tau apa puncanya? Puncanya aku makan puding kastad yang adik aku buat tu. Pergh! Kalau tengok rupa puding kastad tu sedapnya wei tapi malangnya ia tak serasi dengan aku. Lepas makan je aku diserang sakit perut sampai ulu hati. Padahal makan sikit je pon! Huuwaaa... Nasib baik pak wan ada boleh tolong urutkan badan kasi keluar angin. Lepas tu aku muntah teruk giler sampai flat ak boleh bangun ko tau.. Nasib baik mak aku bawak satu ubat tu. Ala apa namanya tu gaviscon? Lebih kurang macam tulah bunyinya. So, aku tido jelah sampai besok pagi.

Nak tau, kita orang pergi beraya ke mana pada hari raya ke dua tu? Tunggu aku update cerita dalam Hari Raya Aidilfitri 2014 ~ Part 4 ya. Kali ni menaip tak penat tapi penat otak nak perah ayat. Ok, bye!


p/s : Korang ni masih mood raya ke apa? Dari semalam nampak sunyi je blog akak ni? Tak ada sapa nak singgah ke? Bushan nye sengsorang... :(


8 comments

August 1, 2014 at 3:56 PM

"Mama, kenapa kita duduk rumah orang? Kita tak ada rumah ke?"

hahaha..aishhh ayat si adik ni.

August 1, 2014 at 4:10 PM

kan? haha..

August 1, 2014 at 10:33 PM

hui..saya ingatkan apa bendalah yang akak bulatkan kat gambar akak snap tu, rupa-rupanya tupai. hahaha

ha'a, saya pun menyampah orang yang macam ni. kawan saya lagi best, dia siap tampal dekat belakang kereta untuk orang yang bawa laju belakang dia. "makin laju kau bawa, makin slow aku drive." lol~

comel sangat Zulaikha! geram tengok dia. macam cousin saya pun ada muka dia ^^,

hmmm, boleh tahan juga homestay nya. comfortable la kan..

sian akak KM kena gastrik. semoga cepat sembuh sepenuhnya.

August 1, 2014 at 11:16 PM

bgs jugak idea tu... tampal ayat tu pun ok kan? mesti stress je org mcm tu follow belakang kita.. hihi.. :)

August 2, 2014 at 8:11 AM

cantiknya baju raya Zulaikha..kalau kak KM buat style sama mesti comel kan..hehe.jangan marah r raya-raya ni. ;p

August 2, 2014 at 8:46 AM

Kalau akak ni kecik mcam sal, comel la buat.. :p akak ni bam bam... tak sesuai huhu..

August 9, 2014 at 1:02 PM

Klau berckp tentang pemandu d msia ni mmg tension sbb x berhemah, x perihatin dan kurang akhlak mulia x sabar semua ada huhuhu. Klau tgk cara org org jepun ya allah mereka lebih bermoral dari kita umat islam
Ada hari time akak travel ke sana jln ke tenga sikit x sedar pastu kereta b belakang follow je tanpa bunyi hon then kwn kak perasan dia tarik ke tepi kita pulak rasa bersalah nya

August 9, 2014 at 1:29 PM

betul... dia orang lagi beretika dari kita... klu mkn pun managing director pun mkn dlm tray mcm staff.. klu kat malaysia? hurm... nampak sangat kasta.. (p)

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia