Sambut Birthday Bulan Puasa, Kesian Anak Buah Aku


Kelmarin kami buat iftar bersama keluarga sebelah suami. Makanannya meriah di masak oleh alang yang memang teror memasak. FYI, dia lelaki ya hehehe. Memang dia suka memasak. Kononnya nak sambut birthday anak buah sekalilah sebab jatuh pada bulan puasa. Kesian budak kecik tu. Sedih je sebab tak dapat sambut birthday hehe. So, alang belilah kek untuk dia. Barulah nampak ceria sikit mukanya.

Yang bestnya ada remis. Alang masak sambal biasa je. Cuma makan tak puas sebab benda tu kecik je dari kupang. So, aku makan nasi lauk asam pedas dulu. Then baru meratah remis tu. Sedap memang sedap tapi balik rumah je bantai sakit perut hahaha.. Padan muka aku sebab remis tu kategori adik beradik kerang so, perut aku memang sensitif. Apa pun dia masak memang sedap cuma tak dapat nak rasa semua. Aku makan ala kadar je. Kang makan berlebih, tak larat nak solat pulak huhu. Gambar memang tak sempat nak ambil sebab masing-masing mata dah nampak makanan. Huhu..

p/s: Aku tak puas makan kuih keria. Nak pergi bazar, bapak pemalas giler sebab tinggal berdua dgn anak je. Suami kerja petang huhu. 

Okay, itu je nak cerita.
BYE!

6 comments

July 3, 2014 at 11:47 AM

sedapnya kek hehe...

July 3, 2014 at 12:23 PM

haha... manggo... mmg sedap...

July 3, 2014 at 1:23 PM

Menggodanya kek T.T

July 3, 2014 at 2:05 PM

sabar-sabar balik nanti cari ya haha..

July 3, 2014 at 10:28 PM

leleh tenung kek tu .__.

July 3, 2014 at 11:19 PM

haha... sedapkan tengok..

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia