HUUWWWAAAAA GAS DAH HABIS!!!

Boleh tak aku nak menangis dulu sebelum cerita panjang lebar kat korang? Kalau tak nangis, perasaan aku terpendam, terperuk dalam hati ni hah! HUUWWWAAAAA GAS DAH HABIS!!! TAK SEMPAT MASAK UNTUK BERBUKA!!!


Aku ingat hari ni bolehlah aku masak spaghetti olio simple untuk berbuka dua beranak dengan Zulaikha, sekali dah pukul 7, api gas makin mengecil, mengecil dan terus terpadam, POP! Dan masa tu aku tengah menumis daging dan bawang. Manakala spaghetti masih berendam dan belum masak lagi, hhhhuuuwwaaaa!!! Kenapalah gas habis dikala aku sedang memasak? Aku pandang dapur dengan pandangan yang kosong. Tiba-tiba jadi hiba sekejap sebab time dah nak dekat berbuka pulak gas buat hal.


Aku pun memujuk hati yang lara. Zulaikhallah tukang pujuk. Huhuhu... Nasib baiklah aku terfikir nak beli kuih 50sen sebiji kat office tadi. Yang mana mahal ya, bagi aku kuih itu. Kalau tak beli, tak ada benda aku nak jamah. Dahlah tak masak nasi dan apatah lagi lauk? 

Tau, sebab apa aku rasa hiba? Pertama, sebabnya suami aku kerja. Aku kena berbuka sengsorang dgn Zulaikha. Kedua, sebanya pagi tadi aku tak sahur langsung. Malah air pun aku tak sempat sentuh ya sebab bangunnya dah pukul 6 pagi. Ya Allah, dahaga hanya DIA yang tahu sepanjang hari dan aku berdoa supaya aku dapat sabar dan tabah. Aku diam je kat office dan tak banyak cakap sebab nak simpan air liur hahaha (tak de ar, gurau je!) Paling last aku minum air masak masa berbuka ya. Makna kata memang puasa sehari semalamlah 24 jam aku tak jamah air sampai sakit dan lenguh pinggang sebab kurang air.

Ingatkan malam ni bolehlah balas dendam makan spaghetti, sekali rupanya, 
GAS HABIS???? STRESSS...

SEKIAN BYE!

4 comments

July 4, 2014 at 5:05 AM

Kesiannya, jom kuwar makan. Heheh

July 4, 2014 at 5:23 AM

jom...jom.. haha..

July 4, 2014 at 6:49 AM

Comel muka baby tu nangis..hehe
Makan apa berbuka semalam?

July 4, 2014 at 8:03 AM

Berbuka kuih agar2 je yg dibeli di office.. huhu.. dlm kul 10 mintak abah dtg hantarkan tong gas dia.. baru sambung masak spaghetti tu.. tp jadi makanan sahur ler.. huhu..

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia