Ada Dua Parcel Yang Aku Terima Hari ni. Apa agaknya ya?

Alhamdulillah... hari ni dapat dua parcel. Tak sangka pulak barang yang sepatutnya sampai lambat tiba-tiba datang awal. Tapi barang yang ku jangka sampai awal masih tak berhantar. Errrrmm... tak apalah, janji dia sampai sebelum raya sebab nak pakai haha. Nak pakai bawak jalan-jalan beraya hehe. Ceh! Macam budak-budak gaya aku ni.


Okay, apa parcel yang sampai hari ni? Selalunya kalau aku ada order barang, memang setiap pagi aku akan terus ke mail room untuk check parcel yang aku order tu dah sampai atau belum. Cuma bila dah dekat seminggu aku pergi tapi tak sampai-sampai jugak, jadi hampa gaklah perasaan ni. Cewah! Haha... So, aku pun buat tak tau jelah. Tup-tup petang tadi, sampailah dua parcel aku ni. Berseri-seri muka aku haha tapi mula-mula je, bila dah bukak rupanya erm... barang Zulaikha yang sampai dulu rupanya, sabar jelah. Bila tengok bungkusan ke dua, macam kotak. Aku ingat kasut yang aku beli tadi sekali raba, kotaknya kecik aje. Terus bukak bungkusan tu ada Mickey mug dan necklace? Dalam hati tertanya-tanya, bila pulak aku beli online ni? Huhu.. siasat punya siasat sekali....

Jeng! Jeng! Jeng!
Maka tersenyum lebarlah aku sampai ke telinga bila terima parcel ni.
Thanks Mieya. Semoga murah rezeki. InsyaAllah...



Dan tibalah aku buka satu lagi parcel yang aku cakap barang Zulaikha sampai kat office aku tu. Haaaa.. korang jangan tak tau, anak aku pun ada parcel dia sendiri ya. Haha... itu pun mak dia yang order. Dia tau mintak je. Huhu...

Jeng! Jeng! Jeng!
FROZEN ANNA AND ELSA.
Aku dapat jer parcel ni, aku yang telebih excited bila tengok, cantiknya barbie dua orang ni.
Walaupun bukan ori from disney tapi tetap ada rupa jugak.


Cuma bila dapat ke tangan Zulaikha, mula ditanya soalan bertalu-talu. Kenapa baju dia tak sama macam dalam cerita Frozan mama? Kenapa rambut anna tak de warna putih mama? Kenapa kasut anna dan elsa lain mama? Dan macam-macam dia tanya. Aku pun senyum jelah, tak jawab apa. Nasib baik dia tak suruh beli yang ori. Kalau beli yang ori from disney, mangko teman nak membelinya. RM200 kot, imported.

Muka tak puas hati haha. Jadi senyum pun tak ikhlas. Haha.
Okaylah, itu je nak cerita. 

BYE!


2 comments

July 2, 2014 at 9:55 PM

Tu dia barang dah sampai. :)

July 2, 2014 at 10:18 PM

itulah rina haha... alhamdulillah...

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia