Ruang Iklan Untuk Disewa

Ustaz Azhar Idrus Kemalangan

Assalamualaikum,

Berita gempar bagi para peminat Ustaz Azhar Idrus selepas beliau difahamkan terbabit dalam satu kemalangan ngeri sekitar pagi tadi di Kampung Pengadang Baru, Terengganu selepas berlanggar dengan sebuah kereta proton iswara hitam.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di kawasan lampu isyarat berhadapan dengan bangunan Desa Murni. Ustaz Azhar Idrus dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya bahagian depan kereta Voklwagen miliknya yang hancur. Pemandu proton iswara itu pula mengalami kecederaan ringan.

Kemalangan itu dikatakan berpunca daripada kecuaian pemandu pronton iswara yang keluar terus dari simpang tanpa melihat sebarang kenderaan dari sebelah kiri dan kanan. Nampak gayanya, Ustaz Azhar Idrus terpaksa mengeluarkan senyuman meweknya untuk meredakan keadaan orang ramai.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kemalangan ngeri melibatkan kereta Voklwagen milik Ustaz Azhar Idrus dan proton iswara. Korang lihat sendiri, kereta buatan malaysia hancur remuk berbanding kereta buatan luar negara. Tak hairanlah kenapa Ustaz Azhar Idrus dan isteri tak cedera.








p/s : Nama pun kereta malaysia, macam tin milo je remuk dia. Tak dapek nak kata apa der. Semoga semuanya selamat.

2 comments

August 17, 2013 at 5:52 PM

perasan jugak berita ni pagi tadi. naseb ustaz xde pape. oh Volkswagen Gti Golf. hehe

August 17, 2013 at 6:08 PM

idaman car tu... huhu

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia